Aktiviti Hari Pertama Kurang Berjaya

Aktiviti Hari Pertama Kurang Berjaya…Sejujurnya mrhanafi segan nak kongsikan.Sebab bukan kisah kejayaan.Sebaliknya kisah aktiviti yang kurang berjaya.Namun lumrah dunia bisnes.Sebelum berjaya pasti dihidangkan dulu kisah-kisah gentir dan pahit sepahit sayur peria.Confirm mrhanafi pantang nak makan sayur peria.Dah pahit kelat pulak tu.

IMG_20170214_004258

Dari rumah sudah beria-ria.Sudah tergambar dalam minda.Gambaran kejayaan yang begitu manis untuk dikenang.Rupanya tidak.Ujian pertama mesti dilalui dulu.

Mrhanafi nak buka buku akaun simpanan bank kepala rimau.Sampai di kaunter bank, mrhanafi ditanya apa tujuan untuk membuka buku akaun.Logiknya memang la nak simpan duit sebab dah nama akaun simpanan.Mrhanafi jawab dengan jujur untuk duit komisyen dari syarikat takaful.

Pada masa tersebut mrhanafi tiada membawa apa-apa dokumen.Ya memang tiada surat.Mereka berkeras juga untuk mrhanafi tunjukkan surat sebelum membuat buku akaun.Memandangkan tak larat menegak benang yang basah mrhanafi kata nak balik sahaja dulu.Kesannya satu aktiviti tidak berjaya.

Selepas itu mrhanafi sms Sifu.Maklumkan perkara sebenar.Beliau sarankan mrhanafi kembali ke pejabat agensi sementara menunggu surat dari pihak ‘bakal majikan baru’

Kes kedua pula mrhanafi memohon untuk melanggan telco Hijau untuk pakej telefon tanpa sekarang sekatan.Apabila disemak dalam sistem memang ada kes senarai hitam yang berlaku pada tahun 2011 dahulu.Ketika itu zaman sengsara ketika bergerak sebagai usahawan sepenuh masa.Ada lagi aktiviti kurang berjaya.

Mrhanafi tidak pasrah begitu sahaja.Mrhanafi usahakan untuk alternatif lain pula.Nak cerita panjang pula nanti.hehehe.

Pada petangnya mrhanafi cuba menelefon prospek menggunakan skrip. Cabaran mula terasa kerana banyak panggilan tidak diangkat.Mungkin masa tidak sesuai dan mrhanafi kurang sungguh-sungguh pula.

Mata punyalah mengantuk kerana sehari sebelum itu masuk tidur jam 3.30 pagi.Mood kurang baik.Jadi penyelesaiannya jangan terus untuk menelefon kerana tone suara akan kurang ceria.

Malam harinya mrhanafi menggunakan pendekatan online pula dalam pemasaran takaful.Mrhanafi menghantar seberapa banyak mesej kepada Inbox facebook rakan-rakan media sosial.Ternyata teknik ini kurang berkesan.Penerima inbox akan rasa menyampah pula dan tak nak bagi respon.Macam biasa.Belum ada hasil positif.

[Nota admin]

Aktiviti pagi sehingga malam kurang menyerlah.Penggunaan masa dibazirkan.Namun mrhanafi wajib bersyukur kerana masih ada usaha berbanding peluk tubuh semata-mata.Cuma usahanya itu masih sekangkang kera.

In shaa Allah pelan tindakan dinaik taraf pada hari seterusnya nanti.Janji untuk di sendiri.Sebab kerjaya perunding takaful tiada bos.Yang ada cuba leader untuk membantu dan membimbing anak didik mereka.

In shaa Allah pada masa yang akan datang mrhanafi akan menulis senarai alasan kukuh mengapa pelanggan perlu memilih mrhanafi sebagai perunding takaful untuk menguruskan caruman wang mereka.

Sekian.Terima kasih dan jangan lupa untuk meninjau keajaiban APLIKASI DUIT.

handsome-guy-4_thumb2

Mohd Hanafi Abdullah

Perunding Takaful Keluarga

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care: 019-806-8007

Facebook  : Hibah Anugerah Terindah

Tagline : Man Jadda Wa Jadda

(Visited 41 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Aktiviti Hari Pertama Kurang Berjaya

    • terima kasih bro…

      in shaa Allah saya akan tulis untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada pembaca..

      niatkan untuk sharing agar beroleh pahala..

Leave a Comment

CommentLuv badge