Pahitnya Rasa Kalau Emosi Diabaikan

Pahitnya Rasa Kalau Emosi Diabaikan…Kalau minum kopi tanpa gula memang pahit.Begitu juga kalau makan buah peria.Terasa pahitnya di lidah.Namun ada lagi yang jauh lebih pahit dari itu yakni emosi kita diabaikan oleh seseorang.Pahit dalam hati sukar dimengertikan kecuali kepada mereka yang mengalaminya.

emosi terabai

Kehadiran kita tidak disedari.Ada atau tidak sama sahaja.Anda akan menjadi orang asing dalam kehidupan sendiri.Lantas hati yang penuh kasih sayang akan bertukar jadi kebencian yang tiada penghujungnya.Akhirnya jiwa lemah.Aura kejayaan menjauh.Sebaliknya bimbit kegagalan mendekat.

Pengabaian emosi menjadi asas utama untuk membiak penyakit hati.Mungkin ada yang trauma lalu menghanyutkan diri dengan kesibukan bekerja,Mereka bekerja dan terus bekerja bagaikan mesin.Kehidupan sisi lain terus dilupakan.Kalau kerja promosi Aplikasi Duit ok juga.Ada masyuk boleh shopping sakan kot.

Jadi apa solusi jika emosi kita diabaikan oleh seseorang.Cukup mudah.Cari cara untuk mendekati kepada Allah SWT.Fikir tentang DIA.Ingat DIA sebanyak yang boleh.Tiap masa dan ketika.In shaa Allah mrhanafi yakin.Mrhanafi yakin sangat-sangat solusi akan dijumpai dalam kaedah dan cara yang paling indah sekali.

{sekilas pandang}

Emosi adalah elemen berkaitan hati.Yang pasti, emosi stabil sukar didapati kecualiti mereka mempunyai Emotion Quotation (EQ) yang tinggi.

Ingat EQ yang baik boleh dilatih melalui pembentukan pemikiran positif.Berfikir dengan cara bersangka baik.Tak kira perkara baik atau kurang baik itu sebenarnya memberi kebaikan jika berfikir dengan cara positif.

Akhir kata.Jaga emosi dan hiasi peribadi.Jangan terleka dan usah terpedaya dengan permainan dunia yang sementara ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 23 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Pahitnya Rasa Kalau Emosi Diabaikan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge