Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak

Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak…Macam tak adil buat perbandingan begini.Namun mrhanafi cuba nak menyampaikan sesuatu.Biar kita tahu bahawa perbezaan ini bukan sesuatu yang negatif tetapi membawa kepada unsur positif yang boleh membuka minda kita terhadap soal duit itu sendiri.

Lelaki berduit

Ketika melayari aplikasi mukabuku,mrhanafi tertarik dengan satu status wall mukabuku kawan mrhanafi yang dikenali sebagai #perundingGap.Beliau merupakan salah seorang pensyarah dan juga perunding kewangan yang glamer iaitu Saudara Saltihie Zeni.

Ramai yang memberi komen bahawa lelaki berduit lebih disukai berbanding lelaki kacak tetapi tidak berduit.Logiknya memang benar.Ada duit baru ada segalanya.Muka tak kacak boleh jadi kacak dengan kuasa duit.Lagipun duit boleh dicari dengan pelbagai kemahiran dan teknik tertentu.

Jom kita baca dua kisah yang mrhanafi reka khas berkaitan dengan lelaki berduit berbanding lelaki kacak.Kita asingkan situasi luar tajuk iaitu lelaki berduit yang kacak atau lelaki tak berduit yang tak kacak.Harap jangan pening kepala la ye.

Lelaki berduit

Amran berumur 24 tahun.Ada pendidikan formal sehingga tingkatan lima sebelum menceburi dunia pekerjaan dalam bidang perhotelan.Kerjaya Amran di hotel tersebut cuma sebagai bellboy dengan gaji yang sangat rendah.

Kelebihan Amran terletak kepada kejujuran.Paras rupanya kurang menarik namun ada manisnya.Takkan la imejnya seratus peratus jelek.Tak baik menjelekkan orang kerana dia dilahirkan kurang kacak bukan atas kehendaknya.

Selain menjadi seorang yang jujur,Amran mempunyai hati yang bersih.Ramai juga teman sekerjanya yang suka kepadanya kerana akhlak terpuji.Sungguhpun pekerjaan sebagai bellboy gaji rendah tetapi pemberian duit yang berupa tip dari pelanggan hotel selalunya lebih besar dari gaji.

Amran bijak.Amran bukan pemboros.Amran hanya membeli barang ikut keperluan dan bukan kemahuan.Duit yang diperolehi dari gajinya setiap bulan separuh disimpan dan sebahagian lagi untuk keperluan sendiri.Duit tips yang selalunya diperolehi dari pelanggan yang baik hati,biasanya Amran letak dalam satu akaun khas iaitu caruman takaful.

Kini Amran sudah lima tahun bekerja di hotel tersebut.Gajinya  sudah lumayan kerana Amran telah dinaikkan pangkat untuk mengetuai pasukan House keeping dihotel tersebut.Tabiatnya masih sama iaitu menyimpan sebahagian dari pendapatannya.

Oleh kerana Amran tidak lagi sebagai bellboy,dia mencari pendaptan tambahan dengan menyertai program  Formula Income Seumur Hidup.]Amran berguru dengan Pakar Internet Marketer,Zamri Nanyan yang tersohor di Malaysia dalam program FI$H tersebut.

Perolehan pendapatan dari program FI$H sangat konsisten dari bulan ke bulan.Wang ini Amran tak kacau.Amran labur dalam takaful supaya Amran dapat manfaat tiga serangkai iaitu dapat perlindungan,simpanan dan pelaburan.

Tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang bujang iaitu menamatkan zaman bujang.Amran bertemu jodoh dengan gadis yang sopan santun,cantik,beragama dan berakhlak mulia.Amran tidak mengambil masa yang lama mendapatkan jodoh dan majlis resepsi mereka agak sederhana.

Amran tidak mahu membazir duit begitu sahaja.Amran berfikir daripada menghabis duit begitu banyak,alangkah bagusnya duit tersebut digunakan untuk membayar pendahuluan pembelian rumah.

Begitulah kisan Amran yang berduit walaupun mukanya tidak seberapa.Awek pun suka kerana akhlaknya  yang mulia dan dompetnya sentiasa tebal.

Amran hidup bahagia.Duitnya sentiasa cukup kerana aliran tunai yang tinggi.Amran tidak berhutang seperti kebanyakan rakan sebaya yang lain.Kereta Axia yang murah sahaja mencukupi untuknya.

Cerita Amran berakhir di sini.

Lelaki kacak

Yusuf seorang graduan yang sudah dua tahun habis pengajian di universiti tempatan.Orangnya memang bergaya,kacak dan susuk tubuh yang ideal bagi seorang lelaki.

Sikap Yusuf memang cerewet.Dia tidak mahu bekerja kalau bukan dalam pejabat.Tawaran kerjanya selalu ada.Cuma tawaran kerja sebagai pengawal kesempatan dan tukang cuci.Yusuf tak mohon pekerjaan tersebut tetapi aweknya selalu mendesak supaya dia bekerja apa sahaja janji halal.

Apasal pulak tiba-tiba awek dalam cerita lelaki kacak nie.

Biasa la kalau lelaki kacak tak susah dapat awek.Mereka yang kejar kita dan kita cuma tunggu atau lari sahaja.

Hubungan Yusuf dan aweknya memang tak kekal lama.Mana taknya asyik awek sahaja keluar belanja dan sediakan duit.Tak best juga begitu.Nasib baik Yusuf bukan sugar mummy.Yusuf masih ada harga diri walaupun tidak berduit.

Masa terus berlalu.Yusuf tetap seperti dulu.Emak bapak masih menyaranya sehingga sekarang.Memang kasihan juga dengan Yusuf.Muka kacak tetapi dompet kosong.

Yusuf stress juga dengan keadaannya.Sehingga suatu hari, sambil duduk Yusuf termenung.Lama juga dia duduk termenung.Oleh sebab terlalu lama dia sendiri tak tahu berapa lama dia duduk termenung.

Yusuf betul betul bermuhasabah diri.Yusuf nak berubah,Yusuf dah tak bangga sangat dengan muka yang kacak.Dia cuma mahu duit banyak dan tidak menyusahkan oran lain.Yusuf mula belajar ilmu potensi diri dalam satu artikel Cara Mendapatkan Kuasa MInda Luarbiasa.

Ceritanya ditamatkan di sini.

Penutup.

Dua cerita yang berbeza.Amran yang berduit dan Yusuf yang kacak.Jika diberi pilihan sudah tentu orang akan memilih Amran kerana sudah ada duit walaupun rupa lebih kurang.

Mrhanafi juga yakin akan ada orang yang memilih Yusuf biarpun pada cerita tersebut Yusuf difokuskan lelaki kacak yang tak berrduit.

Pembaca yang yakin dengan Yusuf bahawa kesudahannya dia akan berjaya.Mereka memilih Yusuf biarpun pada masa tersebut dia tidak berduit.Yusuf tetap  ada potensi untuk mendapat duit yang banyak kerana dia sudah berubah dan mengubah cara berfikir.

Mrhanafi amat percaya kepada potensi diri.Soal duit boleh dicari.Soal paras rupa adalah anugerah Allah SWT kepada seseorang.Ada sesuatu yang boleh kita ubah iaitu pemikiran dan tabiat.Rupa fizikal tak boleh ubah kecuali ditambah dengan gaya dan penampilan.

Pemikiran yang positif akan memacu sesorang untuk bekerja keras dalam mencari duit.Tiada istilah letih.Tiada istilah jemu dan tiada istilah berputus asa dalam mengorak langkah membukti kejayaan kepada diri sendiri dan keluarga.

Dalam cerita tadi ada disentuh bab takaful.Persepsi ramai orang terhadap takaful kurang elok.Takaful cuma berguna dan bermanfaat ketika dalam keadaan terkena musibah.

Itu memang betul.

Namun adalah kita terfikir dengan menyertai takaful kita telah membantu orang lain meringankan musibah.Kita memberi dan memberi tanpa disedari.Alangkah indahnya hidup ini dengan memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam pada itu juga mrhanafi telah ceritakan sepintas lalu bahawa takaful memberi manfaat terhadap 3 perkara iaitu :

1.Perlindungan sangat penting untuk menjamin ketenangan  fikiran dan tidak menyusahkan pewaris.Dalam takaful kita boleh mendapat jumlah perlindungan RM500K.Bayaran caruman bergantung kepada umur dan jenis pekerjaan.

2.Simpanan alam takaful sangat ideal,Sebab apa caruman dalam takaful berbentuk mudah cair atau mudah dituntut jika berlaku musibah.Tiada proses yang rumit kerana simpanan sudah dihibahkan kepada pewaris.Hibah adalah pilihan kepada sistem Faraid dalam menuntut wang sekiranya kita sudah gol awal.

3.Pelaburan.Mungkin ramai yang sibuk sekarang ini mengikuti pelaburan emas yang boleh memberanakkan duit.Dalam takaful pun ada pelaburan supaya wang yang kita carum tidak statik.Wang kita bergerak untuk aktiviti perniagaan.

Sebab itu watak Amran sangat bijak.Beliau awal-awal mencarum takaful supaya perlindungan tinggi tetapi bayaran rendah.Tentu sangat beruntung kerana mereka terpupuk dengan kesedaran pada peringkat awal lagi.

Sekarang pembaca nak pilih yang mana satu.Lelaki berduit atau lelaki kacak atau kedua-duanya.Terserah.

Terima kasih  daun keladi.Lain kali kita jumpa lagi.

#perundingBest (01134646975)

(Visited 116 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak

  1. Jujurnya saya sukakan husband awalnya sebab paras rupa dia mengingatkan saya pada Zamani Slam. Lepas tu nampak keikhlasan hatinya. Duit cukup makan saja, tapi saya nampak dia berusaha. Kalau tanya saya, saya memang akan pilih option yang ke-3, lelaki rajin berusaha. Hehe

Leave a Comment

CommentLuv badge