Bersyukur Selalu Dengan Setiap Nikmat

Bersyukur Selalu Dengan Setiap Nikmat…Perjalanan segmen sukses ketiga sudah masuk hari yang kedua.Syukur Alhamduliilah.Syukur kepada Allah kerana mrhanafi berjaya mengimplimentasikan konsep bersangka baik pada hari pertama.Biarpun pencapaian tidak sampai 100 peratus namun impaknya masih terasa untuk hari kedua.

bersyukur

Kini mrhanafi akan mengaplikasi konsep bersyukur.Dalam masa yang sama akan mengaitkan konsep bersangka baik dan bersyukur dalam rangka yang beriringan.Bak kata orang bijak pandai,seia dan sekata atau ibarat lagu dan irama.Maaf bukan Rhoma Irama.

Mrhanafi amat bersyukur dengan setiap kejayaan kecil yang berlaku pada hari semalam dan termasuk hari ini serta hari yang akan datang,Bersyukur kerana bersangka baik dari pagi sampai malam terhadap sesiapa sahaja waima binatang sekalipun.Mrhanafi tarik aura positif dan tempis segara aura negatit dengan konsep bersangka baik.

WAJIB BACA :   Terbang ke Mukah…apa yang berlaku ?

Hukum tarikan yang memang berlaku setiap saat.Ia sewajar untuk digunakan untuk terhadap perkara yang baik-baik.Mrhanafi bergerak dalam kitaran positif diri dengan penambahan segala elemen yang hebat dan terbaik sepanjang masa.

Sudah semestinya lumrah hukum alam.Ada yang bagus dan sebaliknya.Ada yang berguna dan tidak berguna kepada sebahagian yang lain.Dalam masa yang lain berguna untuk makhluk yang lain.Itulah putaran hidup positif yang memang berlalu dalam hukum tarikan.

Pada hari ini mrhanafi akan mensyukuri apa-apa berlaku kerana setiap kejadian ada hikmahnya.Dengan adanya konsep bersangka baik maka abaikan segala keburukan,kejahatan dan nilai-nilai negatif yang memang secara alamiah kita memang tak nak.Siapa yang nak hidup susah atau dianiaya orang,Sudah semestinya orang tak mahu dan tak nak,

WAJIB BACA :   2 kali gembira dapat keputusan swab test negatif.... amazing feeling

JIka berlaku juga terhadap anda, kembali pula untuk bersangka baik dan bersyukur kerana diberi ujian sedemikian.Ada hikmah yang tersirat dan tersurat.Tak hairan apa yang berlaku disebabkan oleh manusia sendiri.Dengan sesama manusia konsep maaf dan lupakan wajar sekali diimplimentasi.In shaa Allah esok kita jelaskan satu persatu.

{sekilas pandang}

Sekali lagi mrhanafi bersyukur kerana sudah sampai ke penghujung rancangan.Pada ketika ini mrhanafi nak ajak para pembaca untuk sama-sama rasai nikmat bersyukur Ingat dengan bersyukur segala nikmat akan terus bertambah dan terus bertambah.

Tarikkan rasa kesyukuran itu sedalam yang  boleh dalam sanubari kita.Jelmakan pula tindakan orang bersyukur melalui pematuhan perintah Allah SWT.Mrhanafi yakin anda semakin dekat dengan pintu kejayaan.

WAJIB BACA :   Pengalaman Seram Bermalam Di Bilik 106

Terima kasih kerana sudi membaca dan jomlah baca blog Buku Best

Comments 6

Leave a Reply to Bisnes Online Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge