Hadiah Istimewa Dari Blog Denaihati

Hadiah Istimewa Dari Blog Denaihati…Salam dan selamat sejahtera. Kira-kira seminggu yang lalu saya telah menerima hadiah yang cukup istimewa.

Saya dapat hadiah ini kerana berjaya menjadi  pemenang untuk top 5 komentar terbanyak dalam blog denaihati. Nak tahu hadiah tersebut jomlah baca sampai habis entri yang saya tulis ini.

Hadiah istimewa tersebut ialah Codi Cafe. Ia datang dalam satu kotak yang mempunyai 23 sachet.

Kopi pracampuran Cordyceps ini mempunyai khasiat yang terbaik untuk kesihatan.

Memandangkan saya seorang blogger maka tidak hairan kehidupan terlalu rapat dengan Uncle Google.

Jadi saya tanya uncle yang lebih dikenali sebagai Uncle G tentang khasiat meminum kopi yang ada campuran Cordycep.

WAJIB BACA :   Indahnya Hidup Berkeluarga

Codi Cafe

Cordyscep adalah tumbuhan semulajadi di tanah tinggi Tibet. Ia juga disinonimkan dengan nama Viagra Himalaya.

Faham-faham sahaja lah khasiat Codyseps untuk kesihatan lelaki.

Tak lupa juga ada kebaikan untuk buah pinggang dan antioksida yang sangat tinggi.

Memandangkan hadiah ini saya terima melalui pos laju ada sedikit kisah disebaliknya. Pada hari penyerahan bungkusan hadiah tersebut saya tidak berada di rumah.

Mahu tak mahu abang Kurier Poslaju terpaksa membawa balik ke pusat penerimaan. Beliau meninggalkan kad pungutan dalam peti surat dan penyerahan hadiah dengan tuntutan saya sendiri ke pusat Pos Laju Kuching di Jalan Song.

Keesokan harinya saya ambil keputusan untuk memandu ke pusat Pos Laju Kuching dengan ditemani anak perempuan. Pada mulanya rasa tak pasti dan yakin lokasi sebenar.

WAJIB BACA :   Kenangan zaman kanak-kanak yang sukar dilupakan

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,saya menemui lokasi tersebut dengan bantuan GPS.

Ternyata teknologi begini begitu banyak memberi kemudahan kepada mereka yang lemah dalam bab mencari tempat macam saya ini.he..he..he..

Sampai sahaja bungkusan dirumah saya belasah kopi sepuas-puasnya. Tapi tak la habis dalam masa sehari.Lagipun saya memang pengemar kopi.

Tak hairan kopi adalah minuman setia saya  setiap hari. Sebab itu saya pernah tulis entri blog yang bertajuk Pekena Secawan Kopi

In Shaa Allah pada entri yang akan datang pula saya akan bercerita kesan dari minum Codi Cafe baik dari segi rasa dan badan selepas meminumnya.

{sekilas pandang}

Dengan kesempatan ini saya nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada team denaihati atau lebih tepat lagi kepada Jemaah Bisnis Denaihati.

WAJIB BACA :   Kisah seharian awek Jepun penghantar barang

Anda semua terbaik dan awesome.

  • Kemas kini 18/12/22

Comments 37

Leave a Reply to Buat Wanita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge