Cara Memasarkan Produk Di FB

Mrhanafi teringin nak kongsikan cara memasarkan produk di FB.Ada yang mrhanafi pernah buat dan ada yang cuma dipelajari dari sifu sifu FB Marketer.

Hari ini mrhanafi masih menulis blog menggunakan
telefon.Memang azab kalau tiada lappy atau PC untuk tulis blog.

Banyak kelemahan yang terserlah pada gajet yang kecil.Sungguh pun begitu dengan semangat tidak berputus asa mrhanafi akan kemaskini juga blog setiap hari.

Sukar atau sibuk tolak tepi dulu.Sebab mrhanafi percaya blog boleh menjana pendapatan secara pasif dan aktif.

Misalnya sekarang mrhanafi tengah promosi program FI$H.

Program FI$H

Ada tak yang belum tahu?

Kalau ada memang patutla sebab mrhanafi belum membuat promosi secara total.Ada yang terlepas pandang dan mrhanafi rasa bersalah kerana belum bekerja bersungguh sungguh.
Untuk memahami program FI$H mrhanafi galakkan pembaca layari laman [ KLIk].

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Beberapa hari yang lepas mrhanafi menggunakan grup FB sebagai media promosi dalam memasarkan produk FI$H.

Kesan dan impaknya kurang ketara.Sebab post promosi cepat hilang terutama masa kemuncak.Ada post promosi untuk menjual tenggelam oleh post orang lain. Rasa tidak berbaloi pun ada.

Kadang kadang mrhanafi rasa dilema pun ada.Nak lepak di media sosial atau nak menulis blog.

Keduanya ada manfaat sekiranya bijak memanipulasikan teknologi tersebut.

Media sosial seperti FB mudah untuk kita membuat promosi. Namun jangan hairan kalau ada yang tak like atau komen.

Blog pula lain cerita. Artikel promosi yang kita tulis akan dibaca oleh pencari maklumat dari enjin carian bila bila masa.

Mereka tidak akan komen. Kalau adapun adakalanya seorang dua.

Yang pasti jika carian mereka bertepatan dengan apa yang kita tulis,mereka akan bertukar menjadi pembeli.

WAJIB BACA :   Cara cari barang dan produk popular pilihan ramai

Sungguhpun begitu media sosial cepat lagi kesannya berbanding blog.

Bila difikir balik tiada yang 100 sempurna. Ada sahaja kelemahan.Biasanya ciptaan manusia hasl ilham dari Allah SWT.

Mrhanafi nak kongsikan masa paling sesuai membuat post promosi untuk memasarkan produk di Facebook.Boleh cuba dan tidak semestinya berkesan 100%.

1.pukul 6 pagi hingga 7 pagi.

Rata rata pengguna FB masih segar. Ada yang baru bangun terus tengok Handphone.Postkan ayat promosi yang indirect supaya mereka sedar kehadiran kita dalam alam maya.

2.pukul 8 pagi hingga 10 pagi

Ada yang tengah sarapan pagi sambil layan FB. Ada juga yang dalam perjalanan ke tempat kerja sambil menatap telefon masing masing.Jadi inilah masa paling sesuai untuk post sesuatu di FB.

3.Pukul 12 tengahari hingga 2 petang

Masa makan tengah pun orang boleh layan FB.Ketika menunggu menu sampai atau selepas menghabiskan menu makan tengahari.Pasti ramai layan FB.Mereka layan FB kita pula layan bisnes untuk mereka.

WAJIB BACA :   Cabaran Tulis Blog Guna Handphone

4.Pukul 4.00 petang hingga 6 petang.

Masa nak balik rumah. Ada yang masih menunggu masa balik.Masing masing akan layan FB untuk menghabiskan masa terluang.

5 Pukul 9 malam hingga 12 tengah malam.

Masyarakat hari ini suka tidur lambat. Selepas makan malam ada yang tidak tengok TV.Mereka layan FB sebagai bentuk hiburan sosial.

Sebagai orang bisnes kita mesti faham budaya orang sekarang.FB adalah tempat lepak masa bagi ramai penduduk Malaysia.Di situlah lubuk untuk kita memasarkan produk.

[catatan blogger]

Mrhanafi belum dapat menulis blog dengan sempurna kerana masih menggunakan telefon.Maaf la ye.

Namun apa yang dipaparkan tentang cara memasarkan produk di FB pastikan pada masa yang betul.

Tak perlulah nak 24 jam.Nanti jatuh sakit pula.

Sekian sahaja.Jumpa lagi.

Comments 4

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge