Nasi lemak seringgit memang sedap.Sebetulnya saya lama dah nak cuba.Alhamdullillah saya diberi kesempatan untuk membeli dua bungkus dan merasai dengan lidah sendiri kesedapan nasi lemak yang berharga RM1 sebungkus.
Jarang jumpa nasi lemak yang semurah ini.
Rasanya.Perghh..terbaik dan sedap gile.Kita tak akan menyesal membelinya kerana dua perkara.
Nak tahu baca jom baca lagi.
Harga.
Buat apa menyesal kalau harga murah.Memang kita akan tahu barang yang murah akan sama rasa dengan harganya.Tetapi nasi lemak RM1 menafikan teori ilusi minda.Harga murah tidak semestinya tidak sedap.
Rasa.
Nak cakap bodek minta maaf la ye.Saya tulis artikel ini tanpa bayaran dan tanpa pengetahuan si pemilik bisnes nasi lemak tersebut.
Rasa nasi dan rasa sambal yang digabung jalin menjadi satu bagaikan suami dan isteri yang berbulan madu.Tu gambaran rasa sedapnya.
nasi lemak seringgit
Saya akui bukan mudah nak berniaga nasi lemak dengan kos bahan yang terlalu hampir dengan kos untung.Lagipun itu baru kos bahan dan belum termasuk kos upah dan kos lain-lain.
Oleh sebab harga nasi lemak ini cuma RM1 para pembeli tidak akan komplen walaupun sambal sangat sedikit dan tiada timun.Bahan-bahan penyedap rasa tidak disertakan.
Nasi lemak seringgit ini boleh didapati di Stesen minyak petronas Kota Samarahan.Ia dijual di meja dekat kaunter pembayaran.Saya tak sempat tanya siapa pemunya bisnes nasi lemak tersebut.Mungkin pekerja stesen tersebut atau orang lain yang dibenarkan membuat bisnes dekat situ.
Penutup
Pada hari tersebut saya bersarapan pagi dengan dua bungkus nasi lemak seringgit dan secawan kopi seringgit.Menang layan.Pekena dengan kopi putih memang betul-betul angkat rasanya.
Kalau ada gadis manis atau wanita manja yang lalu ketika saya menikmati juadah sarapan pagi tu memang sah tak akan tertoleh jawabnya.
Alasannnya kerana penangan nasi lemak seringgit yang sedap sangat hingga tak ingat dunia.Cuma sekarang tidak terjual lagi.Mungkin ada terjual di tempat lain.Kalau ada jangan lupa mencuba dan saya tidak pasti sedap atau tidak.
Terima kasih kerana sudi membaca
[Edisi kemaskini 13/11/2019]
respect sebab masih boleh bagi harga nasi lemak rm1
tulah yang hebatnya ..bagi harga seringgit sahaja
hehe nasik lemak RM1 ni beli satu memang xcukup..
kena beli 2 baru rasa cukup dan kenyang…
baru RM2, lebih jimat lagi kalau banding dengan beli di kantin atau kedai..
Padin recently posted…Sweet September Lagi?
nasi lemak seringgit memamng begitu..sikit sahaja..dan tak puas
Kalau kat KL ni rasanya macam susah nak jumpa nasi lemak RM1. Paling murah yang saya jumpa pun RM1.50
Ada lauk kerang sikit, ada yang lauk sotong.
Tapi sayangnya, makan tak berapa puas 😀 sebab isinya sikit sangat la.
sabree hussin recently posted…Memakan makanan Hasil Usaha Sendiri adalah lebih baik daripada meminta-minta
itulah kalau nasi lemak dah murah sangat..makan tak puas..
Memang agak payah utk jual nasi lemak RM1 dengan kos harga barangan yang semakin tinggi sekarang
Aryn Fadz Lee recently posted…PENGEDAR DAN EJEN SHAKLEE DI WESTON BEAUFORT DAN PAPAR SABAH
tidak dinafikan memang payah untuk menjaga kos bahan mentah
Kna cari juga ni bila turun kota samarahan…menggugat emosi…hehe
Ilmu pendapatan pasif 24/7 recently posted…Penyelesaian masalah pengusaha water vending machine- en.hafiz dari perlis menerusi personal coaching water vending machines.
tempat lain pun ada juga juga bro..
Mungkin peniaga ini lebih mementingkan amal kebajikan dari untung…semoga beliau dimirahi rezeki dan dipermudahkan urusan…amin..
Introducer maybank/cimb-0127292850 recently posted…Kelebihan/keperluan akaun semasa syarikat kepada perniagaan anda.
Aamiin dan berharap Allah ganti dengan keuntungan dari sudut yang lain pula
Alaaaaa…terus lapar tau
Aduh kasihannya.. Bawa bersabar la ye..