Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun

Nostalgia Perkahwinan Ke 14 Tahun…Tak terasa masa berlaku begitu pantas.Usia perkahwinan mrhanafi dah melepasi satu dekad.Banyak nostalgia telah tercipta.Ada yang manis.Ada yang pahit.Sebab itu perkahwinan sudah dipakejkan dengan cinta,kasih sayang,tanggungjawab,susah payah dan bahagia serta derita.

IMG_20160601_032838

Pada tarikh 1 Jun 2002  yang lalu mrhanafi telah diakad nikah dengan sekali lafaz.Bermula saat itu mrhanafi bergelar suami kepada Hajijah Binti Kawi.Umur kami ketika itu baru mencecah 27 tahun.Agak-agak berapa  umur mrhanafi sekarang.Nak tahu kira sendiri la.

Majlis perkahwinan kami memang sederhana.Ada juga rasa naik pelamin dan dengar paluan kompang untuk menandakan mrhanafi menjadi raja sehari.Memang seronok.Tak tahu bagaimana nak ungkapkan perasaan tersebut.Siapa yang pernah naik pelamin akan tahu.Yang belum lagi cepat-cepat laksanakan.Tak baik lama-lama.Pernikahan itu sunnah.

WAJIB BACA :   Bertuahnya Dapat Minum Air Lemon Panas

Setelah 14 tahun berlalu mrhanafi dan isteri telah dikurniakan 3 cahaya mata.Anak sulung kini melanjutkan persekolahan di MRSM Betong.Anak kedua bakal menduduki UPSR 2016 format baru dan bongsu pula di Tadika ABIM.In shaa Allah mereka boleh menjadi anak yang soleh dan solehah.Aamiin.

{Sekilas pandang}

Mrhanafi amat bersyukur kerana usia perkahwinan sudah menjangkau 14 tahun.In Shaa Allah dengan berkat doa pembaca semua,perkahwinan mrhanafi akan terus bahagia dan berlanjutan hingga ke jannah.

Terima kasih semua kerana sudi membaca.

Comments 29

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge