Aktiviti Blog Bulan Disember 2015

Aktiviti Blog Bulan Disember 2015…Tak lama lagi akan berakhir tahun 2015.Berlalu sahaja bulan Disember maka  permulaan tahun baharu.Itulah hakikat kehidupan.Masa akan terus berlalu.Terpulang pada kita untuk merancang dengan baik atau membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Sebagai seorang blogger,saya amat mementingkan masa.Saya faham bukan blogger pun mesti mementingkan masa.Apabila sedar masa sangat penting maka fikiran dan tindakan akan bersatu untuk memanfaatnya sebaik mungkin.Sebab itu saya mesti merancang untuk aktiviti blog pada bulan Disember nanti.

Sepanjang bulan November ini saya agak semput juga.Tercungap-cungap mencari dan menggali idea dalam minda.Dengan jadual penerbitan dua entri setiap hari menyebabkan saya agak kesuntukan masa,Yang pasti saya bukan blogger sepenuh masa yang boleh memberi komitmen untuk sentiasa online.

aktiviti blog

Dengan pakej data 1GB untuk sebulan yang berharga RM25 tentulah berbeza dengan apa yang pernah saya lalui sebelum ini.Dahulu saya membelanja RM60 untuk 4 minggu dengan pakej data 4GB.Sudah tentu saya lebih masa untuk online.

Sungguhpun penjimatan begini agak ketara namun kosnya lebih kurang sahaja apabila dicampur dengan GST.Nak cakap apa dah.GST sudah dilaksana ke atas semua lapisan rakyat termasuk kepada mereka yang kurang kemampuan kewangan maupun sebaliknya

Jalan terbaik jangan jadi jadi rakyat kurang kemampuan kewangan.Pilihlah untuk menjadi rakyat yang lebih berkemampuan untuk mengurus wang untuk kehidupan masa kini dan masa yang akan datang.Caranya anda boleh sertai Program Terpantas Jana Income Online

Ada perasan tak saya dah jauh pesong.Kata nak cerita aktiviti blog.Alih-alih cerita kat situ pulak.Baiklah.Saje nak buat saspen.

Bermula dari bulan Disember  2015 nanti saya akan mengatur semula giliran penerbitan entri empat isteri blog saya.Ada blog yang lebih dan ada blog yang lebih kurang sahaja pengisiannya.Ini berdasarkan keperluan dan keutamaan semasa.

1.Blog mrhanafi.com

Blog  yang anda tengah baca ini.Mula-mula nak tulis sekadar perlu.Namun rasa sayang pula dengan kekuatannya untuk berada pada halaman utama enjin carian.Jadi saya nak ia kekal berprestasi dengan penulisan yang selamba namun padat dengan infomasi berguna.Jadual penerbitannya adalah Isnin,Rabu dan Jumaat.

2.Blog Hero Borneo 

Mula-mula dahulu saya pernah menulis dan kemaskini setiap hari.Pelbagai info dan coretan berbentuk motivasi saya sumbatkan dalam blog ini.Pernah mengalami evolusi template beberapa kali.Kini dikekalkan dengan template yang ringan dan pantas.Ada iklan yang sengnaja saya buang supaya pembaca lebih fokus kepada link affiliate.Jadual penerbitannya adalah pada hari Selasa dan Khamis.

3.Blog Buku Online

Inilah blog kesayangan saya sebenarnya.Sangat simple namun beberapa kali mendatangkan tuah.Ada sales dari Klikjer dan Ashadee baru-baru ini.Malah kos domain juga boleh ditampung melalui komisyen dari blog ini juga sejak beberapa tahun yang lepas.Tujuan blog ini ialah cara saya untuk buat koleksi preview ebook.Jadual penerbitan entrinya adalah pada hari Sabtu setiap minggu.

4.Blog Panduan Hipnosis.

Minat saya dalam bidang hipnosis semakin berputik setahun yang lepas.Salah satu cara saya belajar ilmu ini dengan saya kongsikan semula ilmu tersebut dalam blog ini.Buat masa sekarang saya belum mengikuti kelas secara formal.Namun saya banyak membaca blog,ebook dan menonton dari Youtube tentang ilmu hipnosis.Perancangan pada tahun hadapan saya akan berguru dengan pakar dalam bidang ini sama ada di Malaysia,Indonesia dan Amerika Syarikat.In Shaa Allah boleh mendapat kelayakan ikthisas dan profesional.Kini penerbitan entri blog ini akan dibuat pada hari Ahad setiap minggu.

{sekilas pandang}

Memiliki banyak blog bukan perkara mudah.Ada kos yang perlu ditanggung.Malah perlukan idea dan masa yang banyak untuk kemaskini blog-blog tersebut.

Namun saya tidak menyesal kerana menjadi blogger sudah sebati dalam kehidupan saya.Keluarga pun sudah faham kerjaya saya sebagai blogger memang asyik menulis dan mengadap laptop dan telefon pintar setiap hari.

Dalam pada itu tugas seorang suami mithali tetap saya lakukan seperti memasak,mengemas rumah,memberi mandi anak kecil dan menyidai serta melipat kain baju setiap hari.

Sekurang-kurang saya boleh membuktikan kepada dunia bahawa sebagai lelaki hebat saya boleh buat banyak perkara dalam satu masa.Jangan ingat wanita sahaja boleh jadi super mom sedangkan lelaki juga boleh jadi super dad.

Pada tahun hadapan, saya menjangkakan tahap kesibukan saya berganda sesuai dengan pencapaian kerjaya yang lebih baik.Doakan.Aamiin.

(Visited 3 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Aktiviti Blog Bulan Disember 2015

  1. Tabik spring bro!

    Tue baru show off 4 blog jek…siap ada jadual2 tertentu…yang senyap2 makan sorang yang tak bgtau takkan takde kan kan kan en hanafi hero borneo yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pro blogger tempatan.. 🙂

    Saya yang ada 1 blog cap ayam tue pon tak terjaga…nak kerja offline kat kedai tolong orang tua lain…pegi jumpa member sembang2 kat warung pon jarang2…beli pampers si ibu dan anak yg tiap2 bulan mesti punya pon lain…

    InshaALLAH bro…walaupon tahun nie skuad sang badak dan kenyalang dari borneo kurang memberansangkan tapi player2 berkualiti macam bro ramai yang minat..silap2 nak pancing masuk kelab dierorg jek…

    Semoga sukses bro! Welcome to 2016…say bye bye to 2015!

  2. saya yang ada satu blog ni naik semput…hehe
    tapi kalau kita minat…kita mesti juga cari jalan untuk teruskan minat tu kan. apapun keep it up ye =)

Leave a Comment

CommentLuv badge