Apabila Perasaan Cinta Tidak Berbalas

Apabila Perasaan Cinta Tidak Berbalas..Sekali baca tajuk ini macam mengarut.Tapi tak pelah.Sebelum tu risau juga nak tulis.Kot-kot pembaca salah anggapan pula.Mereka fikir mrhanafi yang alami sendiri.Sebetulnya biarlah rahsia.Biarlah coretan ini suatu yang universal.Mungkin kena pada pembaca sendiri atau rakan ataupun pasangan.Mana kita tahu.

cinta tidak berbalas

Orang kata laut yang dalam dapat diduga dan namun hati manusia tiada sesiapa yang tahu.Berbalik pada realiti.Pengetahuan sebenar terletak kepada pemegang hati manusia iaitu Allah SWT.Itulah hati.Boleh berbolak balik.Mungkin ada dan mungkin tidak.Pendek kata serba kemungkinan.

Perasaan cinta kepada sesama makhluk adalah anugerah terindah.Tiada unsur paksaan.Tidak boleh dibuat-buat maupun dilakonkan semula oleh tindak tanduk.Keikhlasan dan kejujuran akan tersirna pada wajah dan tindakan.Perasaan cinta yang sejati akan melingkari hati si pemberi dengan kebahagiaan.Malah si penerima turut merasai kehangatan tersebut.

Namun awas apabila cinta tidak berbalas akan meranap segala impian,ikhtiar dan usaha.Bibit-bibit kebencian akan menghalusi hati nurani jika tiada pedoman dan iman.Sebab itu jangan terpedaya dengan kebaikan.Lebih baik mengkagumi keikhlasan kerana perasaan itu tidak mengharap apa-apa balasan dan ganjaran.

Tiada siapa bersalah jika perasan cinta tidak berbalas.Sebab perasaan itu hak diri sendiri.Jika sebetulnya tiada, mengapa perlu berpura-pura.Berkata benarlah walaupun pahit.Lagipun setiap kejadian ada hikmahnya.Perkara baik itu ada sebabnya.Perkara kurang baik itu pun ada alasannya.

Jadi kepada sesiapa yang diluar sana yang alami perasaan cinta tidak berbalas,jangan sentap.Bangkit semula untuk mencari cinta yang baru.Pencarian yang sungguh-sungguh akan menemui seeorang yang jauh lebih baik dari sebelum ini.Anggap sahaja inilah masa terbaik untuk berubah dan menikmati cinta yang baharu.Ingat dunia belum lagi berakhir.

Kepada yang kecewa jangan diratapi terhadap cinta yang tak menjadi.Syukuri sahaja apa yang berlaku.Sebab ada hikmah tersembunyi.Secara jelasnya memang takdir anda sudah tertulis begitu.Apa nak hairan.Cari dan usahakan pengganti.Sebab kehadiran orang baru akan melenyapkan memori luka semalam.

Begitulah juga kepada yang tidak boleh menerima cinta jangan hipokrit dengan diri sendiri.Orang tersebut bukan untuk kita dan mungkin untuk orang yang jauh lebih baik dari kita.Belajar menerima kenyataan.Fahami ia juga adalah lumrah kehidupan.Bukan kita sahaja ada alaminya.Orang lain pun sama.Cuma masa dan situasi berbeza.Benarkan perasaan cinta terlalu komplikated untuk dianalisis.

{sekilas pandang}

Pesan mrhanafi kepada insan yang cinta tidak berbalas jangan menyalahkan diri sendiri apatah lagi orang lain.Jangan membenci dan berdendam.Maafkan diri sendiri dan maafkan orang yang tidak menerima cinta kita.

Mudah-mudahan hati kembali tenang.Lakukanlah sesuatu yang lebih hebat iaitu mencari kekayaan di dunia melalui pautan———>INI.

Jangan lupa untuk mencari cinta hakiki dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.DIA lah segala-gala untuk kita baik semasa hidup maupun selepas kematian.

Terima  kasih kerana sudi membaca.

(Visited 34 times, 1 visits today)

32 thoughts on “Apabila Perasaan Cinta Tidak Berbalas”

  1. Salam ukhuwah. Pergantungan sepenuhnya kepada Ilahi. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya walaupun hambaNya mungkin berfikir sebaliknya.

  2. Bunga bukan sekuntum..kumbang bukan seekor..cinta bukan boleh dipaksa2..kalau tak de yang membalas , cari je cinta yang baru..:).. tak pun..tunggu je la cinta yang lain tu datang sendiri.Setiap manusia ni kan dah ditentukan jodohnya bila, siapa dan dimana..kan??

  3. Memang terasa sakit yang amat sangat bila cinta tidak berbalas, akan tetapi akal fikiran yang waras dan sentiasa ingat pada Allah, insyallah rasa sakit itu akan beransur surut. insyallah…

    1. alamak tuan..macam dah ada cinta baru lak pulak..apapun memamg betul ..cinta yang ikhlas atau cinta tidak bersyarat itu adalah seperti hidayah..

      bagi sahaja cinta itu kepada yang layak dan selayaknya cinta kepada Allah SWT dan Rasullulah saw.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge