Cabaran Tulis Blog 30 Minit Untuk 300 Perkataan

Cabaran Tulis Blog 30 Minit Untuk 300 Perkataan…Wow.Macam best sahaja cabaran ini.Mrhanafi sahut cabaran itu tanpa banyak soal.Lagipun bukan orang lain.Diri sendiri juga.Masa untuk menulis dah dicatitkan pada pada pukul 10.38 pagi.

Sejujurnya menulis pandangan dan luahan hati tak susah.Belasah sahaja apa-apa perkataan yang baik dan sedap untuk dibaca.Lainkan menulis review atau fakta ataupun infomasi.Tersalah tulis jadi masalah.

set11

Jadi dalam cabaran menulis blog yang dianjurkan sendiri ini,mrhanafi cuba perah idea sebanyak mungkin.Sebab memang dah tugas seorang blogger menulis blog.Tak tulis maka blog tiada entri terbaru.Pembaca pun tak lalu nak baca.

Ada yang nak tahu mengapa 300 patah perkataan sahaja.Mengapa tidak sehingga 500 patah perkataan atau 1000 patah perkataaan ataupun 1500 patah perkataan.Sebab 300 patah perkataan dah lulus saringan SEO.Lagi banyak lagi bagus.Lagi penting pada enjin carian.

Dalam pada itu ada tak yang nak tahu mengapa 30 minit sahaja.Bukan sejam atau sehari suntuk untuk menulis blog.Jawapannya ialah blogger perlu berfikiran kritis dan mesti cepat menyampaikan informasi sebelum khalayak awam mengetahuinya.

Percapaian peribadi mrhanafi boleh tulis blog kurang dari 30 minit.Umumnya dalam masa satu jam berdasarkan jenis entri yang hendak diterbitkan.Jika entri yang padat dan sarat ilmu maka mrhanafi akan menulis dengan masa yang agak lama.

Blog ini memang sesuai untuk menyahut cabaran tulis blog dalam masa singkat.Mrhanafi guna gaya penulisan santai dan ringan.Tak perlu fikir sangat dan ayat juga pendek-pendek belaka.Tulis apa yang terlintas di fikiran.Cuma kadang-kadang nak selit pautan bisnes telco iaitu Wafymobile.

Orang kata apa yang malu.Blog adalah aset peribadi.Kalau tulis panjang berjela di media sosial memang buang masa.Selang beberapa bulan kemudian sudah nak cari apa yang pernah kita tulis dekat status wall Facebook.

Alamak tinggal 8 minit sahaja lagi.Jumlah perkataan yang mrhanafi tulis setakat ini ialah 278 patah perkataan.Tak pe.Teruskan berjuang hingga minit yang terakhir.Dah terasa gementar juga nie.

{sekilas pandang}

Ayat terakhir yang mrhanafi tulis ini ialah minta maaf jika ada kesilapan dan kelam kabut penyampaiannya.

Akhir kata mrhanafi tutup cabaran menulis blog 300 patah perkataan dalam 30 minit pada jam 11.08am.Jumlah keseluruhan ayat yang digunakan ialah 330 patah perkataan.

(Visited 10 times, 1 visits today)

28 thoughts on “Cabaran Tulis Blog 30 Minit Untuk 300 Perkataan

  1. wah mantap mr hanafi boleh buat cabaran tu…kadang idea menulis ni agak susah juga nak dapat feel. tapi bagi blogger yang dah lama dan konsisten seperti mr hanafi mungkin dah biasa je kan…kalau sy ni agak buntu juga nak update entry ni…iihihihi

Leave a Comment

CommentLuv badge