Cabaran Tulis Blog Guna Handphone

Cabaran tulis blog guna handphone memang azab juga.Tambahan pula jenis handphone yang ada skrin 5 inci.Kecik dan kurang selesa untuk tugas tugas menaip artikel.

Tulis blog handphone

Mrhanafi alami kesukaran ini semenjak laptop ada masalah baru baru ini.Kabel charger dan adaptor tidak lagi berfungsi untuk proses membekal arus ke laptop tersebut Tambahan pula bateri laptop sudah luput tempoh hayat.

Kelemahan ketara ketika menggunakan handphone menulis blog ialah proses meletakan backlink, grafik, video dan sebagainya.Boleh tu memang boleh namun kelemahan banyak berpihak kepada handphone.

Mrhanafi masih beruntung kerana aktiviti kemaskini blog dari dashboard WordPress.Ciri cirinya tidak ada perbezaan besar dari menggunakan laptop atau PC.

Pengalaman menulis blog dari handphonne bukan sesuatu yang seronok untuk jangka masa yang panjang.Lebih lebih lagi penulisan blog untuk tujuan profesional dan komersial.

Mrhanafi sangat sangat berharap agar cabaran ini dapat diatasi segera.Seandainya ada pembaca yang terbaca artikel ini mohon doa agar mrhanafi beroleh keluasan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Cabaran yang lain pula ialah masa untuk menulis blog dari handphone lebih lama dari biasa.Bagaimanapun terpulang dengan blogger itu sendiri.Ada yang cepat dan pantas terutama golongan Gen Y. Bagi golongan Gen X memang perlahan sedikit.

Sungguhpun begitu ada juga kelebihan menggunakan handphone untuk tulis blog.

Misalnya membentuk perasaan sabar peringkat tinggi.Kesabaran sangat diperlukan terutama untuk atasi perasaan bosan mengadap gajet yang comel dan kiut.

Selain itu blogger boleh mengemaskini blog bila bila masa waima tengah shopping atau berkelah di pantai.

Bahkan boleh mengupdate blog sambil berdiri atau berbaring.Maklum sahajalah menggunakan handpone.

{nota blogger}

Menulis blog (sepatutnya menaip) menggunakan handphone bukan pilihan terbaik.Sungguhpun begitu ia adalah pilihan terakhir jika blogger tidak memiliki gajet seperti iPad atau note ataupun tab.

Dalam masa yang sama para pembaca boleh menjadikan handphone sebagai tool untuk membuat blog sebagai permulaan.

Sekiranya sudah ada duit lebih bolehlah membeli laptop yang mampu milik.Sekarang ini banyak cara unuk menjana duit yang diperakui terjamin hasilnya.

Antaranya program hebat menjana duit online yang kini popular dan tular di media sosial iaitu FI$H.

Sehingga jumpa lagi.

(Visited 130 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Cabaran Tulis Blog Guna Handphone”

  1. Saya memang tulis blog guna handphone je sebab rasa senang dan selesa. Tak payah on netbook dan boleh tulis blog secara santai sambil baring supaya dapat menjaga kesihatan tulang belakang…hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge