Bahagianya Bersama Orang Yang Dicintai

Memang bahagia kalau dapat bersama orang yang dicintai. Hidup ini amat singkat. Masa pula amat terhad. Lantas kehidupan yang singkat dan masa yang terhad ini tidak wajar untuk ditangisi kerana kekecewaan,penderitaan dan kegagalan.

Elemen negatif wajar dilupuskan sesegera yang mungkin.

Hikmahnya agar minda sedar dan minda separa sedar kita patut diisi dengan perkara positif dan kebaikan demi kebaikan.

Jadi mengapa harus kita menafikan peluang untuk nikmati kebahagiaan hidup ini dengan orang yang kita cintai.

Cinta Tanpa Syarat

Mrhanafi suka nak berkongsikan lagi dua perkara hebat iaitu bahagia dan cinta. Semua orang nak bahagia. Tidak ada seorang pun nak derita. Jadi penyumbang kepada kebahagiaan hidup ialah bersama orang yang dicintai. Memang benar saling mencintai itu bahagia.

Tidak keterlaluan juga cinta tanpa syarat juga bahagia. Yang penting penerapan elemen cinta itu akan mengisi hati insan-insan yang suka kedamaian dan ketenangan dengan bunga-bunga cinta.

Cinta seorang suami kepada isteri memberi aura kebahagiaan yang berkekalan. Cinta akan mengajar si suami untuk setia,bertanggungjawab dan terus bersemangat menikmati hidup ini. Suami bermotivasi mencari rezeki dan konsisten menjalani ibadah wajib serta sunat.

WAJIB BACA :   3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado

Tanpa cinta ini si suami akan gelisah,kosong jiwa dan meronta untuk mencari kedamaian.Oleh itu hidupkan cinta ini jika bimbit-bimbit cinta yang sedia ada semakin pudar ditelan masa berlalu.

Cinta seorang isteri kepada suami pula mendatangkan sakinah kepada rumahtangga. Sentuhan halus isteri kepada emosi suami sukar untuk dilupakan biarpun beribu wanita diluar sana yang menawan dan mengoda. Hati suami terkunci untuk isterinya seorang.

Cuma bonus sahaja jika suami dah ada dua orang isteri. Untuk mencapai objektif tersebut seni bercinta si isteri wajib dilengkapi dengan patuh,taat dan menghormati suami. Tidak boleh tidak. Sebarang alasan yang tidak munasabah tidak akan diterima.Ayat ini wajib difahami suami isteri tau!

Bagaimana pula cinta para pemuda dan pemudi yang dalam proses mendapat kehidupan berumahtangga.

Wah.Inilah satu perkara yang wajar saya kongsikan kerana saya dah pun melalui fasa tersebut.

Sangat mencabar namun sungguh mengujakan. Cinta oh cinta. Memang amat bahagia untuk dinikmati dengan cara betul sesuai dengan ajaran agama masing-masing.

WAJIB BACA :   Hilang rentak menulis akibat kesibukan

Bertepatan dengan hukum alam iaitu sesuatu yang kecil akan membesar. Begitu juga cinta mereka. Pada saat berkenalan dan diikuti berkawan serta seterusnya terbit perasaan cinta.

Suhu cinta mereka memang hangat dan bergelora sehingga ada yang sanggup meredah lautan api neraka kerana maksiat dan zina. Alamak potong stim la pulak. Maaf ada unsur dakwah kat situ.

Jangan pulak kecam mrhanafi. Peace bro and sis.

Mungkin ada juga pembaca yang belum menemui orang yang cintai tatkala ini. Jangan berputus asa kerana setiap insan yang ada di muka bumi ini ada pasangannya sebagaimana siang dengan malam,panas dengan sejuk atau masin dengan manis. Tetap ada pasangan sama ada saling mencintai atau cinta syok sendiri.

Paling minima pun ada juga orang yang kita cinta biarpun cinta kita tidak berbalas seperti dua insan bercinta.

Soal bahagia adalah soal cinta hati. Cinta mungkin datang dengan pakej rupa dan akhlak. Ada juga pakej material yang boleh memberi jaminan keselesaan hidup. Itu terpulang pada empunya diri.

orang yang dicintai
Nak bisnes seperti mereka : 013-4841910

Jika bahagia dengan cinta yang mesti ada wang ringgit yang banyak sila teruskan.Logik juga. Sebab cinta tak akan bahagia sepenuhnya jika perut asyik lapar berpanjangan.

WAJIB BACA :   Cerita cucur pisang untuk mereka yang bajet lari...

Andainya bahagia dengan cinta orang yang beriman dan cenderung untuk dunia akhirat maka teruskan juga.Golongan ini memang diuji susah pada mulanya dan jangan hairan mereka adalah insan yang bakal kaya di dunia dan akhirat.

Rutin mereka adalah zikir,selawat,solat malam dan sedekah.Pendek kata mereka dekat dengan Allah SWT dan mencintai golongan ini terpimpin tangan untuk ke Jannah. Nak ke tak nak itu lu fikir la sendiri.

Penutup

Memang benar bersama orang yang dicintai itu membahagiakan. Perasaan itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi untuk dilukiskan dengan  lukisan yang paling cantik di dunia ini.

Hanya orang bercinta tahu dan mereka juga tidak mampu memberitahu kepada orang lain kecuali untuk mereka berdua sahaja.

Kalaulah begitu indah dan bahagianya rasa cinta, mrhanafi nak juga la.Ada sesiapa yang sudi sila PM tepi. Eh! gurau melampau..he..he..

Terima kasih kerana sudi menerima cinta membaca curahan  hati ini.

Comments 6

Leave a Reply to Jie Susanos Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge