Kebaikan Magic Sim Yang Terbongkar..Blog ini menerima kata kunci magic sim setiap hari.Mentang-mentanglah saya penguna magic sim.Alang-alang dah jadi pengguna tentu tak salah nak bagi testimonial.Tak dapat untung pun tak de hal punya tapi dapat pahala pun kira bagus juga.Ingat berbuat baik walaupun sekecil zarah tetap dikira kebaikan tau!
Hukum dunia yang adil.Tidak semua perkara sempurna.Begitu juga juga dengan kad magic sim.Namun dalam artikel ini saya nak beratkan dengan berkongsikan apa kebaikan saya dapat melalui magic sim.
Yang pasti bukan duit.Sebab kad magic sim bukan bersifat program referal seperti Tune Excel atau Onexox.Kebaikannya bersifat umum dan ingat tak semua kebaikan mesti dipakejkan dengan duit.
Magic sim ialah kad sim prabayar oleh syarikat komunikasi gergasi Malaysia iaitu Celcom.Dengan membeli kad sim tersebut saya boleh dapat talian isyarat telefon yang jelas.
Capaian isyaratnya juga sangat luas.Saya boleh hilangkan perasaan ragu-ragu kerana saya boleh dihubungi insan tersayang bila-bila masa dan di mana jua berada.
Harga kad kit permulaan Magic Sim sangat murah.Dengan pembelian RM15.80 dah boleh guna untuk buat panggilan telefon.Bukan itu sahaja boleh dapat data percuma untuk kegunaan media sosial.Kalau setakat Whatsapp atau Wechat memang tersenyum sakan dibuatnya.
Dalam banyak kebaikan magic sim ada satu kebaikan yang paling menonjol iaitu plan data Internet Burung Hantu.Dengan langganan data sama ada untuk harian,mingguan atau bulanan,para pengguna akan menikmati internet berkelajuan tinggi.
Data percuma jika kita menggunakan pada waktu pukul satu pagi sehingga 7 pagi.Luar waktu tersebut jangan terkejut pula kalau jumlah data berkelajuan tinggi habis disedut dengan rakus.
Saranan saya senang sahaja.Jika anda bukan blogger tetapi kaki media sosial lebih baik reload untuk kekalkan keaktifan.Jadi boleh guna data tanpa mengangggu nilai kredit.Itupun untuk media sosial sahaja.
Seandainya anda jenis pengguna tegar internet maka langani data untuk sebulan.Cari masa untuk online pada waktu tadi.Cara ini menjimatkan data walaupun anda melanggan data sebanyak 1GB sahaja namun boleh digunakan secara agresif tanpa rasa takut-takut lari bajet selama sebulan.
Ada masanya isyarat magic sim lemah menjadi 2G.Selebihnya isyarat adalah 3G dan 4G lite.
Jangan risau kebaikan magic memang terbaik,puas hati dan berbaloi untuk duit kita.
Kalau nak beli cari kat kedai secara offline.Saya tak jual tetapi saya tukang promosi Program Terpantas Jana Income Online
Belum pernah lagi pakai magic sim ni…
anuar recently posted…Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun…
kalau bukan keperluan..tak perlu beli la..tuan
Setiap pengguna mahu pakej yang mengikut bajet mereka tetapi power. 🙂
akubiomed recently posted…Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu
magic sim memang power bro..
Magic Sim ni dari Xpax kan. Pernah guna xpax juga dulu dulu.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Sepagi Yang Menyeronokkan di Cruise Tasik Putrajaya
ya..betul tu..sekarang mereka buat promosi sangat agresif
Dulu pernah pakai magicsim juga, tapi sebab tak tahan komitmen 2 no telefon sebulan. akhirnya buat keputusan tukar ke Digi, sebab perlukan unlimited call. maklum saja, PJJ. 😀
Suhimi Nain recently posted…Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1)
saya guna dua telco..satu untuk data internet dan satu lagi untuk call biasa je..
oh kasihan bro..ada PJJ..apa kata kalau buat cawangan baru..gurau sebagai lelaki bro..he..he..