Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha

Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha…Pasrah sama dengan tawakal.Dalam erti kata yang lain pasrah ialah menyerah segala-galanya kepada Allah SWT selepas kita berdoa dan berusaha.Mudah untuk diucapkan tetapi bagaimana pula pelaksanaannya.

pasrah

Walau bagaimanapun mari kita kaitkan pasrah dalam Hukum Tarikan.Nampak macam ada kaitannya.Kenyataan menang begitu kerana pasrah  adalah tindakan akhir selepas kita berusaha sehabis baik.

Pasrah dalam Hukum Tarikan ialah mengaitkan sesuatu yang baik akan mendatangkan perkara yang baik.Jika pasrah dengan perkara tak baik boleh mendatangkan sesuatu yang tak baik.Begitu mudah konsep tersebut.Jadi kita tiada pilihan selain untuk pasrah kepada yang baik,positif dan bahagia.

Jom mrhanafi kongsikan apa yang berlaku pada 27.06.2016.Mrhanafi sudah setkan dalam minda bahawa hidup ini mudah.Tak perlu nak susah hati kerana setiap apa yang bakal mrhanafi lakukan akan dipermudahkan.

Seawal pagi mrhanafi telah berjaya siapkan satu artikel.Tak lama.Idea datang mencurah-curah dan segalanya menjadi mudah.Memang betul jika kita nak mudah maka segala  perkara akan menjadi mudah.Misalnya mudah mencari pasangan ideal untuk para wanita sebagaimana kisah dalam :

Ditempat kerja pula mrhanafi melakukan tugas harian dengan sangat lancar.Hampir tiada menemui kesulitan.JIka difikir logik tentunya pekerjaan yang mrhanafi lakukan mencabar juga kerana kekurangan satff hari ini.Rupanya kesan dari penetapan minda untuk menjalani kehidupan yang mudah maka permudahkan segalanya.

Mrhanafi cuba mengawal hati dan fikiran untuk bersangka baik.Hasilnya amat menakjubkan dan ini meningkatkan rasa kesyukuran mrhanafi dalam mengamalkan ilmu Hukum Tarikan.

Selain itu mrhanafi cuba sedaya upaya untuk memaafkan sesiapa sahaja yang ada melukai hati dan perasaan mrhanafi.Realitinya tidak kerana mrhanafi telah memaafkan mereka sebelum perkataan maaf dari mereka.Biasanya tidak la.Sebab ada yang tak sedar apa yang mereka lakukan itu boleh mengundang rasa kurang senang.Cara paling mudah maafkan sahaja kesalahan orang supaya kita berlapang dada.

Mrhanafi optimis bahawa kejayaan yang bakal nikmati nanti memang membahagiakan Sebelum menjadi realiti mrhanafi mesti optimis.Elakkan perasaan negatif dan fokuskan tenaga fikiran untuk perkara positf semata-mata.Mudah ke nak buat begitu.Jawapannya ya, mudah.

{sekilas pandang}

In shaa Allah mrhanafi akan  pasrah sebagai benteng terakhir selepas berakhirnya Segmen Sukses yang mrhanafi jalani sekarang ini.Sungguhpun begitu masih panjang lagi hari untuk menghabiskan tempoh segmen ini sebelum masuknya segmen sukses yang keempat.

Sama-masa kita menanti kejayaan demi kejayaan sehingga menemui kejayaan besar yang boleh menjadi inspirasi kepada pembaca semua.

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 37 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge