Cuti Hari Keenam Bersama Keluarga

Cuti Hari Keenam Bersama Keluarga…Mrhanafi cukup bersyukur hari ini.Semua anggota keluarga ada dirumah.Plan memang tak kemana-mana kecuali malam hari.Itupun merancang nak makan besar.Hebat betul juga bunyinya.Namun taklah sampai bermewah-mewah.

Pagi hari macam biasa.Bersarapan pagi hasil sentuhan ayah mithali (doakan).Nasi goreng pedas berlaukkan ayam goreng.Tugas menggoreng ayam dilakukan sendiri oleh orang rumah.Air teh disediakan sendiri oleh anak perempuan mrhanafi yang kedua.Wah.Nampak bersungguh-sungguh kami bekerjasama dalam keluarga.

keluarga bahagia

Selesai sarapan pagi mrhanafi dan orang rumah serta anak-anak mengemas rumah bersama-sama.Kerja yang banyak macam sedikit sahaja.Cepat habis dan cepat kami semua berehat sambil santai-santai untuk menyediakan pula makanan untuk lauk tengahari.

Sudah kebiasaan orang rumah yang cepat memasak maka lauk untuk tengahari siap sepenuhnya sebelum jam 11 pagi.Ada ahli keluarga yang masih kekenyangan.Ada pula yang dah kelaparan.Jadi ada dikalangan kami sekeluarga yang makan secara berasingan.Serius.Jarang-jarang berlaku.

Petangnya aktiviti lebih santai.Masing-masing buat aktiviti bebas.Ada yang tidur.Main game.Tengok tv dan macam-macam lagi.Mrhanafi pula layan mata sepuas-puasnya.Balas hari sebelumnya kerana betul betul bekerja keras.Memandu kereta sehari suntuk.Kira-kira hampir 9 jam memang meletihkan badan dan minda.

Secara umumnya keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat.Keluarga bahagia akan menjamin kestabilan dan keharmonian.Dalam masa yang sama keluarga yang bahagia dan sentiasa berkasih sayang membawa perkembangan mental,sahsiah dan peribadi yang mantap terhadap anak-anak.

Tidak dinafikan tugas mrhanafi sebagai blogger,networker dan kerja makan gaji menghadkan masa mrhanafi bersama keluarga.Namun begitu keutamaan kepada keluarga masih diletak pada tempat yang tinggi.Tanpa mereka tiada maknanya kejayaan hidup.In sha Allah jika diberi rezeki melimpah ruah maka menambah isteri ahli keluarga adalah agenda yang murni sekarang ini.

{sekilas pandang}

Hidup berkeluarga adalah tanggungjawab.Disebalik tanggungjawab begini ada terselit satu konsep hidup yang mesti mrhanafi pegang sampai bila-bila.Buat yang terbaik untuk keluarga supaya mereka tidak menyalahkan bapa atau ibu dikemudian hari.

Walaupun mrhanafi belum lagi jutawan atau kaya raya namun masa yang sepatutnya mrhanafi guna untuk bekerja mencari kekayaan tersebut boleh dikorbankan demi keluarga tercinta.

Terima kasih kerana sudi membaca.

wafymobile

p/s :[ Platform yang terbaik untuk bina kekayaan boleh temui di sini ]

(Visited 8 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Cuti Hari Keenam Bersama Keluarga

Leave a Comment

CommentLuv badge