Siapa admin sebenarnya ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minta izin terlebih dahulu untuk sesi perkenalan bagi yang pertama kali.Nama rasmi admin ialah Mohd Hanafi Abdullah.Dalam dunia online admin suka dikenali sebagai mrhanafi.

Admin merupakan seorang mualaf yang berketurunan Melanau dari daerah Dalat.Tidak jauh dari bandar Mukah.Kini menetap di Kuching, Sarawak.

Blogger adalah pekerjaan yang admin sangat minati kerana membolehkan admin menulis dan berkongsi manfaat kepada pembaca.

Sebelum ini admin pernah bekerja selama 20 tahun dipelbagai syarikat kecil,besar dan multinasional dengan pelbagai jawatan.

Kini admin telah menjadi blogger profesional.Bekerja sebagai blogger sepenuh masa.

Penglibatan admin dalam dunia blogger sejak tahun 2009 lagi tetapi mula menulis blog secara aktif pada penghujung tahun 2012 sehinggalah ke hari ini.Ada banyak blog telah admin bina namun cuma satu blog sahaja yang admin benar-benar fokus  iaitu blog mrhanafi dot com.

Blog ini bercerita tentang kehidupan.Pahit manis dan suka duka.Namun memaparkan unsur-unsur kemanusiaan untuk menjadi pedoman,inspirasi dan pengajaran.

Yang baik diteladani manakala yang buruk dijadikan sempadan.

Kepakaran admin bercerita.Orang lain pun pandai bercerita.Namun perbezaan admin dengan orang lain ialah admin bercerita menggunakan penulisan dalam blog.Selepas menulis dalam blog admin akan kongsikan secara meluas di media sosial.

Admin juga mengalu-alukan pembaca untuk turut berkongsi cerita dalam blog ini.Selain itu admin turut membuka peluang kepada pihak yang ingin beriklan atau ingin menggunakan khidmat promosi bisnes melalui penulisan artikel boleh juga menghubungi admin melalui saluran berikut.

1.Email : mrhanafidotcom@gmail.com

2. https://www.facebook.com/mrhanafidotcom

Sekian.Terima kasih kerana sudi berkenalan.

1x1.trans - Siapa admin sebenarnya ?
mrhanafi aka Mohd Hanafi Abdullah.
(Visited 395 times, 1 visits today)

15 thoughts on “Siapa admin sebenarnya ?

Leave a Comment

CommentLuv badge