Anis Coffee Takluki Kota Samarahan

Anis Coffee Takluki Kota Samarahan…Dah lama juga minda mrhanafi terkasima dengan ayat promosi mereka.Sehinggalah mrhanafi bersama mrishak telah berjaya menuramah pengusaha (ahli keluarga terdekat) yang memperkenalkan jenama minuman sejuk memikat hati iaitu Anis Coffee Kota Samarahan.Ini merupakan satu projek amal blogger yang diusahakan secara bersama oleh Hero Borneo Team.

anis coffee5

Sehingga ke saat ini air liur mrhanafi asyik berkecur sahaja kerana mengenangkan kesedapan dan kenikmatan rasa minuman sejuk Anis Coffee.Kebetulan pula ketika sesi temuramah Puan Farah Ein berbesar hati telah menyumbangkan dua paket minuman sejuk Anis Coffee berperisa paling diminati ramai iaitu Cokelat dan Green Tea.

anis coffee10

Bak kata pepatah lama.Orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa.Jadi Hero Borneo Team mengucapkan selautan terima kasih kepada Puan Farah Ein.Doa kami agar bisnes mereka terus maju dan bergerak laju ke hadapan.

penuramah hebat

Impak kejayaan mereka pasti membuka mata ramai anak muda dan remaja untuk menjadikan  bisnes kerjaya utama membina kekayaan.Bisnes kalau tak dikaitkan dengan kaya tak sah walaupun tujuan utama bisnes ialah menyediakan keperluan kepada insan memerlukan  sama ada produk atau pekhidmatan.

anis coffee12

Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang Anis Coffee boleh tanya Uncle Google.Cuma dalam artikel ini mrhanafi nak jelaskan secara santai Anis Coffee di Kota Samarahan.Lebih tepat lagi berada dalam Summer Mall Shopping Complex.Lokasinya betul-betul berada dekat Restoran Segera tempatan Sugarbun dan  restoren makanan Jepun Sushi King.

Ingat Summer  ingat Anis Coffee Kota Samarahan.Tak singgah maka tak sah kalau pembaca ada berkunjung ke Summer Mall baik secara solo maupun secara berpasangan (ehem) atau berkumpulan ataupun bersama keluarga besar.Kalau boleh cater satu bas.Barulah gempakkan.Lepas tu minum Anis Coffee satu kampung.Kalaulah begitu gayanya tercipta rekod baru kalahkan rekod sukan Olimpik.

Bagi yang baru mengenali Anis Coffee tolong beri fokus ya.Baca pelan-pelan sebab selepas ini ada exam.Opps..mencarut la pulak.Maaf ia sebagai cara untuk legakan minda atau dalam erti kata lain IKLAN

Anis Coffee mempunyai syarikat induknya di Kuala Lumpur manakala Anis Coffee Kota Samarahan adalah francais atau lebih dikenali sebagai Barista.Mereka sudah beroperasi sejak bulan Jun 2016 lagi.Pemiliknya Norlida Piee yang kini masih berkhidmat di Semenanjung.Dikhabarkan mereka mempunyai satu lagi di cawangan di Kampung Boyan,Kuching Sarawak.Boleh like Facebook mereka.

Menurut Puan Farah, jenama Anis Coffee baru menembusi pasaran Kota Samarahan sebagai percubaan sulungnya.Malah di Kuching sendiri masih belum popular jika dibandingkan dengan Anis Coffee yang beroperasi di bandar Miri.

Antara sebab mereka berminat untuk mengusahakan bisnes minuman sejuk Anis Coffee kerana bahan utamanya dari kilang sendiri yakni buatan tempatan.Bukan jenis repack dan tiada perisa tiruan.Cara penyediaannya juga mesti mengikut sukatan standard agar rasanya tetap sama di mana-mana Barista Anis Coffee.

anis coffee4

Produk Anis Coffee yang ada jaminan sijil halal.Kebetulan pula pengasasnya orang Islam berbangsa Melayu.Jadi minumlah tanpa was-was dan tanpa ragu-ragu minuman sejuk jenama Anis Coffee.

Selain harga yang berpatutan dan terdapat variasi perisa yang memikat hati.Kalau boleh cuba kesemuanya kerana setiap perisa mempunyai kelazatan yang tersendiri tanpa tandingan.Nak cakap lebih pun tak dapat kecuali merasai sendiri penangan minuman sejuk Anis Coffee.

anis coffee6

Keistimewaan Anis Coffee berbanding pesaingnya ialah tagline yang menusuk kalbu.Mereka mewar-warkan konsep Made From The Heart.Dalam ertikata yang lain penghasilan minuman sejuk Anis Coffee dari A sehingga Z memang  dicipta dari lubuk hati yang ikhlas.

Ia bagaikan masakan seorang isteri untuk suami yang tercinta atau masakan ibu untuk anak yang dikasihi.Sumpah sampai mati akan terkenang betapa hebatnya perasaan tersebut untuk  diterjemahkan dalam minuman atau makanan.

Jadi lepas ini kalau nak pikat teman wanita untuk dijadikan isteri atau teman lelaki untuk dijadikan suami mulakan dengan memberikan hadiah sepaket minuman sejuk Anis Coffee Kota Samarahan  yang sejuk lagi nyaman kepada mereka yang berkenaan.

Malah kepada suami yang dah tahu isteri tengah merajuk tu maka jalan pintas memujuk isteri dengan membeli sepaket Anis Coffee berperisa Green Tea untuk penyejuk hati kepada isteri tercinta.

anis coffee8

Begitu juga kepada si isteri yang tahu suami tengah buat ‘perangai’ jangan berlengah lagi.Kalau boleh berlari ke Summer Mall untuk mendapatkan sepeket minuman sejuk berperisa Cokelat Anis Coffee untuk hidangan kepada si suami.Amaran.Ketika berlari berhati-hati la ye.Takut kempunan kalau jadi apa-apa.Amalkan konsep biar dapat walaupun cepat.

anis coffee9

Jangan pulak gelak.Belum cuba maka belum tahu.Sebelum tu baca selawat dan baca Asmaul Husna Ya Rahman dan Ya Rahim sebagai pengikat kasih sayang.In Shaa Allah berkesan tu.

{Sekilas pandang}

Anis Coffee memang sah sudah takluki Kota Samarahan kerana mendapat sambutan yang kaw-kaw.Jualannya cukup menggalakkan terutama ketika waktu makan tengahari dan petang.

Rata-rata pelanggan adalah pelajar pusat pengajian Tinggi yang berdekatan.Tidak ketinggalan juga penduduk Kota Samarahan yang telah terpesona dengan rasa minuman sejuk Anis Coffee.

Lepas nie mrhanafi nak ajak pembaca pakat ramai-ramai jom beli Anis Coffee Kota Samarahan.Tak beli kempunan nanti.Yang belum mencuba tu jom cuba.Terkena sekali pasti nak berkali-kali.Mak oii.Lain macam je.

Jadi apa tunggu lagi.Bersegeralah serbu  kiosk Anis Coffee Kota Samarahan hari ini juga.Jangan tunggu sampai esok.Siapa lambat kena tinggal.

Maklumat lanjut boleh tanya sendiri kepada Puan Farah Ein melalui talian 013-8249924 atau Like Facebook mereka

Terima kasih kerana sudi membaca dan jumpa lagi.

(Visited 78 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Anis Coffee Takluki Kota Samarahan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge