Duit BR1M Bonus Untuk Rakyat

Duit BR1M Bonus Untuk Rakyat…Dua tiga hari ini kawan-kawan mrhanafi seronok.Mereka girang dan ria seketika.Mana taknya dapat bonus dari negara tercinta.Tambahan pula duit RM400 untuk kawan-kawan mrhanafi yang masih bujang.Ia betul-betul memberi manfaat kepada mereka dan tauke kedai.

brim

Sehingga artikel ini ditulis mrhanafi belum rasa lagi duit BR1M.Dua hari yang lepas duit belum masuk dalam bank lagi.Agak lambat pula rezeki kali ini.Tapi tak pelah.Lambat masuk lambat pula habis.Yang risaunya kepada ahli tanggungan.Mereka nak juga rasa kenikmatan duit RM200 sebagai bonus meskipun mrhanafi sudah membayangkan lebih baik mrhanafi ada pendapatan RM20k sebulan.

Dengan duit tersebut mrhanafi boleh tarik nafas panjang dan pendek sesuka hati.Tak ada duit BR1M pun bukan suatu halangan.Malah jauh lebih baik kerana pendapatan RM20K sebulan boleh memastikan mrhanafi cukup keperluan batin zahir kepada keluarga.

WAJIB BACA :   Pengalaman Reload M8 di 7E

Belanja dapur dan bayar bil itu dan ini bukan halangan lagi.Boleh membeli makanan yang berkhasiat,sedap dan menyelerakan setiap masa.Boleh membeli pakaian yang menutup aurat buat mereka.Boleh mengaji pembantu rumah agar mrhanafi tak perlu masak,basuh baju dan jaga anak setiap hari.Boleh lebih masa untuk membaca dan menulis blog.Segalanya-galanya boleh.Oh bahagianya ada pendapatan RM20K sebulan.Aamiin.

Berbalik kita kisah duit BR1M.Tahun sebelum ini ramai penerima BR1M gemar berbelanja untuk makan-makan.Tahun ini nampaknya agak perlahan,Mereka amat berhemah berbelanja kerana faham keadaan ekonomi dunia sekarang ini kurang menentu.Fikiran mereka telah hantui agar sama-sama susah,risau dan gusar.

Sebagai insan yang akan bakal menceburi bidang motivasi,mrhanafi sudah latih fikiran untuk tenang dan waras setiap masa.Memberi gambaran yang bagus,indah dan bahagia ke dalam minda mrhanafi adalah cara untuk menarik kehidupan yang lebih baik.Kita tidak mungkin mengubah keadaan.Namun mrhanafi amat yakin kita boleh mengubah diri sendiri supaya lebih hebat untuk menghadapi apa jua cabaran hidup mendatang.

WAJIB BACA :   Hikmah Bersangka Baik Setiap Masa

{sekilas pandang}

Duit BR1M adalah kemudahan untuk merancakkan ekonomi negara.Dengan wang tunai ini maka rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM4 ribu sebulan merasa bonus dari negara yang tercinta ini.

Realiti pelik berlaku sekarang ini.Rakyat mengharapkan sesuatu sumbangan dari negara dan bukannya negara memerlukan sumbangan kepada rakyat.Tepuk poket sendiri sama ada tebal atau tidak.Kalau tebal dengan duit tentu seronoklah jawapnya.

Kalau macam ini bagus mrhanafi intai-intai >>>Rahsia Jutawan Emas Terbongkar! Klik disini!

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge