Cabaran Segmen Ketiga Sukses 21 Hari

Cabaran Segmen Ketiga Sukses 21 Hari…Gara-gara Hari Raya Puasa mrhanafi terpaksa menangguh cabaran tersebut.Kesannya segmen ketiga iaitu Modul Implimentasi Hukum Tarikan akan dimulakan semula.Mrhanafi akan bermula pada 11 Julai 2016.Pendekatan lebih fokus dan khusus berbanding sebelum ini.Perkembangan dari semasa ke semasa akan didedahkan dalam blog ini dan blog yang satu lagi.Lebih adil rasanya.

segmen sukses

Mrhanafi tidak menyalahkan keadaan.Mrhanafi yang menyerah kepada keadaan.Oleh itu mrhanafi wajar meminta maaf dan memaafkan diri sendiri.Soal khilaf adalah biasa dan kelemahan diri sendiri wajar diakui.

Setelah diteliti dan muhasabah ke atas diri sendiri didapati pendekatan dalam Modul Implikasi Hukum Tarikan kurang berkesan.Tanpa ragu-ragu mrhanafi terus membuat rombakan.Selepas ini akan diperhalusi dan dan difokuskan supaya kesan lebih sukses.In shaa Allah.

Oleh hal demikian mrhanafi akan berkongsikan apa yang nak mrhanafi ‘tarik’ sepanjang hari dalam blog ini.Sebaliknya blog yang satu lagi mrhanafi akan dedahkan apa yang mrhahafi berjaya ‘tarik’  untuk diceritakan dalam blog Hero Borneo.

WAJIB BACA :   7 Rahsia Elak Poket Kosong

Mrhanafi yakin perkembangan Cabaran Segmen Ketiga  Sukses 21 Hari  lebih menarik untuk diikuti.Menurut jangkaan mrhanafi jauh lebih baik berbanding Segmen Pertama dan Segmen Kedua.Info lanjut boleh korek sendiri ye dalam blog ini atau blog yang sana.Pesan mrhanafi jangan pening lalat la ye.

Para pembaca akan mendapat manfaat secara ‘live testimonial’ melalui apa yang mrhanafi ceritakan dalam blog nanti.Teknik dan kaedah akan mrhanafi kongsikan tanpa berselindung.Mrhanafi yakin para pembaca akan dapat idea dan sumber inspirasi jika mengikuti perkembangan setiap hari In shaa Allah.

Untuk menjelaskan mengapa 21 hari digunakan dalam segmen ini kerana ia praktikal.Pembaca boleh panjangkan juga untuk 40 hari.Itu tak ada hal punya.Bersandarkan pengalaman sebelum ini tempoh 21 hari boleh membentuk tabiat.Cuma belum kukuh dan mantap.Bila-bila masa boleh goyah dan lari dari landasan.Sebab itu mrhanafi amat sarankan untuk mengulangi semula jika tertinggal satu hari sebagai penalti.

WAJIB BACA :   Anak Masuk MRSM Ibubapa Teruja

Bayangkan kalau terpaksa mengulangi selepas hampir 40 hari.Tentu lebih berat dan sukar.Jadi tempoh 21 hari lebih praktikal jika tersasar dari landasan,Ini tidak bermakna kita boleh sesuka hari melanggar pelaturan sendiri.Siapa yang akan rugi kalau bukan diri sendiri.Betul tak?

{sekilas pandang}

Objektif utama Cabaran Segmen Sukses ini untuk membentuk tabiat orang berjaya.Mrhanafi melihat peluang untuk berjaya adalah sama rata untuk semua manusia.Perbezaan yang jelas dan ketara menjurus kepada TABIAT.

Tabiat boleh diubah dan diperbaiki untuk jauh lebih baik dari hari ke hari.Proses mengubah tabiat boleh berlaku jika tahu kaedah dan kesungguhan dari hati nurani sendiri.

Sebab itulah mrhanafi begitu serius untuk mengubah tabiat sendiri supaya mencapai impian dan bukan sekadar angan-angan kesiangan.

WAJIB BACA :   Hidup wajar bergembira, wajib pula bersyukur

Mrhanafi telah merangka beberapa program  untuk mengubah tabiat manusia melalui Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang terdiri dari 5 Modul utama.

Walaupun pada mulanya mrhanafi nak buat secara senyap-senyap dan bongkarkan apabila sudah terbukti berjaya.Namun itu cara yang terlalu biasa orang berjaya buat.Misalnya tulis buku dan jual setelah berjaya.

Sekarang mrhanafi yang nak ubah dimensi dengan berkongsikan secara langsung kisah sebelum berjaya dan selepas berjaya tanpa berselindung.Tentu lebih mencabarkan dan itulah tanggungjawab utama mrhanafi sebagai blogger.Menulis blog untuk berkongsikan  manfaat kepada semua.

Segala ilmu dan panduan yang mrhanafikan kongsikan ini diniatkan untuk sedekah kerana Allah SWT.Tanpa bayaran biarpun ada ilmu yang mrhanafi perolehi itu dibeli dari buku,seminar dan bengkel pada masa lalu ataupun pada masa yang akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge