Kesiannya….Hajat Tak Kesampaian Menonton Dilwale

Sebetulnya mrhanafi bukan kaki wayang. Namun terdetik dalam hati nak bawa orang rumah menonton wayang secara berdua sahaja.

Sayangnya kesempatan yang ada tersebut hanya ada pada waktu malam.Itupun setelah anak-anak dah tidur. Mereka boleh ditinggalkan bersama sanak saudara yang sudah dewasa.

Sepanjang dua hari merancang. Ternyata perancangan tidak menjadi. Akhirnya hajat tidak kesampaian.

Pada hari pertama  mrhanafi cuba menyuarakan hajat dengan berbicara secara lisan. Selain itu  terus online untuk mencari jadual dan tajuk filem yang ditayangkan.

Hari kedua kami memutuskan untuk menonton Dilwale pada pukul 10 malam. Jadual tayangan ini adalah yang terakhir dalam hari tersebut.

WAJIB BACA :   Menukar Yoast SEO dari All In One SEO Pack

Mrhanafi sudah mempersiapkan apa yang patut.Kini terpulang pada mrhanafi untuk terus beli tiket sebelum tayangan bermula.

Tanpa disangka-sangka plan itu dibatalkan. Keputusan untuk tidak jadi menonton filem Dilwale akan menjadi kenangan tak indah dalam hidup mrhanafi.

Biarpun Dilwale sendiri sudah disinonimkan filemberjiwa besar namun si penonton ini masih berjiwa kecil  untuk melaburkan duit kepada hiburan.

Mana ada best kalau tengok sorang sorang.Jika berdua feelingnya lebih terasa.

Tentunya tidak adil bagi mrhanafi untuk menghebohkan sebab apa hajat tersebut tidak kesampaian.

Dalam banyak hal ada juga yang perlu disembunyikan supaya aib itu tidak membuka pekung di dada.

Mrhanafi akan merancang sesuatu yang lain untuk orang rumah.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Perkara yang jauh lebih baik agar kesempatan untuk masa berdua itu tetap ada. In Shaa Allah mrhanafi akan berfikir lebih kreatif untuk menceriakan suasana.

Biarlah Dilwale itu menjadi titik tolak untuk mrhanafi berfikir semula. Fikir melalui muhasabah diri agar lebih kerja keras dan berusaha jauh lebih baik mengejar impian.

Apabila dah berjaya mesti ramai yang akan suka.Hukum alam memang begitu. Manusia lebih suka pada hasil kejayaan berbanding proses untuk mendapat kejayaan tersebut.

Mrhanafi sangat akur bahawa apa jua perancangan yang kita buat hanya Allah SWT yang tentukan. Selagi ingat kepada falsafah ini maka hati kita lebih redha dan tenang untuk menerima apa jua keadaannya.

WAJIB BACA :   Santai Bersama Buah Hati Di Aeon Mall Kuching Memang Seronok Giler

Dari sisi kehidupan yang lain pula, manusia yang berhajat kepada seuatu perlu meminta secara terus kepada Pemilik Semesta Alam.

Dia Yang Maha Memberi dan Maha Mengetahui kemampuan  hambaNya yang soleh serta solehah.

  • Kemas kini 7/9/23

Comments 33

Leave a Reply to olaoli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge