Cuti Hari Keempat Layan Facebook

Cuti Hari Keempat Layan Facebook…Tak terasa mrhanafi dah bercuti selama empat hari.Dalam hari keempat ini mrhanafi nak layan Facebook puas-puas.Layan sampai lembam.Siapa nak marah tatkala kini sudah bercuti.Tak perlu turun kerja macam orang lain.Lagipun tak baik marah-marah.Nanti terkena darah tinggi.

facebook

Media sosial  seperti Facebook memang pilihan ramai rakyat negara ini.Tak kira muda atau tua.Lelaki atau wanita.Semua suka dengan Facebook sebagai platform untuk bersosial secara maya.Ada yang obses dan ada yang biasa-biasa sahaja macam mrhanafi.Tak layan Facebook pun masih boleh hidup dengan selesa.

Selesai aktiviti blogging ,mrhanafi terus membuka akaun Facebook.Sebelum membaca  post status di wall kawan-kawan,mrhanafi kemaskini dulu wall sendiri.Sambil posting and sharing itu mrhanafi akan menyisip jenama mrhanafi.com.Tujuannya agar jenama itu melekat pada minda mereka.Mrhanafi faham mereka sukar untuk membaca blog kerana membaca status di wall Facebook itu sendiri lebih menyeronok.

Untuk menjimatkan data internet mrhanafi menggunakan applikasi Facebook Lite.Ternyata memang jimat.Bulan lepas sahaja mrhanafi ada lebihan data yang tak digunakan sehingga 1GB walaupun melanggan pakej data 1.5GB untuk sebulan dengan harga RM30.Nasib baik juga lebihan data ini boleh dibawa ke bulan hadapan.

[Jom sertai Program Wafymobile]

Bermula dari pagi dan berlanjutan ke tengahari mrhanafi layan Facebook dengan leka.Walau macamana leka sekalipun mrhanafi sempat juga memasak untuk hidangan tengahari.Sempat ambik anak disekolah dan mengemas rumah sedkit.Takla rumah bersempah meskipun leka layan dua media sosial.Facebook dan Whatsapp.

Apabila dah letih layan Facebook mrhanafi layan mata.Tidur puas-puas bagaikan sebulan tidak tidur siang.Memang patut pun.Semasa hari bekerja mrhanafi sangat kurang tidur.Masa lapang yang berbaki banyak digunakan untuk rutin harian seperti menulis,membaca dan mengemaskini blog.Selain itu buat kerja-kerja wajib  iaitu housekeeping  and cooking

Sekarang mrhanafi layan Facebook ada alasan tersendiri iaitu membina networking untuk tujuan bisnes seperti  Program Penjimatan Wafymobile.Mungkin belum menampakan taring sangat kerana mengikut prinsip harimau.Cuba menyembunyikan kuku yang sebenar sebelum masa yang dibenarkan.

{Sekilas pandang}

Melayan Facebook secara berlebihan tak seronok.Banyak membuang masa.Sebab masa yang ada tersebut boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menulis blog (bagi blogger) atau melayan karenah anak ( bagi yang dah berkeluarga).

Oh ya.Mrhanafi sempat juga menulis satu review buku dalam blog yang bertajuk Menjemput Rezeki Yang Tidak Disangka

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 5 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Cuti Hari Keempat Layan Facebook

Leave a Comment

CommentLuv badge