Internet Burung Hantu Hilang Istimewa…Dah lama juga mrhanafi merasai nikmat keistimewaan tersebut.Antara istimewa internet burung hantu ialah penggunaan data tanpa had antara jam 1.00 pagi sehingga 7.00 pagi.Pada masa tersebut kekelajuan data antara yang terbaik dan dinikmati secara percuma.
Kini sudah tiada.Pihak Celcom Xpax telah menarik balik keistimewaan tersebut.Penggunaan data dah macam biasa.Sungguhpun Celcom Xpax telah memberi penawaran yang lain pula.Itupun setelah kita melanggan pakej Internet Pack yang bernilai RM30.
Melalui pakej tersebut pihak Celcom Xpax menyediakan data 1.5GB,75 minit panggilan serta 75 sms untuk sesama rangkaian.Luar daripada itu kena caj macam biasa.Maaf tiada kompromi kerana ini adalah strategi perniagaan mereka.
Sungguhpun begitu mereka tetap bermurah hati dengan menawarkan 10GB dengan caj tambahan RM5 untuk penggunaan data semasa Internet Burung Hantu.Bagi mrhanafi penawaran begini tidak sehebat seperti sebelum ini kerana melibatkan caj tambahan untuk penggunaan data yang ada had.
Mrhanafi sedar bahawa perniagaan dalam telco amat menguntungkan syarikat-syarikat gergasi seperti Celcom,Digi,Maxis,Umobile,Alcatel dan sebagainya,Mereka boleh mengaut untung berjuta-juta.Tidak keterlaluan keuntungan mereka boleh mencecah jumlah berbilion.
Dalam pada itu mrhanafi nak ajak juga pembaca yang ingin nak kaya dan ada duit.Tak perlulah dapat sehingga RM1 Bilion.Sekadar 0.01 peratus kira memadai juga untuk keperluan kita.
Duit itu boleh kita pelihara burung hantu banyak-banyak.Boleh guna untuk reload banyak-banyak dan apa sahaja keinginan yang sihat buat anda,
Sayang manapun mrhanafi dengan keistimewaan Internet Burung Hantu lama-lama kena tarik juga.Jadi lebih baik mrhanafi sayang kepada blog untuk menjana pendapatan pasif
Bukan untuk mrhanafi sahaja tetapi untuk anda yang sanggup menghadapi kesukaran pada masa kini tetapi bakal menikmati nikmat kesenangan kemudian hari.
Pendapatan pasif yang ingin kita jana bermula dari [ SINI ]
Terima kasih kerana sudi membaca.
Tak larat dah nak tukar simkad lain.. ni last saya tukar simkad… setakat i alhamdulillah berpuas hati dgn simkad yg saya gunakan sekarang ni..
anuar recently posted…ANTARA BUKU-BUKU YANG BARU DILANCARKAN DI PBAKL 2016
tukar sim kad maka tukar no baru..itu yang leceh termasuk proses MNP..lain ada nombor pelik begini..012-345678
Saya guna onexox je. Saya jenis orang setia pada yang satu. kikiki
tahniah..isteri memang suka orang setia pada yang satu..saya pulak suka kepada kuasa ‘dua’..he..he..he.
emm..mmg strategi dorang.. nasib la yang pakai burung hantu..
mahu tidak mahu..sebab ia kehendak penyedia telco
unlucky to customer celcom..
apa boleh buat..sudah takdir begitu
Ya, alternatif telah banyak tersedia,
sekarang terpulang kepada pengguna untuk memilih dengan bijak..
Padin recently posted…Tempahan Kartun dan Ilustrasi Digital
yang bijak beruntung la bro
tak pernah guna internet burung hantu..rasa adik cik tom kot guna…ciktom prefer portable wifi skang ni..
cik tom recently posted…Legend Perfume Minyak Wangi Halal, Berkualiti dan Amat Berpatutan
bagi pernah guna..akan rasa kehebatannya
celcom sekarang nampaknya kerap menambah baik perkhidmatannya, memang berbaloi untuk pakej first gold RM80 sebulan tu
ajumohit recently posted…Bila anak mula seterika baju sendiri
jenis postpaid ternyata saya belum mampu lagi
yea ke dah tak ada lagi… baru sekali jer layari…hehehe
sekarang guna limit..habis limit beli pakej baru
dulu boleh jdik burung hantu..skang dah x larat..haha
faktor usia..lagi tua lagi tak terdaya..he..he..
ingatkan apa tadi burung hantu. tpi memang istimewalah
raihanah recently posted…Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Kolagen
maafkan saya sebab tajuk tu..agak mengelirukan.
Baru beli xpax last2x jadi macam ni. sabo jelah. nasib sempat guna burung hantu sebulan. merasa la juga.. haha
saya dah guna para peringkat awal juga dan tak guna sepenuhnya..
oh banyak juga pakej – pakej yang disediakan syarikat telco ini..
Sampai tidak sedar ada juga internet burung hantu yang ditawarkan.
onlajer recently posted…Komisen ketujuh Lazada biar lambat asal dapat
banyak bro..cuma kita kadang-kadang tak alert sebab bukan keperluan
masih pengguna celcom tegar sejak bertahun lamanya.
titan recently posted…Kadang-kadang, bola TAK semestinya bulat.
Celcom luas dia punya coverage..dulu guna Maxis..tapi selalu tak puas hati
Saya pakai wifi je kat rumah. Kalau keluar jarang saya online sebab bateri cepat habis. Ingatkan internet burung hantu tu apa tadi.
sesiapa pengguna celcom xpac tu tahu..dah lama dah internet burung hantu
tak pakai celcom, jadi saya tak tahu bagaimana internet burung hantu 🙂
tak pe la tuan..tak la hebat mana pun internet burung hantu tu.
dulu celcom, sekarang beralih ke red one basic, red one pakai line celcom kalau tak silap saya.
siti hazreen recently posted…Lelaki Gay: Berbaloikah Diberi Peluang Kedua, Ketiga dan Seterusnya?
terpulang pada feel diri sendiri..kalau bagus sila guna.
strategi marketing biasa lah kan
Ira recently posted…Hanya RM2.48~Mampu Beri Makanan Terbaik Untuk Tulang, Gigi Dan Saraf
strategi mereka boleh menggelirukan kita semua
saya dah rasa kehilangannya hehehe