Cuti Hari Kelima Pergi Ke Betong

Cuti Hari Kelima Pergi Ke Betong…Setelah sekian lama memerap diri kat rumah,akhirnya mrhanafi keluar juga dari kepompong.Kali ini mrhanafi ke luar kawasan untuk ke Betong,Sarawak.Jarak perjalanan lebih kurang 4 jam dari Samarahan.Dah boleh dikatakan musafir kerana jauhnya lebih dari dua marhalah atau 89KM.

Betong

Betong merupakan tempat yang masih hijau dalam pembangunan insfrasruktur.Namun diharap para pembaca jangan keliru pula.Kedudukan Betong berada di kawasan luarbandar.Di Sarawak ada Betong manakala Semenanjung pula Bentong iaitu satu daerah di Pahang.

Seawal jam 8.00 mrhanafi telah bertolak dari Samarahan menuju ke Sri Aman.Cuaca waktu pagi mendung.Dalam perjalanan memang hari hujan.Nasib baik tidak begitu lebat.Hujan yang renyai-renyai begitu tidak menggangu pemanduan.Alhamdullilah kerja dipermudahkan.

WAJIB BACA :   Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas

Perjalanan berhenti seketika di Balai Ringin,Serian.Singgah sebentar untuk membuang air kecil.Dulu percuma sekarang bayaran 20 sen dikenakan untuk masuk tandas.Sungguhpun begitu tahap kebersihan tandas berada kategori tip top.Almaklum sahaja tandas tersebut masih baru dibuka.

Selesai menyempurnakan hajat, mrhanafi meneruskan perjalanan dengan pemanduan berhemah.Kelajuan kereta yang mrhanafi pandu dalam lingkungan 70km/j sehingga 100km/j.Ok juga tu.Jarak kereta dengan kereta hadapan tidak boleh terlalu dekat.Selain itu jika memotong mrhanafi perlu berhati-berhati dengan kereta yang berada dihadapan.Itulah tip pemanduan yang biasa mrhanafi praktiskan selalu.

Kira-kira satu jam sebelum sampai ke Betong,mrhanafi sekali berhenti rehat,Seperti biasa nak menyampaikan hajat kecil.Tidak dinafikan dalam suasana hujan begini keinginan melepas hajat sentiasa ada.Kali ini mrhanafi singgah di pusat R and R di Temoduk.Lokasinya adalah diantara persimpangan untuk ke Sri Aman,Kuching dan Betong.Ramai yang singgah makan.Jam baru sahaja menunjukkan 11.00 pagi.

WAJIB BACA :   Kisah Sebatang Pen Yang Mengharukan

Tanpa membuang masa mrhanafi terus memecut ke MRSM Betong.Matlamatnya untuk sampai kat sana pukul 12.00 tengahari.Ternyata tepat pula jangkaan.Mrhanafi sampai ke asrama MRSM Betong.Setelah mengambil barang  anak mrhanafi maka kami terus ke pasar Lama Bandar Betong.

Pasar lama Betong tak besar.Agak bersejarah.Penduduk yang ada kat situ memang macam mrhanafi juga.Gaya kampung.Muka-muka pun lebih kurang sama.Jadi kehadiran mrhanafi tidak macam orang asing.Kedai-kedai yang menjual barang keperluan harian memang betul-betul antik.Boleh dikatakan seantik si pemilik kedai itu juga.Maafkan mrhanafi.Bukan nak mengata mereka.Realitinya mereka hampir seusia denga premis yang mereka miliki.

{sekilas pandang}

Perjalanan selama 8 jam pergi dan balik ke Betong memang seronok kalau ada si peneman terutama si isteri atau isteri kedua atapun teman berbicara.Boleh berborak untuk menghilang rasa bosan memandu dan rasa menngantuk.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki perut kempis yang ada dompet tebal

Cuma pada ketika itu mrhanafi perlu lalui berseorangan memandangkan orang yang sepatutnya pergi ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Selamat membaca dan terima kasih kerana sudi singgah.

p/s :Alami penjimatan sebagai pengguna telco dengan mencuba Progam Wafymobile di  [ SINI ]

Comments 16

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge