Bersangka Baik Untuk Mampu Kahwin Dua

Bersangka Baik Untuk Mampu Kahwin Du.Terlebih dahulu mrhanafi menyusun 10 jari sebab nak minta maaf.Bukan bermaksud nak melukakan hati wanita yang dah bergelar isteri.

Jauh sekali untuk menaikkan ego lelaki yang dah bergelar suami.Kahwin dua atau berpoligami bukan perkara main-main.Ia sangat serius dan kontroversi kerana boleh menaikkan sentimen emosi.

kahwin dua

Kahwin dua mempunyai implikasi pro dan kontra.Dalam prinsip bersangka baik,isu berkahwin dua adalah suratan takdir yang termaktub dalam hukum Qadak dan Qadar.

Soal jodoh itu dalam pengetahuan Allah SWT sebagaimana soal ajal dan rezeki seseorang.Kalau dah macam tu,buat apa orang luar kecoh-kecoh tak tentu pasal.

Maaf terselit bahasa pasar seketika.Merapu katakan.

Soal mampu kahwin dua adalah pokok utama.Mampu dari segi kewangan kerana menanggung dua keluarga.Mampu dari segi akhlak kerana menuntut sikap adil.Mampu mendidik anak-anak dan isteri-isteri supaya berada di landasan iman dan takwa.

Itulah soal mampu secara total.In shaa Allah hanya orang terpilih sahaja mampu kerana berpoligami adalah hak Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang tertentu.

WAJIB BACA :   Bahagia Sehari Derita Sebulan

Secara umumnya sudah tentu para isteri sangat gusar dan risau dengan suami masing-masing.Lebih-lebih lagi kepada suami mereka yang mempunyai kemampuan zahir dan batin yang hebat.

Tambahan pula kualiti akhlak  suami mereka antara yang terbaik berbanding orang-orang bujang yang belum matang sepenuhnya.Namun dalam menghadapi senario begini si isteri sangat dituntut untuk bersangka baik.

Sayangi suami anda dengan ikhlas.Jalani tanggungjawab isteri sebaik yang boleh.Selebihnya serah sahaja kepada Allah SWT.

Pesan mrhanafi kepada si suami yang ada keinginan untuk berkahwin dua ialah bersangka baik dan tingkatkan kualiti iman.

Dekatkan diri kepada Allah SWT kerana apa jua permintaan pasti dikabulkan jika kena caranya.Apatah lagi berkahwin dua kerana soal ini adalah sunnah para Nabi dan amalan orang-orang soleh.

Tiada yang mustahil buat Allah SWT dan sebagai makhluk ciptaanNya yang sempurna mesti berdoa,berikhtiar dan bertawakal.Niat yang baik dan keinginan yang murni pasti alam ini turut membantu sesuai dengan Hukum Tarikan

WAJIB BACA :   7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi

Memandangkan mrhanafi dalam proses menjalani Cabaran Segmen Sukses 21 Hari maka hari ini mrhanafi fokuskan kepada bersangka baik.Pembaca juga perlu bersangka baik walaupun topik yang mrhanafi tulis ini agak sinonim dengan perkara tak baik.

Misalnya tidak setia,orang ketiga,perampas kebahagiaan dan pelbagai lagi tohmahan negatif.Sedangkan hakikat yang jelas negatifnya kita abaikan begitu sahaja seperti berzina,berkhalwat,fitnah,mengumpat dan macam ada-ada.

{sekilas pandang}

Kahwin dua adalah lumrah kehidupan rumahtangga yang baik,positif dan ada hikmah yang begitu indah.Jangan dikesali jika dah jodoh berkahwin dua.Hati yang redha dan terus bersangka baik adalah kunci untuk menikmati kehidupan ini.

Si suami yang telah terpilih untuk berkahwin dua wajar bersyukur.Ada ramai suami kat luar sana yang masih berimpian dan menyimpan hasrat murni tersebut.Mereka terus menanti dan menunggu saat paling indah.

Mrhanafi yakin mereka pun boleh kerana kuatnya getaran cinta dan jodoh itu tidak bisa dihalang oleh sesiapapun selain jodoh dan ajal itu sendiri.

WAJIB BACA :   Latih Tabiat Optimis Dalam kehidupan

Si isteri dan bakal isteri yang akan terjerat dalam alam kahwin dua pun patut bersyukur kerana jodoh itu Allah yang tentukan.Kita hanya mampu merancang dan perancang terbaik adalah Allah SWT.

Tumpukan perhatian kepada tanggungjawab dan bersangka baik bahawa kita telah terpilih dalam ujian ini kerana nama sudah tertulis dalam catatan Loh Mahfuz.

Akhir kata jangan kecam mrhanafi kerana mrhanafi  sekadar menulis untuk mencerahkan konsep bersangka baik dalam perkara yang biasanya orang nampak kurang baik.

Terima kasih kerana sudi membaca dan segala keluhan boleh dtulis dalam ruangan komen.

Jika belum follow blog saya boleh pilih mana mana melalui saluran berikut:

Apa kata teruskan bacaan tentang >> 10 Tanda Isteri Sayang Suami Ketat-ketat.

Comments 14

Leave a Reply to Aryn Fadz Lee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge