Apa Azam Blogger Tahun 2016

Apa Azam Blogger Tahun 2016…Tak lama lagi.Tinggal satu bulan lebih untuk kita meninggalkan tahun 2015.Mungkin ramai yang cuba menoleh ke belakang.Melihat kembali azam tahun 2015.Duduk seketika sambil merenung kerusi yang masih kosong.

kerusi kosong

Bagi seorang blogger senang nak semak balik.Cari entri yang berkaitan azam tahun lepas.Kaji semula dah tercapai ke belum.Kalau belum sambung lagi untuk tahun 2016.Begitulah seterusnya untuk tahun mendatang.

Buat masa terdekat ini azam saya untuk tahun 2016 masih dirahsiakan lagi untuk tatapan umum.Sebab saya nak kaji semula kejayaan,kelemahan dan kekuatan azam yang lalu.

Jika  relevan maka diteruskan.Sekiranya luar landasan lebih baik dirancang semula.Bila dah dirancang perlu dihadam minda bawah sedar supaya menjadi tabiat yang positif.Ya.Itu kaedah paling kaw-kaw untuk mencapai apa jua perancangan.

WAJIB BACA :   Pengalaman Mendebarkan Menanti Hari Pembubaran Perkahwinan

{sekilas pandang}

Azam merupakan perancangan.Apa yang nak saya jelaskan secara mudah ialah perancangan blog ini akan terus dikemaskini setiap hari.Tak kira penulisan pendek atau panjang,Ringkas atau kompleks.Begitu juga dengan rangkaian blog saya yang lain.Cuma dikemaskini secara berkala dan berjadual.

Blog Hero Borneo pula lebih memfokuskan kepada niche motivasi.

Blog Buku Online akan dimantapkan penulisan berbentuk promosi.

Blog Panduan Hipnosis pula menjurus kepada koleksi ilmu kepada saya.

Apa-apapun menjadi blogger dan memiliki banyak blog menjadikan saya seperti seorang CEO.( perasan tak saya ?? )

Comments 16

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge