Fikiran Kosong Dek Layan Perasaan

Fikiran Kosong Dek Layan Perasaan…Baru-baru ini mrhanafi lain macam sikit.Semangat berblogging turun.Idea penulisan blog jarang-jarang kunjung tiba.Semua ini gara-gara fikiran kosong.Tanpa alasan yang jelas fikiran mrhanafi kosong  akibat melayan perasaan.

fikiran kosong

Baru-baru ini mrhanafi hanya menyalin artikel lama dari koleksi blog peribadi.Sebab tanpa kemaskini rasa bersalah juga kepada para pembaca setia blog mrhanafi.Itu pun kalau ada pembaca setia atau sekadar mrhanafi perasan seorang diri.

Penangan fikiran kosong memang hebat.Jika seseorang menghadapi ujian bertulis boleh jadi satu ayat pun belum mampu dikarang.Malah cara berfikir orang yang menghadapi situasi begini boleh dipertikaikan kebenarannya.

Tiada kaedah paling ampuh untuk atasi fikiran kosong melainkan pendekatan agama.Anda boleh sahaja baca al-quran,berzikir atau beristighfar.Boleh juga solat sunat namun jika fikiran kosong agak sukar juga untuk rasa khusyuk.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

Fikiran kosong banyak dipengaruhi oleh hati yang kurang tenang.Daya fokus jatuh menjunam.Minda bawah sedar terbeban dengan tekanan yang kuat.Segala pertimbangan akal boleh jadi tidak menentu.Jadi awasi fikiran dengan menjaga hati.

Hati yang tenang akan membawa fikiran yang jernih.Perlu diingatkan apa jua yang bermain difikiran dan disertai dengan perasaan maka perkara tersebut bakal berlaku benar-benar dalam alam realiti.Meskipun ianya cuma bermula dalam benak fikiran.

Sebab itulah kita semua wajar sama sekali memberi saranan positif kepada fikiran agar minda bawah sedar boleh membentuk hasil yang positif juga.Jika asyik fikiran kosong maka minda bawah sedar menghasilkan respon kosong juga kepada apa-apa keinginan dan tindakan.

WAJIB BACA :   Kuatkan Hati Untuk Sepanjang Hari

Misalnya makan nasi kosong,minum air kosong,roti canai kosong,teh o kosong dan paling lara sekali bila hati terasa kosong.Sunyi sepi bagaikan keseorangan dalam dunia ini.Kalau boleh cuba elakkan kerana sebagai umat Islam mana mungkin hati kita kosong kerana di situ sepatutnya sibuk mengingati Allah.Hati yang mengingati Allah akan menjadi tenang.Itu sudah pasti jika disertai keikhlasan.

{sekilas pandang}

Fikiran kosong adalah normal.Ia semakin tidak normal apabila dilayan secara keterlaluan dengan perasaan yang negatif,kotor dan dendam kesumat.

Buangkan.Tinggalkan.Kini hadapi fikiran kosong dengan mengisi input positif dan ubah cara berfikir ke arah lebih optimis dengan apa yang jua yang berlaku dalam kehidupan ini.Setiap kejadian ada hikmah.

WAJIB BACA :   Pengalaman Perit Menahan Perut Lapar

Tak kira semalam,hari ini atau esok hari.

p/s : Yang penting ada rezeki masuk >>>>>

Comments 14

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge