Bahagia Itu Berada Dalam Diri Sendiri

Bahagia Itu Berada Dalam Diri Sendiri…Semua manusia nak bahagia dan hampir mustahil orang  yang nak hidup derita atau sengsara.Cuma bahagia atau derita itu dua pilihan.Terpulang kepada manusia nak pilih yang mana satu idaman kalbu.Pilih bahagia gampang atau nak pilih derita super gampang kok.(maaf pinjam bahasa jiran seberang).

Memang ada yang tak nak pilih derita tetapi pilihan itu tetap juga dipilih dengan alasan terpaksa dan habis ikthiar.Sungguh kasihan sedangkan bahagia itu boleh diperoleh tanpa wang yang banyak,masa yang cukup atau kesihatan yang baik.Bahagia bermula dengan penetapan cara berfikir untuk dilaksanakan hati. Yang pasti hati akan menurut perintah minda kita sendiri.

bahagia

Mari bersama mrhanafi untuk membicarakan soal bahagia dengan pengaruh Hukum Tarikan.Dalam asas Hukum Tarikan,kita mesti memberi fokus kepada tenaga fikiran dan perasaan.Elemen ini mesti dijaga sebaik mungkin.Fikiran mesti ada ketenangan dan perasaan mesti ada kebahagiaan.Jika pilih sebaliknya maka bersiap sedia untuk menerima getaran negatif yang dilontarkan alam sekeliling dan manusia itu sendiri.

Mrhanafi melatih fikiran untuk merasai bahagia itu datang perlahan-lahan.Biar apapun dugaan dan cabaran mendatang mrhanafi tetapkan fikirkan rasa bahagia.Lantas daripada itu rasai juga perasaan tenang kesan dari pemikiran yang bahagia.Mrhanafi nikmati fikiran dan rasa bahagia sepanjang hari.Bermula seawal pagi dan berterusan ke alam mimpi di malam hari.

Penarikan rasa bahagia memberi getaran kepada unsur alam untuk turut berbahagia bersama.Misalnya pada hari ini tadi,mudah sahaja mrhanafi mendapat tempat letak kereta sewaktu pergi ke Poliklinik biarpun tempat itu dah penuh dengan kereta.Selain itu berlaku juga kemudahan untuk letak kereta yang dekat sewaktu berada di pasaraya.Setahu mrhanafi pada waktu tersebut dah semakin sesak dengan para penggunjung untuk membeli belah.

Tarikan rasa bahagia membuka ruang bahagia untuk mrhanafi jalani kehidupan sehari dengan mudah,lancar dan terbaik.Mrhanafi cuma melatih fikiran untuk berada dalam kondisi bahagia.Mrhanafi bayangkan semua pekerjaan,persekitaran dan diri sendiri dekat dengan perkara baik,indah dan mempersonakan.Jangan mainkan imej sedih dalam fikiran.Elakkan rasa was-was dan fokus hanya untuk nikmati bahagia.

{sekilas  pandang }

Mrhanafi faham ada yang belum mampu mengawal fikiran dan perasaan supaya sentiasa berada dalam kondisi bahagia.Unsur-unsur negatif lebih kuat bermain dalam fikiran dan terjelma melalui tindakan.

Tiada pilihan kecuali berfikir sebenak bahawa bahagia itu ada dalam diri sendiri.Gunakan dan jangan disimpan untuk dijadikan jeruk derita.Kita mahu bahagia di dunia dan akhirat.Isikan hati nurani dengan kalimat zikir dan bacaan ayat-ayat Al Quran sessungguh yang boleh.

Fokuskan bahagia dan abaikan derita.Hidup ini terlalu singkat untuk meratapi kekecewaan yang lepas.Adalah lebih baik sentiasa optimis untuk rasai bahagia yang kini beberapa langkah di hadapan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa untuk tarik bahagia melalui peluang jana pendapatan tambahan di pautan >>>>>Nak Duit Extra

(Visited 19 times, 1 visits today)

Leave a Comment

CommentLuv badge