Blog Buku Best Kini Dilancarkan

Blog Buku Best Kini Dilancarkan…Mrhanafi sangat bersyukur kerana keinginan untuk memiliki blog yang ada niche buku fizikal dapat diwujudkan.Apa yang menarik tentang blog Buku Best ini adalah hasil gabungan untuk review buku fizikal dan digital dalam satu blog.Jimat masa dan kos penyelenggaraan mrhanafi dalam mengurus rangkaian blog.

Buku Best

Untuk pengetahuan semua blog Buku Best adalah pengganti kepada blog e-buku.info yang mrhanafi tidak lagi sambung pembayaran domainnya.Blog tersebut pernah menghasilkan pendapatan sampingan sewaktu kewujudan Ashadee.com.Sekarang jarang menjana pendapatan walaupun mrhanafi masih mempromosi produk Klikje.com.

Blog Buku Best masih dioperasikan atas platform blogspot dan cuma bertukar nama domain sahaja.Itulah kelebihan menggunakan hosting percuma dari blogspot.Nama bertukar tetapi kandungan blog masih dikekalkan.Sungguhpun begitu kerja-kerja edit pautan yang broken masih diteruskan dari semasa ke semasa.

WAJIB BACA :   Cinta Tanpa Syarat Bukti Keikhlasan

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perbezaan antara blog yang dulu dengan blog Buku Best.Secara kasarnya blog Buku Best lebih umum lagi fungsi untuk mempromosi buku fizikal dan buku digital (ebook) sekali gus.Blog yang  dulunya hanya mempromosi produk digital seperti ebook dan mrhanafi langsung tidak memasukkan produk lain selain daripada ebook.Itulah kelemahan yang mrhanafi akui sekarang ini.

Sekarang mrhanafi nak optimumkan penjanaan income melalui blog Buku Best sebagaimana namanya yang best tu.Kebetulan pula mrhanafi berjaya mendaftar domain yang menggunakan akhiran com.Lagilah mrhanafi menyayangi dua lagi domain yang ada com dibelakangnya.Nilai komersial domain dot com lebih terasa dihati berbanding domain dot net atau dot my.

WAJIB BACA :   Harga Minyak Petrol Ogos 2016

Buat sementara ini mrhanafi belum bercadang untuk pergi berhijrah ke platform WordPress.Memang platform WordPress jauh lebih seronok berbanding  platform blogspot.Cukuplah blog ini kekal di WordPress dan mrhanafi akui bukan banyak masa sangat nak mengadap blog secara online.

Tanpa berselindung lagi mrhanafi turut berkongsi juga kepada pembaca dan rakan blogger yang nak menjana pendapatan secara affililate di Bookcafe di link http://lynk.my/9ifu. Cubalah buat promosi dan mana tahu ada sumber income dari sumber tersebut.Selepas ini jangan kata mrhanafi tak payung pula kepada rakan-rakan semua.

Selain itu peluang untuk menjana wang bukan setakat program affiliate.Kini ada satu lagi program yang bersifat referral mengenai talian telco Wafymobile .Rakan –rakan pun boleh mencuba mana lah tahu ada rezeki murah kat sana.Sudah tentu sebagai blogger,kita semua semakin agresif dan tegar untuk mencari pendapatan tambahan.

WAJIB BACA :   Gelombang Alam Remaja Kali Kedua

{sekilas pandang}

Harapan terbesar mrhanafi dengan blog Buku Best ini ialah mempunyai kekuatan SEO yang mantap dan berdaya saing untuk menarik pelawat organik.

Dalam masa yang sama dapat juga mrhanafi kongsikan hasil pembacaan mrhanafi tentang buku fizikal dan digital dengan lebih banyak lagi.Moga-moga usaha ini memberi manfaat untuk anda semua.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 18

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge