Cuti Selama Seminggu Sudah Berakhir

Cuti Selama Seminggu Sudah Berakhir…Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Begitulah juga dengan percutian mrhanafi selama tujuh hari juga berakhir.Tak sangka masa begitu cepat berlalu.Lebih-lebih dalam suasana bercuti.Memang begitu nikmatnya apabila tidak bekerja seperti biasa.Siang dan malam bagaikan suasana berbulan madu.Seronok sangat la tu..

cuti berakhir

Dalam banyak perkara, ada sesuatu yang mrhanafi rasa kesal sedikit.Mrhanafi tidak mampu berjaga malam sebagaimana zaman muda muda dulu.Pada masa sekarang mrhanafi akan tidur sebelum pukul 12 malam.Kalau boleh awal lagi.Biasalah nak jaga kesihatan dan penampilan.Lebih penting lagi nak memperlahankan penuaan yakni awet muda.

Hari terakhir ini juga mrhanafi sempat gunting rambut sebagaimana gaya orang muda.Biar sama hensem seperti anak-anak muda yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.Kot-kot ada ada anak gadis pinggitan yang terpikat.Itu gurauan semata-mata.Kalau orang rumah tahu dia dah tak kisah sebab mrhanafi selalu bermain dengan dialog sensitif tersebut di rumah.he..he..he..

Demi memaksimakan mood bercuti,mrhanafi kurangkan aktiviti online,media sosial dan penulisan blog.Sikit je lah.Kalau banyak susah juga kerana gaya hidup blogger telah sebati dengan media sosial dan aktiviti online.Namun begitu mood berkerja mesti dihidupkan meskipun dah seminggu bercuti.In Shaa Allah jika ada kesempatan akan bercuti lagi.Cuti-cutipun kerja sebagai blogger tetap berjalan seperti biasa.

Jika diimbas kembali ada beberapa perkara yang sangat penting berlaku dalam percutian mrhanafi selama seminggu.Perkara pertama ialah proses memperbaharui domain mrhanafi.com.Domain ini telah tamat tempoh setahun pada 14 Mac 2015.Alhamdullilah mrhanafi telah diperingatkan oleh blogger Azuan dari myrujukan.com.Semuanya dah selesai dengan lancarnya.

Selain itu juga mrhanafi turut menerima tamparan hebat apabila domain e-buku.info juga tamat pada 13 Mac 2015.Setelah berfikir banyak kali akhirnya keputusan untuk tidak memperbaharui domain tersebut.Sedih memang sedih.Alasan yang pasti kerana domain yang berakhir dengan .info kurang menyengat dalam enjin carian.Itupun setelah beberapa kali buat SEO split test  terhadap artikel yang mrhanafi tulis sebelum ini.Keputusannya memang tak bagus sama sekali.

Mrhanafi telah membuat keputusan untuk membeli satu lagi domain .Sudah pasti domain ini berakhir dengan com dan ia memang sukar untuk diperolehi..Nasib baik masih ada.Ini bermakna ada 3 domain yang mrhanafi miliki berakhir dengan com.

In shaa Allah mrhanafi akan mengwujudkan satu blog yang ada niche buku.Ia amat bertepatan sekali kerana mrhanafi gemar membaca buku dan berbesar hati untuk dikongsikan dalam blog.

{sekilas pandang}

Begitulah perkara penting yang berlaku dalam seminggu mrhanafi bercuti.Perkara yang penting ialah membeli dan memperbaharui domain.Memang pelaburan sebegini untuk blog agak berat untuk dilakukan.Namun minat punya pasal terpaksa pejam sahaja mata.Ini kerana memiliki domain yang berakhir dengan .com merupakan satu kepuasaan kepada blogger macam mrhanafi.

Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s : Jom menjana pendapatan melalui  >>> Program Penjimatan Wafymobile.

(Visited 4 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Cuti Selama Seminggu Sudah Berakhir

  1. Mr Hanafi ambik cuti sblm cuti sekolah ya? Kami ni time cuti sekolah pun sibuk sbb ada saja aktiviti musim cuti anak2. Kdg2 rasa mcm time cuti sekolah lg sibuk dr time sekolah. 😀 Apa2 pun, malam ni tengok Zootopia! Hihihi…..

Leave a Comment

CommentLuv badge