Nak Hati Yang Tenang Selalu

Nak Hati Yang Tenang Selalu…Mrhanafi memulakan kembali cabaran segmen ketiga sukses 21 hari yang telah tertunda beberapa hari.Jika dah tertunda atau tertinggal maka mrhanafi akan bermula dari pengiraan hari yang pertama.Tak pe.Mrhanafi tenang sahaja untuk hadapinya.

hati yang tenang

Mrhanafi nak hati yang tenang.Betul-betul tenang,Biar apapun cabaran dan ujian hari ini maka mrhanafi pilih untuk bertenang,Tak perlu kecoh.Tak perlu kelam kabut.Mrhanafi akan tenang kerana ketenangan sahaja boleh menyelesaikan banyak perkara dengan lancar.

Untuk mendapatkan rasa tenang, mrhanafi setkan pemikiran untuk tenang.Mrhanafi buat catatan bahawa mrhanafi seorang yang tenang sepanjang hari.Misalnya tulis dalam blog ini.Mana tahu tulis blog boleh dapat duit dan kaya.

Paling penting, mrhanafi telah memohon doa kepada Allah SWT kerana DIA sahaja yang memegang hati manusia.In shaa Allah dengan izinNya,hati mrhanafi sangat tenang hari ini.Aamiin.

Jangan risau pasal esok.Jangan memikirkan perkara tak baik atau negatif.Mrhanafi fikir yang positif sahaja.Yang pasti mrhanafi akan tenang.Mudahkan,Jangan fikir yang susah-susah maka tenang la jadinya

{sekilas pandang}

Cabaran dan halangan tetap ada.Pokok pangkalnya mesti diatasi dengan rasa yang tenang.Ingat.Memang senang untuk mendapatkan hati yang tenang.

Oh Ya.Itu sahaja.Terima kasih kerana sudi membaca dan mrhanafi doakan pembaca semua mendapat rasa tenang sepanjang hari ini.

(Visited 9 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Nak Hati Yang Tenang Selalu

Leave a Comment

CommentLuv badge