Cinta Lahir Untuk Balas Budi

Cinta Lahir Untuk Balas Budi…Sekali lagi mrhanafi terperangkap dengan isu cinta.Maaf bukan mrhanafi yang bercinta.Mrhanafi cuma diminta memberi pandangan tentang cinta dengan budi seseorang.Pening kepala nak cari idea untuk menulis artikel ini.In shaa Allah mrhanafi akan tulis juga sedaya upaya yang ada.

Pembaca tentu akur bahawa cinta tidak boleh dipaksa.Namun cinta boleh dibentuk dan disemai dari hari ke sehari.Sebab cinta adalah elemen perasaan yang boleh berubah dan boleh juga kekal melekat sehingga penghujung hayat.Apapun alasannya, cinta itu satu anugerah terindah kepada insan yang ada hati dan perasaan.Cinta adalah nilai kemanusiaan. yang selari dengan hukum sunatullah alam.

cinta kerana budi

Dalam budaya masyarakat kita di Timur, membalas budi seakan-akan wajib apabila kita menerima kebaikan dari orang lain.Tidak boleh tidak. Setiap kebaikan mesti berbalas.Jika tidak akan dicop sebagai manusia yang tidak mengenang budi.Tidak menghargai pengorbanan dan sebagainya.Pandangan ini memberi tafsiran bahawa mereka yang menghulur kebaikan tadi seperti tidak ikhlas kerana mengharapkan sesuatu dari manusia.

Sehinggakan ada satu pantun klasik yang kini kekal segar dalam ingatan mrhanafi.

Pisang emas bawa belayar,

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas bolehku bayar,

Hutang budi  kubawa mati.

Begitu juga dengan pantun dua kerat yang menjadi bualan harian :

Ada ubi ada batas,

Ada budi ada balas

Sekarang sudah nampak bagaimana budi itu telah memberi satu paksaan tindakan untuk membalas.Tak kira perasaan kita ikhlas atau tidak,budi itu tetap menerima balasan sesama manuasia.

Bagaimana pula soal cinta.Ini Kes ini parah sebenarnya,Cinta yang terlahir dan terbentuk kerana kebaikan seseorang boleh memberi impak positif atau negatif.

Itu terpulang kepada empunya diri.Jika cinta pada mulanya untuk membalas budi dan terus bersemi sehingga terasa keikhlasan.Apa salahnya maka syukuri sahaja perasaan cinta tersebut.Dengan bersyukur sudah pasti nikmat cinta akan berganda-ganda.

Cuba dulu dan selalu bersangka baik.Bersihkan hati dan lihat dari sudut mana kelebihan seseorang yang boleh menimbulkan rasa cinta.Andai kata akhlaknya maka cintailah akhlaknya.

Andai kata paras rupa yang menawan maka cintainya sebagaimana yang sepatutnya.Tepuk dada dan tanya selera.Ini bukan selera makan ye tetapi selera yang lebih khusus maksudnya atau lebih mendalam maknanya.

Cuma mrhanafi sangat risau kepada cinta yang beralaskan nafsu.Memang tidak dinafikan sebagai lelaki dan wanita memang akan tertarik kerana nafsu.Sebab itu ada bahasa pasar yang selalu digunakan iaitu kerana budi maka body tergadai.

Cinta ini tidak kekal lama.Apabila dapat apa yang diingini maka rasa cinta itu akan hilang dengan sendirinya,Selepas itu bermula episod lain yang tergelincir dari landasan fitrah manusia.Cinta nafsu dan keseronokan semata-mata.

Izinkan mrhanafi kongsikan satu kisah untuk menggambarkan bagaimana cinta itu boleh lahir lantaran untuk membalas budi seseorang yang terlalu banyak untuknya.Kisah ini adalah rekaan semata-mata.

Keluarga Amin (bukan nama sebenar) dan keluarga Aminah (hanya nama sama samaran) sangat rapat.Susah senang mereka kongsi bersama-sama.Tradisi berbaik-baik diteruskan kepada anak-anak mereka.

Nak dijadikan cerita, Amin dan Aminah adalah anak kepada keluarga yang mrhanafi maksudkan.Mereka cukup akrab dan seperti adik beradik.Amin sentiasa menghulur kebaikan kepada Aminah.Dari perkara kecil hingga perkara besar.Hal yang ringan maupun hal berat.Memang mereka berdua saling memberi dan menerima.Pendek kata Amin terlebih memberi dan Aminah terlebih menerima.

Akibat terlalu banyak masa bersama Amin mula jatuh cinta kepada Aminah.Perasaannya mula menyayangi Aminah secara senyap-senyap.Oleh kerana Amin seorang yang berani maka dia telah memberitahu perasaannya itu kepada Aminah.

Aminah terkejut beruk.Dia tidak sangka gadis yang tidak menarik sepertinya dah ada orang minat.Oleh kerana terlalu terkejut maka Aminah menolak cinta Amin kerana perasannya dah anggap Amin seperti abang kandung dan sahabat baik.

Sebagai seorang lelaki yang muslim,Amin tidak kecewa membuta tuli.Amin gunakan ikhtiar kuasa memberi kepada keluarga Aminah .Amin bersedekah dan menyumbang sebanyak yang mungkin kepada keluarga Aminah.

Kini keluarga Aminah terhutang budi kepada Amin.Apa sahaja bantuan dan pertolongan mesti mengutamakan keluarga Aminah.Sudah tentu Aminah dan kelurga tak senang duduk dengan kebaikan yang diberi oleh Amin.

Amin semakin sayang kepada Aminah,Sebaliknya Aminah tiada rasa apa-apa terhadap Amin.Kalau adapun sayang cuma terhad kepada rasa persahabatan semata-mata.

Dilema cinta sudah bermula.Amin nekad untuk melamar Aminah kerana cinta yang dah berkobar-kobar.Aminah pula semakin tertekan kerana tidak mahu berkahwin dengan Amin yang tiada langsung dengan tastenya.Aminah nak lelaki hensem,macho dan kelakar orangnya.Sedangkan Amin lurus bendul,tiga suku dan pendiam orangnya.

Masa terus berlalu.Amin terus menerus memburu cinta Aminah.Baginya Aminah satu-satunya perempuan yang menarik dalam dunia ini.Aminah pula tertekan dan pilu hati jika menolak cinta Amin yang begitu banyak berbudi kerana mereka sekeluarga.

Akhir cerita, Aminah menelan semua kepahitan dengan menerima lamaran Amin.Buat apa nak ditunggu lagi lelaki idamannya tak kunjung tiba.Umur dah menginjak 25 tahun.Jika 5 tahun tak jumpa lelaki idaman maka Aminah menjadi pemenang Augerah Andalusia.

Tiada gunanya lagi untuk menunggu lelaki idaman datang.Lebih baik terima cinta Amin walaupun hati kurang cinta.Mungkin pada masa akan datang Aminah akan terbit rasa cinta terhadap Amin kerana kebaikan yang ditabur sejak sekian lama.

{seimbas pandang}

Biarpun cinta tidak boleh dipaksa namun cinta boleh dibentuk mengikut masa dan ketika.Lebih lebih lagi kepada kita yang sudah terhutang budi denga orang lain.Itupun tengok orang juga.Jika ada yang kurang berkenan tidak boleh juga terima kerana dasar budi.

Hakikatnya berbudi adalah perhiasan diri dan akhak.Tak balas pun tak apa kerana apa yang kita buat hanya untuk Allah SWT.

Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s : Download minisite template >>>>PERCUMA

(Visited 30 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Cinta Lahir Untuk Balas Budi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge