Category «PERSONAL»

Cerita disebalik kemeja T putih lengan panjang

Cerita ini berlaku pada 6 Ramadan 1445 sebagai kenangan untuk dikenang pada masa yang akan datang. Ianya berlaku sehari sebelum anak bongsu ke asrama… Dalam senarai pakaian yang dibawa anak ke asrama Sainsku, perlu ada kemeja T putih lengan panjang. Saya keliru antara kemeja T putih lengan panjang dan kemeja putih lengan panjang. Kedua-duanya ada …

Jihad membuka mata bukan angkat senjata

Mungkin ada juga yang sama spesis seperti saya yakni liat untuk bangun pagi. Saya mengakui amat sukar untuk sedar atau bangun tidur tanpa alarm. Kalau nak ikutkan hati dah tak mahu bangun-bangun lagi. Sampai ke tahap begitu sekali. Namun jangan salah anggap pulak. Saya tetap bangun untuk solat subuh dan kini bangun awal untuk sahur. …

Kisah menemani anak medical check up

Alkisah bermulanya satu cerita…saya tengah bekerja. Tiba-tiba ada satu panggilan dari pejabat sekolah Sainsku ( SM Sains Kuching). Dia nak pengesahan kemasukan anak saya ke Sainsku. Saya ada ya, terima dan diberitahu untuk melapor pada 18 Mac ini. Dia tanya adakah anak saya sudah buat medical check up? Saya terpinga-pinga sebentar. Rupanya perlu buat medical …

Shopping Hari-Hari

Hari-Hari

Pada hari Ahad yang lepas, saya sempat temankan anak bongsu shopping di Hari-Hari. Wah bukan main gembira lagi dia. Mood nak ke sekolah katakan. Bukan kami saja yang shopping. Ramai juga. Mereka mengambil kesempatan hujung minggu kerana ada kelapangan waktu. Barangan yang dijual di Hari-Hari tentulah pakaian yang bermusim dan tak bermusim. Pakaian bermusim seperti …

Penantian untuk permohonan SBP Tingkatan 1 sudah terjawab

Permohonan SBP tingkatan 1 sudah diketahui bermula 1 Mac  hingga 18 Mac 2024. Sudah tentu ramai ibu bapa tertunggu-tunggi dan kini boleh menarik nafas lega. Boleh semak keputusan di https://spskt1.moe.gov.my/ Alhamdulillah…dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, anak bongsu saya berjaya ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU) antara tiga sekolah berasrama penuh (SBP) aliran …

Kisah sesat jalan dan kembali ke pangkuan

Hari Sabtu bersamaan 17 Februari 2024, saya berpeluang untuk mengikuti kelas pemasaran digital anjuran Centexs Commercial. Pihak syarikat yang taja dan itu peluang terbaik yang tidak mungkin saya lepaskan begitu saja. Entah mengapa lantaran level keyakinan terlalu tinggi saya terus ke pusat kelas tersebut tanpa usul periksa. Tempat belajar di Galeri Songket & Keringkam tetapi …