Alangkah Bestnya Ada Keluarga Bahagia

Alangkah Bestnya Ada Keluarga Bahagia..Setiap insan yang normal pasti inginkan kebahagiaan.Salah satu nikmat kebahagiaan ialah mempunyai keluarga bahagia.Ada isteri yang taat dan penyayang.Ada suami yang setia dan bertanggungjawab.Selain itu dikelilingi oleh anak-anak yang soleh dan solehah.Oh..Bahagia sungguh memiliki keluarga sebegini.

Kita memang diuji dengan tahap ujian yang berbeda tingkatnya.Semakin sulit dan semakin sukar ujian yang dihadapinya dalam kehidupan ini maka semakin tinggi darjat seseorang.Itulah hakikat yang perlu difahami.Ingat dan ingat sedalamnya dalam minda.

Mrhanafi memang suka memerhati gelagat manusia.Mrhanafi cuba memahami apa yang nak disampaikan oleh Allah melalui tingkah laku manusia.Ternyata kelakuan dan tabiat manusia membawa mesej yang penuh bermakna untuk orang lain.Manusia bagaikan cerminan antara satu sama lain.

Begitulah dalam memiliki keluarga bahagia.Aura kebahagiaan boleh menyeri kehidupan orang lain.Suami yang gembira sentiasa bermotivasi untuk mengerah kudrat mencari rezeki.Minda fokus serta hati yang tenang akan membawanya ke puncak kejayaan kerjaya maupun perniagaan.

Sang isteri yang gembira hasil keluarga bahagia akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin.Seikhlas yang mampu dan memiliki tahap kesungguhan luar biasa melayan suami.Baginya suami adalah insan hebat yang membimbing jalan ke Jannah.

Untuk anak-anak pula tidak terkecuali.Keluarga bahagia bagaikan obor terang yang menerangi masa depan mereka.Pembentukan akhlak sebaik mungkin.Pendidikan formal diberi yang terbaik.Kelengkapan hidup sesempurna yang ada.Semua ini bisa dilakukan jika ibu dan ayah sentiasa dalam mood bahagia.

Kata orang tua sebelah nenek.Jika nakkan sagu perlu pecah ruyungnya.Keluarga bahagia bukan datang macam tu sahaja.Ia mesti disandarkan kepada takwa dan iman.Si suami solat 5 waktu manakala si isteri ponteng solat memanjang je maka nikmat bahagia akan hilang sedikit demi sedikit.

Suami isteri yang dua-dua tak solat lagi sedihnya.Mereka bagaikan sehati sejiwa bergelumang dalam kemaksiatan.Apa akan jadi dengan anak-anak.Sudah pasti ada anak yang bermaharajalela meninggalkan solat.Bagi mereka solat atau tidak solat macam sama je.Realitinya tidak.Hanya solat dan melaksanakan rukun Islam boleh mencipta keluarga bahagia.

{sekilas pandang}

Keluarga bahagia terlalu mahal harganya.Malah lebih mahal dari hantaran perkahwinan yang berbelasan atau berpuluhan.

Mrhanafi faham semua orang nak keluarga bahagia.Sebab itu mrhanafi berharap agar pembaca yang membaca artikel ini untuk membina,mengekal dan terus mencipta keluarga bahagia.

(Visited 11 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Alangkah Bestnya Ada Keluarga Bahagia”

  1. Tanpa wang yang berguni2 pon, masih mampu juga untuk membina keluarga bahagia…cuma bila mempunyai wang mencukupi lebih mudah untuk membina keluarga bahagia…betul ker? Saya juga tertanya-tanya mengenai perkara ini… 🙂

    1. kalau boleh duit..lebih dari cukup bro..

      lebih mudah nak beramal kebajikan..dan mencari bahagia dengan dengan membahagia ramai orang termasuk..bina lebih dari satu keluarga.

  2. semua impikan kelurga yang bahagia.. tapi kadang2 biasalah ada perselisihan faham. tang ada pihak ketiga tuh susah nak cakaplah.. ianya kadang2 bukan berpunca dari orang lain, masalah diri sendiri yang mencari penyakit…
    zik recently posted…Hala tuju selepas pt3, 2015-2016My Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge