Cuti Hari Pertama Yang Sibuk

Cuti Hari Pertama Yang Sibuk…Tak tergambar rasa gembiranya perasaan ini.Dah cuti.Selama seminggu lagi tu.Mungkin ada yang tertanya-tanya tak pergi berbulan madu untuk kali kedua ke.Rasanya belum lagi kerana masa cuti ini mrhanafi nak gunakan sebaik mungkin.Ada misi besar yang mesti dijayakan sebaik mungkin.

Kejayaan misi itu nanti akan memberi impak yang besar juga kepada kehidupan mrhanafi kelak.Mari kita doakan bersama-samalah ye.Namun ada perkara yang lebih utama dari itu.Mrhanafi nak memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik.

cuti hari pertama

[ Siapa yang berminat dengan misi tersebut boleh lihat di link >>>INI ]

Hari pertama cuti, mrhanafi habiskan waktu pagi dengan pergi ke pejabat Sarawak Energy (dulunya SESCO) untuk membayar bil elekrik.Lokasi tak jauh pun dari rumah.Ada 5 minit perjalanan begitu.Itu adalah rutin tiap bulan.Ada gaji ada bil.Habis gaji maka bil baru pula yang menyusul tiba.

Seusai sahaja urusan di pejabat Sarawak Energy,mrhanafi terus berangkat pula ke pejabat Majlis Daerah Samarahan untuk melunaskan bil air.Kebetulan pula tempat ini tak jauh.Jadi masa untuk ke pejabat seterusnya tak lama.Setibanya kat situ kelihatan ramai juga yang menunggu giliran masing-masing.Satu tujuan yang sama iaitu membayar bil air walaupun ada juga urusan seperti membayar bil taksiran cukai rumah.

Petangnya pula sibuk untuk  membetulkan vifer kereta yang dah tertanggal.Selepas itu menukar lampu bilik tandas yang lama terbengkalai.Baru-baru hari ini sahaja ada kesempatan untuk membetulkan.Alhamdullilah.Segala urusan dipermudahkan.Sambil sambil sempat juga nak menyidai pakaian yang penuh dalam mesin basuh.

Itupun mrhanafi dah kurangkan masa untuk Facebook.Sebab Facebook antara media sosial yang banyak melekakan tumpuan dan fokus mrhanafi terhadap aktiviti penulisan blog dan kehidupan sebenar.Sebelum ini mrhanafi dah uninstall applikasi Wechat,Instgram dan Youtube.Rasionalnya supaya masa mrhanafi lebih terarah ke Whatsapp.Setakat Whatsapp dan blog masih dalam jangkauan lagi.

{sekilas pandang}

Tahap kesibukan kita lebih berbaloi jika digunakan untuk mempromosi sesesuatu yang bermanfaat untuk ramai orang.Atas sebab itu mrhanafi sekali menceburi diri dalam bisnes telco yang terbaharu di pasaran.

Berminat nak tahu jomlah Whatsapp atau sms mrhahafi sesegera yang mungkin di talian +6011-3482-0051

(Visited 8 times, 1 visits today)

14 thoughts on “Cuti Hari Pertama Yang Sibuk”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge