Cuti 5 Hari Sudah Berakhir

Cuti 5 Hari Sudah Berakhir…Baru-baru mrhanafi diberi cuti oleh syarikat.Cara ini memang prosedur syarikat tempat mrhanafi bertugas.Bagus juga rasanya.Setelah penat bekerja dan selepas itu diberi peluang untuk bercuti pula.Waktu cuti kita boleh rehatkan badan dan fikiran secara total.Lupakan seketika soal kerja dan fokuskan kepada aktiviti yang kita ingini.

Cuma yang tak bestnya menunggu giliran.Ambik masa yang lama kerana pekerja yang lain juga turut sama dberi peluang sedemkian.

cuti 5 hari

Apa yang mrhanafi buat ketika cuti 5 hari ini adalah perkara rutin.Sebab menjadi blogger belum bercuti lagi.Tugas menulis macam biasa.Tambahan lebih kepada proses membaca.

Bukan itu sahaja mrhanafi sibuk dengan aktiviti anak di sekolah.Ada ada sahaja program yang perlu ibubapa ikuti bersama mereka.Jika tak ikut maka proses sokongan moral seakan akan hambar kepada anak-anak.

WAJIB BACA :   Apabila orang tua berbicara...

{sekilas pandang}

Mrhanafi telah menikmati  peluang cuti dengan 5 hari bersama anak-anak.Biarpun tidak pergi ke mana-mana kerana mereka masih bersekolah pada masa tersebut, mrhanafi rasa puas dan seronok.

Pernah mrhanafi berpesan kepada kawan lama.Anak-anak yang sedang membesar amat perlukan masa dan kasih sayang kita untuk membesar sebagai juara.

Kasih sayang hanya boleh dicurahkan dengan menghabis masa lapang bersama mereka.Nanti bila dah besar,mereka ada kehidupan sendiri dan sudah terlambat untuk kita bersama mereka sepanjang masa.

Betul tak apa yang mrhanafi pesan kepada kawan lama mrhanafi tu? Sama-sama kita fikirkan .

Comments 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge