Cinta Hati Ini Hanya Untuk Dia Yang Jauh Dimata

Cinta Hati Ini Hanya Untuk Di.Tajuk agak gempak.Ya memang jiwang tajuk tu.Maaf bukan kisah peribadi.Ia sekadar coretan hati tatkala sunyi dan sepi dalam kolam hati.Tatkala dibiarkan keseorangan berjuang demi mencapai impian masa depan.

cinta hati

Ayuh bangkit dari lena kesedihan.Bangkit dari kedukaan semalam.Terus bangkit untuk memburu kejayaan.Ada kejayaan akan ada cinta yang bersemi.Cinta hati ini akan berputik dan kekal abadi hingga ke Jannah.Cinta hati ini akan lebih dirasai daripada diungkap dalam seribu kata madah bicara.

Usah terlalu banyak berbicara tentang perkara yang sudah berlalu.Yang lepas biarlah berlalu.Dongak hadapan dengan jiwa penuh harapan.Ternyata ada cahaya untuk masa depan yang bakal dilalui dengan bahagia serta disulami rasa cinta yang tulus suci.

WAJIB BACA :   Amalan Yang Boleh Tarik Rezeki

Dalam diam dia sudah menemui sekeping hati yang ikhlas untuk dicintai.Namun untuk memiliki hati dan cinta itu perlu melalui jalan yang berliku tetapi dipenghujungnya ada kepastian iaitu akan bersatu dalam ikatan cinta yang sah.Ironinya wajib mensyukuri anugerah cinta itu.Dia tercipta dari tulang rusuk kiri sebagai simboliknya untuk bersama selamanya.

Cinta hati ini sudah dikenalpasti.Dia yang dicintai itu sudah dekat.Cinta hati ini diibaratkan kepada mitos cinta Uda dan Dara atau Romeo dan Juliet.Mereka ikon fantasi dalam mencipta dunia cinta yang tetap relevan pada masa kini dan selamanya.

Penutup

Wahai si dia dapat tak merasai getaran cinta hati ini sedang bercantum dari satu saat ke saat yang seterusnya.Terus berdetik dan berakar umbiĀ  jauh dalam kolam hati yang tidak berdasar dan tidak bertepi.Menunggu saat itu bagaikan terlalu lama.Kesabaran telah teruji hari demi hari.Oh alangkah bahagianya penyatuan dua hati ini.

WAJIB BACA :   10 orang paling kaya di dunia tahun 2022

Jika ya hadiahkan senyuman paling manis dan titipkan doa agar cinta itu diberkati oleh Allah SWT.

Jika tidak biarkan berlalu dan anggap sahaja ia satu mainan mimpi untuk mengembirakan hati yang dalam kesunyian.

Apa kata kita layan dulu lagu cinta hati batu.Boleh jiwang-jiwang la lepas ini.

Dengarlah pada waktu petang atau waktu tengah syahdu.Pasti feel lebih terasa.

Jom layan.

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge