Cara Bangunkan Suami Untuk Solat Subuh

Cara Bangunkan Suami Untuk Solat Subuh…Suami dan isteri saling melengkapi termasuk dalam bab solat.Lebih-lebih lagi untuk bangun untuk solat subuh.Ramai yang terlajak dan tersangkut.

Solat subah

Mrhanafi ada pertanyaan dari pembaca.Bagaimana untuk membangunkan suami untuk solat Subuh.In shaa Allah mrhanafi kongsikan berdasar info yang sahih dan juga pengalaman peribadi.

1.Guna penggera telefon

Dulu terpaksa beli jam loceng.Sekarang dah tidak perlu.Kita cuma setkan masa pada telefon pintar.Berpakatlah dengan isteri untuk setkan masa yang sama supaya bunyi ‘bising’ dapat kedengaran seluruh rumah.Jika seluruh isi rumah terbangun lagi bagus.

2.Saling berpesan

Suami pesankan isteri untuk gerakka diri masing-masing.Pasang niat dan iltizam untuk bangun solat subuh bersama-sama.Lebih afdal ke masjid masa-sama.Selesai solat subuh di masjid boleh sarapan pagi di kedai kopi yang berdekatan.Barulah romantik.

3.Offkan segala kipas atau penyaman udara.

Salah satu sebab orang sukar untuk bangunkan solat subuh kerana keadaan bilik tidur sangat selesa.Tilam yang sangat empuk,suhu penyaman udara yang sejuk atau kipas angin yang menyejukkan.Cara ini agak keras untuk dilakukan kepada suami.Lebih mencabar sekiranya isteri terjodoh dengan suami yang garang nauzibillah.

Ketika sejam sebelum nak bangun subuh segera matikan peralatan tersebut.Biar suasana panas dan kurang selesa.Lama kelamaan si suami yang liat bangun subuh akan terbangun juga.

Kita perhatikan senario dibawah ini.Persoalan yang biasa kita dengar dari kaum isteri yang berhadapan dengan suami yang sukar nak solat subuh.Informasi mrhanafi petik dari Utusan Online yang bertarik 02/08/2008.

Soalan

Saya seorang yang menjaga perihal tentang sembahyang manakala suami saya agak liat dan jarang sembahyang cukup lima waktu.

Pada hari cuti, suami saya lebih rela tidur dari bangun sembahyang subuh.

Apakah saya berdosa kalau saya tidak mengejutkan suami saya supaya bangun bersembahyang.

Kadang-kadang saya ada juga kejutkan suami tetapi dia tetap tidak mahu bangun. Adakah saya dikira berdosa kerana bersubahat?

Jawapannya :

Ramai di kalangan kita membincangkan isteri derhaka pada suaminya, tetapi jarang orang membincangkan derhaka suami kepada isterinya. Kenapa keadaan ini berlaku? Bukankah nampak macam tidak adil di pihak isteri?

Mungkin juga isteri menjadi derhaka kerana suaminya yang tidak pandai mendidik isteri yang menjadi amanah yang diterimanya melalui akad yang sah. Sebuah keluarga yang bahagia terbentuk dengan kesefahaman, toleransi, bantu membantu dan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Bahagialah sebuah rumahtangga yang diketuai oleh suami atau si ayah yang memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah dalam rumah. Tetapi apabila suami gagal memahami tugasnya selaku ketua rumahtangga akan berlaku ketidakstabilan pengurusan dalam rumahtangga.

Namun demikian bersyukur apabila isteri mengambil alih tugasan memberi peringatan mengenai solat. Sepatutnya suami yang mengingatkan, tidak salah jika isteri yang ingatkan. Tetapi bila isteri yang suruh atau isteri yang mengajak kepada kebaikan suaminya tak berapa nak buat. Kerana dia hanya dilihat sebagai seorang wanita.

Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan adalah tugas bersama. Jika si suami melihat isterinya melakukan sesuatu yang salah atau melanggar perintah Allah maka si suami berkewajipan menegur dan membetulkan dan jika sebaliknya suami yang melakukan kesalahan maka si isteri berkewajipan membetulkannya. Ini termasuklah mengajak suami solat.

Suami sepatutnya mengemudi dalam soal ibadah.

Suami perlu diperbetulkan supaya mereka yang di bawah jagaannya terdidik. Suami bertanggungjawab mengemudi bahtera rumahtangga.

Suami umpama kepala gerabak kereta api, kalau sesat kepala kereta api itu sesatlah seluruh penumpangnya. Allah s.w.t menegaskan akan kedudukan lelaki dalam masyarakat dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar”. (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat lain Allah menegaskan bahawa suami berkewajipan menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka, firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)”. (al-Tahrim: 6).

Qatadah menjelaskan berkenaan ayat ini menyuruh mereka supaya taat perintah Allah serta menegah mereka dari melakukan maksiat kepada Allah serta membantu mereka dalam mentaati Allah s.w.t.

Ayat ini menyuruh ketua keluarga menyelamatkan dirinya dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Selamatkan diri dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan maksiat dan bersegera bertaubat dari segala kesalahan yang menjadi kemurkaan Allah s.w.t.

Seorang isteri tidak memikul dosa suami yang tidak sembahyang. Selagi mengingat dan mengajak suami tidak mendatangkan mudarat pada fizikal, maka selagi itulah puan berkewajipan mengingatkannya. Namun dosa dia tinggalkan solat dia sendirilah yang tanggung.

Dalam al-Quran jelas Allah menerangkan yang bermaksud:

“Sesiapa Yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka Sesungguhnya faedah petunjuk Yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka Sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah)”. (al-Isra’: 15)

Kredit : Sumber

{nota blogger}

Mrhanafi berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca terutama kaum isteri yang sangat prihatin dalam ibadah.Sangat beruntung kalau dapat isteri yang kuat beramal dengan ajaran Islam terutama dalam bab solat.

Lebih menarik lagi jika suami pun sama dalam usaha mencari keredhaan Illahi.Jelas di sini hikmah berkahwin adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT agar bersama-sama berada di Jannah.Aamiin.

Untuk memantapkan lagi ibadah solat kita apa kata  pelajari ilmu solat dengan lebih baik dalam panduan seperti dibawah :

(Visited 133 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Cara Bangunkan Suami Untuk Solat Subuh

Leave a Comment

CommentLuv badge