Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut

Salam dan selamat sejahtera pembaca.Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut.Saya baru sahaja gunting rambut.Sebab gunting rambut adalah rutin bulanan.Tak gunting selama dua bulan maka rambut saya akan nampak berserabai.Sungguh tak elok jejaka macam saya berambut panjang,Dahlah tak kemas.Sudah tentu macam tak terurus.

Memandangkan saya jenis cerewet tentang potongan rambut maka soal siapa si pengunting dan tempat bergunting memang diambil serius.Berikut  panduan yang boleh anda ikuti secara rela diri.

kedai gunting rambut

1.Jantina si pengunting rambut

Saya lebih suka si pengunting itu seorang lelaki.Mereka lebih tahu dan faham fesyen yang kita nak.Dulu-dulu saya suka kalau ada si pengunting itu wanita.Sekarang tak lagi.Rasa berdosa tau kalau mereka bersentuhan dengan kita waima tiada niat lain selain untuk  bergunting rambut.

2.Lokasi kedai yang terbuka

Sungguh menyeramkan saya kalau gunting rambut tempat yang tersorok.Tambahan pula ramai si pengunting itu wanita.Orang lain akan buat tanggapan negatif.Jadi untuk menjaga maruah diri dan nama baik lebih sesuai cari kedai gunting seperti kedai apek atau kedai tambi ataupun kedai sesama orang Islam.

3.Tahap kebersihan kedai

Kekadang macam tak logik pulak.Bukan kedai makan pun.Namun alangkah elok kalau kita bergunting rambut di kedai yang bersih.Hati senang dan sedap mata memandang.Lagipun tujuan kita gunting rambut supaya penampilan kemas dan bersih.Tak akan bergunting rambut pada tempat yang kotor dan menjijikan.

4.Harga perkhidmatan yang ditawarkan

Memang tidak patut perkhidmatan gunting rambut terlalu mahal.Jika cas RM10 untuk satu kepala masih boleh diterima,Itu harga purata gunting rambut di tempat saya.Ada yang lebih rendah dan ada yang lebih tinggi.Sekiranya pembaca nak pilih kedai gunting rambut maka cari kedai yang menawarkan harga patut.

5.Kemahiran pengunting rambut

Tujuan kita gunting rambut adalah untuk cantik dan bergaya,Jadi kemahiran si penggunting rambut perlu diambil kira.Kalau hasil kerja kurang memuaskan cari kedai lain.Tak guna setia pada satu kedai sedangkan hasil guntingan rambut tidak sebaik yang kita ingini.

{sekilas pandang}

Secara umumnya  panduan pilih kedai gunting rambut ini untuk orang lelaki.Jika orang perempuan lain pula caranya.Jadi panduan ini hanya sah dan diguna pakai oleh insan yang bergelar lelaki.

Dalam banyak perkara di atas,saya memilih perkara nombor 5.Sebab gunting rambut si empunya diri yang akan merasakannya.Lebih tinggi kemahiran si penggunting maka lebih kacak rupa kita hasil kerja mereka.

Tidak timbul soal terlalu berkira pasal duit walaupun pembaca sekalian sedang gigih mencapai matlamat bebas kewangan seperti mana yang dihebohkan dalam pautan KLIK SINI

(Visited 31 times, 1 visits today)

24 thoughts on “Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut

  1. gunting rambut saya ada langganan, orang terpercaya dan mampu memberikan layanan terbaiknya. Kalau nomor lima tanpa gunting yang tajam mana bisa, jadi intinya, saya pilih semua dari poin di atas. Sip!!

  2. Ingat masa dekat ITM Shah Alam dulu-dulu mesti pergi kedai tukang gunting rambut yang tukang guntingnya lelaki memang pro habis. Nak style cam Sheila Majid… masa tu tengah famous ..memang sangat stylo cara dia gunting.Sekarang gunting RM 12 aje kat area rumah sebab malas nak menunggu kat kedai hi hi.

  3. Suami saya gunting rambut 2 minggu sekali. Kalau lebih 2 minggu rambut nya dah mula pjg dan kelihatan serabai. Walaupon rambutnya tidak la pjg mna. Boleh juga dikategorikan botak. Hehe

  4. Mak, ayah pandai gunting rambut sebab dulu2 gi sekolah kemhiran gunting rambut.

    Paling owsome…suami pun pandai gunting rabuat sy dan anak2. Amat puas hati…heheheh

    Cuma rambut suami je x de tukang gunting kecuali kawab2 dia.

    So dekat rumah, memang bersih dan x tersorok, lagikan halal bersentuh….heheheh

Leave a Comment

CommentLuv badge