Cara Mudah Lupakan Bekas Kekasih

Cara Mudah Lupakan Bekas Kekasih…Mrhanafi cuba untuk menulis santai hari ini.Tak nak tulis yang berbunga-bunga.Mrhanafi nak tulis tepat pada sasaran.Sebelum tu mrhanafi nak ingatkan sekali lagi bahawa memutuskan silaturahim bukan perkara yang elok.Lebih-lebih lagi kepada dua insan bercinta.Pedihnya terasa ke lubuk hati sehingga ada pepatah kata biar luka diluar jangan ada luka didalam.Lukanya sembuh tetapi parutnya kekal selamanya.

Ketika bercinta semuanya indah-indah.Tiada sesuatu pun yang nampak cacat celanya.Yang baik diperbesarkan.Yang buruk dikecilkan.Lantas orang bercinta terus terbuai buai dengan lambaian perasaan  yang tak  sudah-sudah.Tatkala ujian cinta melanda maka akan terbongkarlah satu rahsia hati yakni keikhlasan.

Orang yang tak ikhlas akan mengkhianati cinta.Mereka bisa memutuskan hubungan cinta yang sedia ada untuk mendapatkan cinta yang baru.Mrhanafi luaskan skop pemikiran.Mrhanafi tak kata lelaki.Mungkin juga wanita.Lebih parah andainya terlibat kepada mereka yang terikat dengan perkahwinan.Minta dijauhkan sejauh-jauh yang mungkin.

Merananya orang yang putus cinta hanya Tuhan yang tahu.Emosi tak menentu.Fikiran berkecamuk.Perasaan memberontak.Pendek kata keseluruhan hidupnya boleh tak terurus.Mereka bagaikan tidak mampu mengurus diri.Makan tak lalu.Minum sekadar perlu.Tidur tak terasa nikmatnya.Kalau boleh tak nak mandi.Ok ke?

Jadi cara mudah untuk lupakan bekas kekasih sekiranya putus cinta ialah maafkan dia.Berlapang dada dan terima hakikatnya.Malah bersyukur kerana Tuhan telah memilih kita untuk diuji.Kita diuji bahawa putusnya cinta akan hadirnya cinta yang baru.Lebih baik.Lebih hebat dan lebih memahami kekurangan serta kelebihan yang kita miliki.Yang penting sekali orang baru itu nanti akan menerima dan memberi cinta yang ikhlas.

Perkara yang sudah dan berlalu biarlah pergi.Lepaskan dia dengan hati yang tenang.Doakan dia dapat kebahagiaan kerana kita mesti sedar kita tidak mampu beri dia kebahagiaan.Sebab itu dia telah terpesona dengan orang lain demi kebahagiaan.Hak dia untuk pergi dan hak kita untuk melepaskan.Malah hak masing-masing untuk  mendapatkan kebahagiaan.

Kehidupan terlalu singkat.Jangan bazirkan kehidupan yang singkat ini dengan melayan kedukaan,kekecewaan dan kerunsingan.Ayuh.Bangkitlah segera dengan senyuman paling manis.Bangun dengan harapan yang terindah.Moga-moga ketemu dengan dengan insan yang hampir sempurna untuk kita yang bisa menemani hingga akhir hayat.

{Sekilas pandang}

Secara teorinya mudah untuk lupakan bekas kekasih  iaitu gantikan yang baru.Namun praktikalnya tidak semudah yang disangka kerana soal perasaan tak boleh dipaksa biarpun orang yang berada didepan kita itu tampan yang tak terucap atau jelita tak terkata.

lupakan bekas kekasih

Mungkin kita suka tetapi dia belum tentu suka dengan kita.Begitulah sebaliknya sehingga kita bertemu dengan orang yang saling menyukai yang akhirnya akan menjadi saling menyintai.Itulah jodoh kot.Mrhanafi tak berani nak gerenti.

Baiklah setakat ini dulu.Terima kasih kerana sudi membaca dan teruskan pembacaan tentang cinta dalam pautan PikatLelaki.com

(Visited 21 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Cara Mudah Lupakan Bekas Kekasih”

  1. Betul tu…jangan bermusuhan walaupun msh terasa sakit.

    Bykkan berdoa. Lagipun tuhan dah tentukan siapa jodoh kita. Dah jumpa yg baru pasti hlg luka tu. 🙂

  2. Alamak.. saya ada ramai kawan perempuan.. rakan tapi tak mesra.. ada beberapa orang rakan wanita yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada seorang sahabat.. tapi saya tak mampu, sebab ruang hati saya hanya terbuka utk seorang wanita… tapi wanita tersebut sengaja buat-buat tak tahu yg saya sukakan dia.. nak cakap terus terang malu.. banyak kali dah berkias, tapi dia buat macam tak tahu… bertahun menunggu lamanya..sehinggakan saya rasa letih nak menunggu.. kesudahannya saya malas nak ambil tahu tentang wanita tersebut, lalu cari seseorang untuk saya kahwini… Selesai.. tapi bukan senang nak melupakan wanita tersebut… cuma kalau terjumpa, Lidah rasa kelu tak tahu nak sembang apa… huhuhu..
    anuar recently posted…Pakej Combo Pemasaran Internet.. Tengah murah sekarang ni.My Profile

    1. nampaknya tuan pencinta wanita..he..he..sayang sungguh terlepas begitu sahaja..

      perempuan zaman kita dulu agak pemalu..kalau tak sound direct mereka tak tahu..

      tak pe..perkara yang sudah biarlah berlalu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge