Anak Masuk MRSM Ibubapa Teruja

Anak Masuk MRSM Ibubapa Teruja…Baru-baru anak sulung mrhanafi berjaya ditawarkan untuk masuk tingkatan satu 2016 di MRSM Betong,Sarawak.Sebagai bapa memang teruja kerana impian mrhanafi ketika kecil dulu memang nak sangat ke sekolah elit begini.Rezeki tidak menyebelahi mrhanafi.Lantas impian tinggal impian.Sehinggalah anak mrhanafi berjaya cemerlang dalam UPSR pada tahun 2015.

ibubapa teruja

Kelebihan MRSM berbanding sekolah lain terletak pada tahap disiplin yang hebat dan mantap.Antaranya mereka melarang penggunaan telefon bimbit,laptop dan pelbagai gajet lagi.Bayangkan dalam zaman moden begini masih ada tempat yang mengekalkan  ‘status quo’ dalam pendidikan

Baca juga : Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak

Namun begitu banyak proses yang perlu dilalui untuk mendaftarkan kemasukan anak ke MRSM.Syarat utama melihat kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka perolehi.Jika cemerlang memang ada potensi untuk  berjaya.Tambahan pula kalau aktif dalam bidang kokurikulum.

Baca juga : Anak Blogger Dapat Tawaran Tingkatan 1 MRSM 2016

Mrhanafi agak sibuk mengurus urusan tersebut.Setelah mendapat pemberitahuan melalui SMS,mrhanafi terus buka laman rasmi untuk menerima tawaran tersebut.Selain itu memuat turun beberapa dokumen dan borang untuk diisi secara manual.

Dengan tempoh masa 10 hari sebelum mendaftar mrhanafi dan isteri-isteri sedaya upaya untuk mengisi borang,membuat pengesahan salinan dokumen dan membuat pemeriksaan kesihatan anak mrhanafi dengan pegawai perubatan.Alhamdulilah satu tugas selesai semasa entri blog ini ditulis.

Tugas seterusnya membuat pembayaran yuran pendaftaran kemasukan ke MRSM untuk tingkatan satu 2016 berjumlah RM333.Itu adalah bayaran asas.Belum termasuk membeli pelbagai keperluan lain seperti pakaian sukan,keperluan sara hidup sebagai penghuni asrama dan sebagainya.Wow!Nasib baik sudah bersedia dengan sokongan kewangan.Jika tidak boleh tak tidur tiga hari dan tiga malam dibuatnya.

Baca juga : Nak Buat Duit Dari Fiverr

In shaa Allah dalam beberapa hari lagi mrhanafi dan pasangan gerek hidup akan menghantar anak lelaki mrhanafi ke MRSM Betong.Perjalanan mengambil masa empat jam perjalanan dari rumah di Kota Samarahan Sarawak.Untuk tujuan tersebut mrhanafi sudah memohon cuti.Yalahkan.Untuk masa depan anak,ibubapa rela dan sanggup bersusah payah dari proses mengandung lagi hinggalah mereka besar,dewasa dan seterusnya kahwin nanti.

Nasib baik juga ada teman sejawatan amat memahami mrhanafi.Beliau antara insan hebat yang mrhanafi hargai dan kagumi sepanjang masa.Terima kasih daun keladi.Lain kali mrhanafi akan balas kembali.Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan dia baik untuk dunia maupun akhirat.

{sekilas pandang}

Coretan perjalanan anak mrhanafi ke MRSM yang tak seberapa ini mrhanafi akan sambung kembali dalam entri blog yang akan datang.

Jangan lupa untuk berkunjung kembali nanti.

(Visited 119 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Anak Masuk MRSM Ibubapa Teruja

    • terima kasih ..ada lah sikit-sikit rasa bangga.cuma kalau empunya diri tu mungkin bangga lebih…

      saya pesan kepada anak-anak senakin berjaya dalam hidup maka jadikan insan yang semakin humble..itu tanda kesyukuran dengan kejayaan tersebut

    • aamiin dan terima kasih tuan..tulah harapan orang tua yang sekarang ini..nak lihat anak berjaya..ayahnya sebagai blogger hinggusan pun tak pe..

Leave a Comment

CommentLuv badge