Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger

As-salam dan salam sejahtera semua.Saya nak Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger. Nampaknya penantian saya belum berakhir terhadap bisnes Bestmobile.Namun kelangsungan blog ini tetap diteruskan.Blog mesti dikemaskini supaya tidak bersawang.Jika tak diguna memang terasa ruginya.Hosting dan domain perlu dibayar setiap tahun.

mrhanafi

Atas sebab itu saya nak bina semula blog ini sebagai life style blog atau blog gaya kehidupan blogger.Pembinaan blog yang ada niche life style memang umum dan ada juga bersifat peribadi.Saya nak sumbat apa sahaja pun boleh.Janji tidak melanggari etika sebagai blogger.

Saya nak tulis review produk,event atau kisah sendiri.Itu saya punya suka.Nak bubuh gambar selfie pun ok supaya pembaca boleh minat dekat saya.ha..ha..Sudah tentu saya suka kalau ada yang sudi beri job.Kalau ada.Jika tiada saya pasti mencari lubuk duit dengan menulis entri promosi affiliate.

Dalam keghairahan saya menulis tu ada juga terfikir idea nak bubuh tagline baru.Sekarang saya guna Jurnal Kehidupan Blogger.

Sekarang masih hangat berlangsungnya kontes Telekung Reehans Pilihan Muslimah kendalian Sifu Blogspot iaitu tuan Hasrul Hasan.

Siapa yang belum join tu jangan tunggu lama-lama.Mari bagi sokongan kepada pihak penganjur supaya pihak penaja rasa gembira dengan golongan blogger.Soal menang soal kedua.Ye tak?

Kita tunjukkan kepada dunia bahawa blogger ada kuasa networking dan dominasi enjin carian Google.Blogger ada mass media influence power.Sebab blogger boleh menapak di semua media sosial dan dunia online.

Blogger ada platform yang unggul untuk diakses oleh pembaca umum,netizen dan golongan blogger sendiri.Platform itu tak lain dan tak bukan ialah blog.

Berbanding media sosial,blog boleh diakses dan disimpan seberapa banyak kita nak.Maklumat yang kita tulis di media sosial baik Facebook,Tweeter,Whatsapp,Wechat,Instagram dan yang sewaktu dengannya bersifat sementara.Cukup masa entah hilang kat mana,

Dengan kelebihan ini saya bersyukur ada blog.Tambahan pula saya nak membina blog gaya hidup blogger tanpa terikat ketat dengan niche maupun hukum SEO.

Tulis dengan jiwa maka pembaca akan terpesona.Blog jenis ini jika nak dicopy and paste secara tidak sah memang pelik. la kisah peribadi kita.Sudah pasti nak sama dengan kisah peribadi orang lain.

Nampak tak kelebihan blog gaya kehidupan blogger.Kita boleh tulis dengan gaya tersendiri,bahasa gila-gila dan paling penting mudah difahami para pembaca.

Sungguhpun begitu saya tetap mengkagumi beberapa blogger yang menulis dengan bahasa mantap dan piawaian yang tinggi seperti Mohd Subhi,Hasrul Hassan,Khir Khalid,Bin Muhammad,Kamil Salleh,Ikhwan Fahmi dan ramai lagi sebenarnya.Mereka terbaik,tersohor dan terbukti wibawa sebagai blogger.

Jika dibuat bandingan saya umpama semut kecil berhadapan dengan gajah Afrika tu.

{Sekilas pandang}

Nampaknya tulisan saya sampai ke penghujung.Memang lintang pukang tetapi saya puas kerana berjaya juga menulis tanpa fakta dengan membelasah sahaja kata- kata yang berlegar di minda.

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 3 times, 1 visits today)

30 thoughts on “Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger

  1. Aku pun pelik, konten yang aku tulis sebelum ni kat wall fb hilang entah ke mana. Nak kena selit dengan gambar baru tak hilang. Baik aku spend masa untuk tulis dalam blog, at least aku tau, ia tak akan hilang

    • dah ‘nama’ lah sangat..

      saya masih bertatih lagi dalam bidang blogging ini..

      akan datang in shaa Allah nak lebih kan sikit nama tu..he..he..

  2. There u go mrhanafi. Tulis apa yang kita suka kan. Besides. Ni kan blog kita. Hehe
    Anyway saya setuju yang blog ni best compare to fb. Sbb tulisan di sini remain. Klo cari-cari pon jumpa balik.
    P/s: nak join la contest seo tu. Minta tunjuk ajar ye sifu..

  3. Bunda setuju dengan tajuk tu…sebab blog bunda pun jenis yang macam tu… santai dan mudah difaham….

    Tapi bunda suka baca blog2 mereka yang profesional yang punya bahasa2 standard… sekurang2nya dapat menambah ilmu dan menjadi rujukan untuk bahan pembacaan kita…

    Salam dari BUNDA…

Leave a Comment

CommentLuv badge