Bahagianya Dalam Angan-Angan Optimis

Bahagianya Dalam Angan-angan Optimis…Artikel ini bukan berdasarkan kisah benar atau kisah realiti yang bersifat peribadi.Ianya adalah nukilan hati sahaja.Mungkin bisa menjadi kenyataan dengan berkat doa dan ikhtiar keupayaan manusia.Sebab dalam Hukum Tarikan apa sahaja yang kita imaginasi dengan penuh perasaan secara berterusan akan menjadi realiti yang benar-benar terjadi.

angan-angan

Kebiasanya mrhanafi kuat berangan.Angan-angan mrhanafi cenderung kepada kebahagiaan,kekayaan dan kegembiraan.Tak salahkan berangan-angan sesuatu baik dan indah.Kadang kala angan-angan begini menyebabkan mrhanafi kena marah,kena sindir dan kena tempelak.Ada yang mengketawakan angan-angan mrhanafi sebab mereka tak percaya bahawa mrhanafi boleh mencapainya.Tak pelah.Yang penting mrhanafi tetap yakin dan percaya memang boleh menjadi kenyataan.

Mrhanafi tak kecik hatipun.Tak perlu emosional dan tidak berputus asa untuk terus berangan-angan.Biarlah angan-angan mrhanafi disusuli dengan senjata utama orang Islam iaitu doa.Malah ada juga yang nak mempetikaikan hanya dengan doa mana mungkin angan-angan boleh tercapai tanpa usaha.Begitu sekali pemikiran manusia menghakimi kuasa Allah SWT.

Siap dengan dalil iaitu kalaulah dengan doa sahaja sudah tentu para ustaz dan golongan alim menjadi kaya raya.Mrhanafi tergumam seketika.Kelu lidah tidak terkata apa-apa.Sebab mrhanafi sangat percaya Allah SWT Maha Berkuasa.Dengan konsep Kun Fa Ya Kun sahaja dah boleh menjadikan apa sahaja terhadap makhlukNya.Apa nak hairan.Adakah kita yakin dengan kuasa Allah SWT setelah berusaha dan berdoa semata-mata.

Soal begini tidak boleh diperdebatkan jika tiada ilmu yakin 100 peratus.Kita perlu ilmu tasawuf peringkat tinggi.Biasalah sebagai manusia biasa cara pemikiran logik itu tetap ada.Contonya tak logiklah kalau angan-angan nak jadi kaya tetapi tidur berdengkur sehingga kesiangan.Solat subuh sangkut apatah lagi nak solat sunat Dhuha.Ajak buat bisnes Wafymobile pun tak pandang sebelah mata.Jadi memang logik tak kalau belum kaya-kaya.Itu contoh senario yang terang lagi nyata.

Apa yang mrhanafi maksudkan dalam entri ini bukan angan-angan yang pesimis.Mrhanafi nak berangan-angan secara optimis.Angan-angan yang ada hala tuju yang jelas,mantap dan bahagia.Bahkan sangat bahagia sekali dalam dunia angan-angan dengan ada kemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah.Ada kereta yang gagah dan perkasa untuk solat di masjid.Mampu berinfak harta dan wang ringgit untuk orang miskin serta anak-anak yatim.Cukup keperluan harian tanpa perlu bekerja keras sehingga  melengah solat 5 waktu atau tiada kekhusyukan dalam sembahayang.

Dengan angan-angan juga mrhanafi rasa bahagia dilayan seseorang dengan keikhlasan,Ada tempat untuk bermanja,bermesra dan bersembang seperti pasangan sah yang bercinta.Syukur alhamdulillah ada orang sanggup menyayangi kita kerana Allah Taala.Bukan kerana harta,rupa dan wang ringgit berjuta-juta.Bahagianya ada seseorang yang taat dan setia pada kita.Bahkan sudi memberi zuriat yang menjadi al Hafiz dan pendakwah ulung masa akan datang.Aamiin.

In shaa Allah mrhanafi redha dan berdoa agar seseorang masuk syurga dengan aman sejahtera.Itulah harapan mrhanafi atas kesudiannya menemani dan berkongsi hidup bersama mrhanafi dalam dunia yang sesingkat ini.Aamiin.

{sekilas pandang}

Mrhanafi tidak bermaksud angan-angan kosong tanpa tindakan.Sedangkan beribadat tanpa amalan pun tiada maknanya.Angan-angan mrhanafi adalah optimis selari dengan Hukum Tarikan yang mrhanafi war-warkan dalam Cabaran Segmen Sukses  21 Hari fasa ketiga.

Mrhanafi berangan-angan yang mirip kepada proses visualisasi yakni mengambarkan sesuatu yang bakal berlaku dalam minda terlebih dahulu sebelum menjadi realiti di depan mata.Jangan abaikan doa yang akan disusuli dengan solat,istighfar,selawat dan sedekah serta zikir Asmaul Husna,

Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa untuk terus kekal motivasi dengan singgah ke blog Hero Borneo.

(Visited 10 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Bahagianya Dalam Angan-Angan Optimis

  1. Mungkin angan-angan dizahirkan dalam bentuk gambar dan ditampal di tempat yang mudah di lihat setiap hari. So hari-hari boleh feel angan-angan tersebut dan Insyaallah dengan usaha ia boleh menjadi kenyataan.

Leave a Comment

CommentLuv badge