Wow….ini memang betul-betul punya ! Kuasa tindakan beri impak luar biasa

Kuasa tindakan sangat luar biasa. Tidak dinafikan ramai yang mempunyai impian dan rancangan yang hebat. Sayangnya sedikit sahaja yang boleh mencapai dan melaksana apa yang dirancang.

Punca kepada segala punca kerana tiada tindakan. Ingat saja tanpa tindakan maka impian hanyalah khayalan. Dengan tindakan segalanya bisa menjadi luar biasa dan mengkagumkan.

Kuasa tindakan

kuasa tindaklan

Saya nak jelaskan apa itu TINDAKAN dalam artikel ini. Maksud berlawanan ialah bertangguh.

Kesan bertangguh merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Saya akui ramai gemar bertangguh dengan sesuatu perkara. Bukan orang lain. Saya pun macam tu kadang-kadang.

Dalam Cabaran Segmen Sukses saya telah memaksa diri untuk mengubah tabiat menjadi Fast Action, Fast Result.

Saya nak buat tindakan yang pantas dalam masa yang tepat. Orang yang cepat bertindak boleh meraih kejayaan pada masa yang sesuai.

WAJIB BACA :   10 cara jadi kaya dan petanda lebih kaya menurut Denny Darko

Tidak semestinya dengan kejayaan besar. Bermula dengan kejayaan kecil dikira cukup baik sebagai langkah pertama.

Kuasa tindakan boleh dikaitkan Hukum Tarikan.

Bagi saya itu gampang atau mudah sebenarnya. Ilmu yang ada dalam Hukum Tarikan sangat luas dan kuasa tindakan adalah cabang yang berkait rapat dengan perkara tersebut.

Kuasa tindakan boleh dipupuk dan dibentuk serta-merta. Tanamkan dalam minda “action is power” Jangan bertangguh lagi. Buat terus supaya fikiran kita tidak sesak untuk memikir hal tertangguh.

Kita bolrh fokus kepada benda yang lebih besar dan hebat. Misalnya nak dapat duit tambahan melalui bisnes sampingan seperti dalam pautan PELUANG ADA DI SINI

Ini selitan kisah peribadi…

WAJIB BACA :   Keajaiban lepas berbakti dengan ibu....Kisah benar, wajib baca !

Memandangkan hari ini agak lewat saya kemaskini entri jadi elok juga saya ceritakan apa yang berlaku dari pagi sampai ke jam ini.

Jam 11 : 10 pm.

Saya terus ambik keputusan bawa anak sulung bergunting rambut. Itupun anak saya bertangguh dari semalam. Hari ini dia tiada alasan untuk bertangguh lagi.

Saya tetapkan pendirian untuk menjadi ahli perniagaan netcommerce yang berhikmah. Tidak boleh berbuat sesuka hati dan anak saya akur sahaja keputusan ayahnya.

Kuasa tindakan perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak. Sehari tidak cukup untuk menghayati kuasa tindakan. Saya juga berharap terus konsisten dan ada kekuatan untuk istiqamah dalam menerapkan nilai kuasa tindakan dalam diri.

WAJIB BACA :   Persoalan antara impian dan matlamat

Terima kasih kerana sudi membaca dan lanjutkan pula ke Nasib baik ada petua sinki tersumbat untuk solusi segera, kalau tidak…

*kemas kini – 27/4/2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge