Media Sosial Untuk Blogger Malaysia

Media Sosial Untuk Blogger Malaysia…Mrhanafi sudah menjadi pengguna media sosial sejak 2009.Boleh dikatakan sebelum bergelar blogger lagi di Malaysia ini.Sudah lama juga.Namun sehingga sekarang belum ada rasa jemu dan bosan.Dulu hanya mengguna destop dan laptop.Kini penggunaan lebih meluas kepada gajet mudah alih seperti telefon pintar,tablet dan yang sewaktu dengannya.

media sosial

Sungguhpun begitu mrhanafi belum termasuk pengguna media sosial yang tegar Ada masa ‘ponteng’berhari-hari.Berbulan-bulan pun ada kerana sebab tertentu.Jujurnya untuk diperjelaskan bahawa tidak juga ‘mati’ walaupun tidak menggunakan media sosial dalam kehidupan ini.

Media sosial untuk blogger Malayisa amat sinonim.Ia bagaikan aur dengan tebing atau kuku dengan kulit.Nak lebih puitis lagi,bagaikan laut dan pantai.Berpisah tiada kerana sudah berikrar sehidup dan semati.Realiti tidak juga.Media sosial cuma elemen tambahan sahaja.

Perkara asas bagi blogger ialah blog.Tiada blog maka tidak ada makna gelaran blogger.Bukan setakat blog sahaja.Pengisian blog jauh lebih penting,Di samping itu kemampuan blog dari SEO untuk menempatkan artikel pada halaman utama dalam enjin carian.

Sekiranya tiada kekuatan SEO pada blog  maka alternatif terbaik ialah media sosial.Blogger boleh membuat promosi menggunakan Fan Page,timeline sendiri dan group.Jika mampu dari segi modal duit boleh gunakan Facebook Ad untuk meluaskan sasaran pembaca.

Lihat sahaja top blogger Malaysia.Mereka tidak mengabaikan media sosial dalam membina jenama blog mereka.Blog Hasrul Hassan.Denaihati,Rotikaya dan Buku Online tidak terkecuali.Blog-blog ini tanpa media sosial sekalipun  telah dikunjungi oleh ramai pelawat maya dan pencari maklumat.

Apatah lagi sebagai blogger pemula atau  blogger newbie sebagaimana mrhanafi.Tentulah amat bergantung kepada media sosial untuk kerja promosi.Kekadang sahaja mrhanafi kurang motivasi untuk lepak di media sosial.Kebiasaannya lebih kerap sehingga tugas rutin blogger boleh terabai.

Apabila terabai tu jadilah blog yang mrhanafi yang ditumbuhi semak samun dan hutan belukar.Bahasa seorang blogger Malaysia ialah tempat bersawangnya  spiderman dan batman berpesta.Cuba bayangkan mereka seperti pepet diluar dan rencong di dalam.Maafkah lah ye.Itu bahasa orang lama yang bergiat dalam sastera.

{sekilas pandang}

Selagi media sosial boleh digunakan dalam urusan sosial,bisnes dan peribadi maka selagi itulah blogger perlu memanfaatkan kemudahan yang ada.

Selain penjenaaman blog seseorang blogger Malaysia akan mengeratkan silaturrahim melalui media sosial.Misalnya group Whatsapp Best Blogger Network dan Kelab Best blogger Network di Facebook.

Mrhanafi nak tahu juga pandangan rakan-rakan blogger tentang media sosial dalam kehidupan mereka.Jadi sudi-sudilah berkongsi dalam ruangan komen dibawah.

(Visited 33 times, 1 visits today)

26 thoughts on “Media Sosial Untuk Blogger Malaysia”

  1. Media sosial juga sekarang menjadi salah satu backlink yang penting untuk meningkatkan seri dan ranking blog kita. Memang tidak boleh diabaikan.

  2. blog memang media yang bagus untuk kita lebih mengetahui banyak benda. Dan juga memperkenalkan siapa diri kita pada semua….walaupun saya ada juga jarang update blog tapi blog memang merupakan impak yang besar untuk perniagaan saya, hhihi

  3. saya pun dah lama menggunakan media sosial. cuma sekarang lebih aktif sebab dengan media sosial bermacam info kita boleh dapat

  4. Selain aur dan tebing, laman sosial ni juga boleh menjadi musuh kepada blog tu sendiri. Orang lebih gemar baca dalam laman sosial sekarang. hehe

    1. memang betul tu..pengguna media sosial sukar untuk baca blog kerana cara pembacaan mereka skroll sahaja FB atau Whatsapp..mereka susah nak klik link yang lain.

  5. suka baca blog org menarik je….heheh
    pandai blog pun sebab berniaga, tp syukur gak sikit dapat tolong orang dan atasi meningkatkan kesihatan org lain. alhamdullilah

    1. kita ada kelebihan masing-masing..blog orang lain dan blog kita tak akan sama walaupun guna theme yang sama..kecuali copy and paste

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge