5 Kategori Blog Tak Buat Duit

5 Kategori Blog Tak Buat Duit…Ada juga blog yang tidak pernah menghasilkan duit walaupun satu ringgit.Boleh dikatakan blog-blog ini wujud dan bertahan kerana pemiliknya jenis suka berblogging demi minat dan pahala.Soal duit bukan keutamaan.Ia soal sampingan yang boleh diabaikan.

buat duitSebagai blogger yang  turut sama menyumbang kepada kewujudan blog yang tak buat duit tentunya saya faham situasi ini.Mari kita kaji dan teliti kategori tersebut.Perlu diingatkan ia tidak semestinya betul.

1#Blog yang tidak mesra SEO

Abaikan SEO pada blog.Jangan ambil tahu meta tag,meta title description ,H1,H2,H3 dan apa sahaja yang berkaitan.Jika ada yang promosi ebook SEO,jangan peduli langsung.Buat tak kisah.Pasti lama-kelamaan blog kalian akan tenggelam terus dalam halaman enjin carian.

2# Blog yang bebas sebarang unsur iklan.

Walaupun ada pihak pengiklanan seperti Nufnang,H12 Media,KOMLI dan sebagainya ada memberi tawaran,tolak mereka mentah-mentah.Jangan bagi peluang langsung.Cara ini menutup peluang untuk blog kalian mendapat CPUV,bonus klik dan entah apa-apa.

3# Blog yang tak  nak pelawat baca

Setiap kali menerbitkan entri jangan ping kan blog.Biarkan begitu sahaja tanpa membuat promosi seperti blogwalking atau promosi di media sosial.Senang kata.Buat diam-diam seperti resmi tin.Ada isi tetapi dipukul dan dipalu tetap tak berbunyi.Tanpa pelawat maka tanpa peluang untuk buat duit dari blog

4# Blog yang guna konsep peram

Setelah siap entri jangan siarkan.Biarkan sahaja dalam graf.Buat untuk peram sama ada jadi pekasam atau jeruk masam.Cara ini memang 100 peratus berkesan untuk menjadikan blog kalian tiada  pendapatan.Cuma saya risau lama-kelamaan maklumat tersebut boleh ditukar menjadi ebook.Dah jadi ebook boleh boleh pulak dijual.

5#Blog yang boikot promosi program affiliate

Orang lain sibuk-sibuk boikot produk rejim pengganas Zionis  tetapi blog kalian ambik pendirian tak nak buat program affiliate.Alasannya tak sanggup melihat si pemilik program affiliate dapat duit dan lebih kaya dari kalian termasuklah program FI$H.Minda kalian terus kreatif mencipta alasan paling kontrit supaya selesa dengan blog yang tak buat duit.Pedulikan apa orang kata.

[Nota Blogger]

Soal nak buat duit dari blog atau tidak adalah hak blogger.Orang lain tak boleh masuk campur.Terpulang dengan mereka sendiri.Sebab masing-masing ada sebab menulis blog.

Jadi blog yang tak buat duit merupakan satu kelebihan kepada blogger yang sangat inginkan duit dari blog.Kurang persaingan meskipun ia bukan cara terbaik dalam etika blogger.

Sekian salam motivasi dan terima kasih kerana sudi membaca.Jika ada pandangan jemput berdiskusi dalam ruangan komen.

Ini adalah satu artikel lama yang mrhanafi korek dari blog sendiri.Tarikh penulisannya pada tahun 2014.

 p/s :Jangan lupa untuk belajar >> doa cepat kaya dan murah rezeki

 

(Visited 51 times, 1 visits today)

10 thoughts on “5 Kategori Blog Tak Buat Duit”

  1. Saya ada 2 blog. Satu memang buat duit dan satu lagi mmg tak set buat duit.

    Dan saya dapat rasa la mood yang berbeza setiap kali update entri untuk kedua-dua blog ini.

    Bila update blog yang monetized ni, objektif lebih kepada nak kejar keyword yang berpotensi untuk naik di google. Artikel pun lebih kepada nak penuhi kehendak hasil carian google.

    Tapi bila update blog yang tak monetized ni, rasa lebih bebas. Rasa jujur je menulis mengikut rasa hati. hahaha

  2. ahahhaha, terasa taw Pakcu, tapi tu lah ada sesetengah penulis ni memang niat dia nak share, bukan semata-mata nak duit, tapi Pakcu slute taw, awak buka topik macam ni, luar daripada kotak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge