Beli Rumah Murah Mesra Rakyat

Ada sesiapa yang nak Beli Rumah Murah Mesra Rakyat.Rumah adalah keperluan asas utama kita.Tak kira rumah mewah atau rumah mampu milik ataupun rumah mesra rakyat.Sudah pasti kebanyakkan kita meletakkan sasaran sebagai rumah murah sebagai pilihan terakhir.

rumah murah

Impian mrhanafi untuk memiliki rumah mampu milik dah lama tercapai.Alhamdullilah hasil pendapatan dari pekerjaan suatu ketika dahulu.Beberapa tahun yang lalu, harga rumah tidak semahal sekarang ini.Beberapa tahun akan datang pula harga rumah akan terus meningkat sehingga tidak masuk akal.

Permintaan terhadap rumah untuk disewa semakin tinggi kerana kemampuan rakyat membeli rumah semakin kurang.Mahu atau tidak, terpaksa mencari rumah sewa murah terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.Senario ini banyak berlalku tak kira di negeri Sarawak,Sabah,Kelantan,Johor atau Terengganu.

WAJIB BACA :   Untuk Kaya Apa Perlu Buat

Mrhanafi mengesa pasangan yang baru mendirikan rumahtangga boleh memohon rumah PPRT atau rumah 1 Malaysia ataupun membuat permohonan rumah PRIMA.Terpulang kepada kemampuan dan keperluan masing-masing.

Bagi yang mempunyai pendapatan tiinggi tidak perlulah memohon rumah murah mesra rakyat.Bagilah peluang kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah,Mereka terpaksa dan tiada pilihan kecuali ada pembaca yang nak menjana pendapatan tinggi boleh belajar buat duit online.

Mrhanafi nak kongsikan pengalaman peribadi tentang impian membeli rumah.Pada masa itu mrhanafi masih bujang dan belum berpunya.Awek pun tak sudi nak dekat kerana mrhanafi tidak memiliki apa-apa.Rupa adalah sikit menariknya.Kereta sedan pun belum ada.Pendek kata belum ada pekerjaan pun.Baru sahaja lepas sekolah.

Sebelum tidur mrhanafi pasang angan-angan dulu.Mrhanafi nak ada rumah dikawasan perumahan,ada isteri dan anak anak serta ada kereta.

WAJIB BACA :   Iktibar Dari Pusat Jantung Sarawak Di Kota Samarahan [edisi kemaskini]

Beberapa tahun kemudian semua perkara ini sudah dimilliki walaupun tidaklah sehebat manapun.Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan.

Sewaktu mula-mula bekerja, mrhanafi dah merancang untuk beli rumah dan ingin membuat permohonan rumah mesra rakyat.Ketika hendak memohon terbaca satu kelayakan utama iaitu mesti berkahwin.Jika masih bujang  belum boleh memohon rumah jenis mampu milik .Akibatnya mrhanafi terpaksa tangguhkan dahulu hasrat untuk memiliki rumah murah.

Ditakdirkan kemudianya,mrhanafi bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinan selepas setahun bertunang.Hasrat untuk memilki rumah sendiri kembali membara.

Mrhanafi berbincang dan merancang untuk membeli rumah pertamaku dengan isteri.Alhamdullilah semua urusan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.Bersyukur juga kerana tidak perlu mrhanafi nak  menyewa di rumah sewa

WAJIB BACA :   Belajar Dari Pakar Internet Untuk Buat Duit

Akhirnya mrhanafi dapat membeli rumah mampu milik bersama isteri selepas 6 bulan usia perkahwinan kami.Memang bersyukur sangat kerana berjaya memiliki rumah mampu milik.

rumah mampu milik

{Nota Blogger}

Pesan mrhanafi, usahakan beli rumah murah mesra rakyat  jika kemampuan membeli masih rendah.Jangan bertanggung membeli rumah kerana harga rumah semakin meningkat dari tahun ke setahun.

Sekiranya mampu dan mempunyai pendapatan tinggi cuba cari rumah yang lebih cantik,luas dan menarik.In shaa Allah peluang untuk menjadikan kita ada pendapatan tinggi ada dimana-mana

Misalnya belajar dengan Pakar Internet tentang Formula Income Seumur Hidup agar setiap bulan mampu membeli rumah paling cikai pun rumah mesra rakyat.

*sumber gambar : Google image

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge