Aplikasi Facebook Lite Jimat Data

Aplikasi Facebook Lite Jimat Data…Salam dan selamat sejahtera pembaca semua.Saya nak war-warkan berita baik.Ia amat bagus bagi pengguna media sosial yang nak cari cara untuk jimat data.Walaupun dalam hati mereka lebih suka barang percuma.Tak bayar apa-apa.Hakikatnya ada yang lebih baik dari yang percuma jika tahu cara untuk mendapatkannya.

aplikasi facebook lite

Saya di antara pengguna yang berjuta-juta di negara ini suka dengan Facebook.Sejak 2009 lagi saya adalah pengguna Facebook yang aktif sehinggalah hari ini.Ada yang bagus dan ada juga yang tak bagus berkenaan  media sosial seperti Facebook.

Sejak Mat Zulkebet (bukan nama sebenar) mencipta aplikasi ini dalam dunia internet maka hubungan manusia sesama lebih mudah.Orang jauh didekatkan dan tak mustahil orang yang dah dekat tu semakin terasa jauh dek Facebook ciptaan Mat Zulkebet.

Namun kita tidak menyedari aplikasi Facebook banyak menelan data jika digunakan melalui telefon pintar dan broadband prabayar.Abaikan kepada pengguna WIFI percuma,pengguna internet dekat pejabat (pencuri masa bekerja) dan pengguna streamix unlimited.

Oleh kerana saya sentiasa mencari kaedah penjimatan data yang terbaik maka baru-baru ini (belum sampai setahun) saya menemui aplikasi Facebook Lite.

Aplikasi ini menggunakan ruang storan kurang dari 1MB.Mudah dimuat turun tanpa banyak songeh.Laju dan pantas bila digunakan.Ia kurang menggunakan data internet anda.Ternyata  saya akuinya tanpa prejudis.Sebab itu juga aplikasi Facebook Lite telah dimuat turun sebanyak lebih 50 juta orang seluruh dunia.

Malah pihak Facebook mendakwa boleh digunakan pada isyarat internet 2G.Sejujurnya saya katakan masih tak puas hati jika digunakan pada isyarat tersebut.Lambat dan putus-putus pulak tu.Jadi Aplikasi Facebook Lite terbaik jika ada isyarat 3G atau 4G LTE.Sendiri mau ingat juga bahawa data yang akan digunakan pun sama laju.

Kalau macam tu apa yang boleh jimat data?Bagi saya cukup mudah.Jangan online dan jadilah seseorang yang anti media sosial.Anda berkawan secara offline dengan jiran sebelah rumah.Itu memang terbaik dan paling afdal dalam membina hubungan kemanusiaan.Jika nak berkirim surat dengan rakan-rakan yang jauh jangan pulak mengeluh untuk pergi ke pejabat pos.

{sekilas pandang}

Aplikasi Facebook Lite masih tak setanding dengan aplikasi Facebook yang asal.Walaupun makan banyak data tetapi rasa puas tengok kawan-kawan (awek comel lote) kongsikan gambar mereka dengan jelas dan awesome.

Perlu juga kita sedar bahawa kita boleh jimatkan data untuk jimat wang ringgit namun usia dan masa kita yang sangat singkat (ajal kian mendekat) itu akan dibazirkan begitu saja jika terlalu asyik bermedia sosial.

Lainkan kalau nak guna aplikasi Facebook Lite yang ringan dan pantas itu untuk mengajak rakan-rakan  yang berminat untuk jana income misalnya Program Terpantas Jana Income Online

Pilihan kedua pula dengan menjadi affiliater di Amora.Daftar cepat dan jana income kedua dengan menjadikan Facebook sebagai lubuk mencari pelangan.

Tepuk dada tanyalah iman si empunya badan.

(Visited 57 times, 1 visits today)

26 thoughts on “Aplikasi Facebook Lite Jimat Data

  1. Terbalik pualk dengan saya yang tak suka facebook. Banyak masa terbuang dekat facebook dan kerja tak jadi jika on di laptop. Nka buat kerja tutup fb baru boleh kerja dengan aman.

Leave a Comment

CommentLuv badge