Pembatalan Hak Milik Kenderaan Di JPJ [edisi kemas kini]

Ini pengalaman saya sewaktu buat pembatalan hak milik kenderaan di JPJ Sarawak  Perlu diingatkan urusan ini hanya boleh dilakukan ke atas kenderaan yang habis pinjaman dengan pihak bank.

Dalam erti kata lain kenderaan tersebut milik kita 100 peratus.

Pembatalan Hak Milik Kenderaan

Pembatalan Hak Milik Kenderaan
sekadar gambar hiasan

Kisah pun bermula..

Jerebu masih belum pulih. Keadaan waktu pagi dan waktu petang macam tiada perbezaan. Gelap semacam saja.

Namun cuaca begini tidak menghalang saya untuk pergi memandu seorang diri ke pejabat JPJ Sarawak yang jauhnya 20 minit perjalanan dari Kota Samarahan.

Sebelum pergi tu sempat singgah di restoran yang tak jauh dari rumah. Saya order teh tarik la. Harga segelas dalam RM1.90 ketika entri ini ditulis.

WAJIB BACA :   Ketahui penjelasan pakar bedah bagaimana deritanya pesakit Covid-19 temui ajal mereka

Nampak sedap tak ? Rasanya ok la.

teh tarik

Memandangkan saya jenis yang mementing sarapan lalu saya order pula mee jawa. Yalah kan.Tak la kelaparan ketika menunggu giliran di pejabat JPJ nanti.

Jom kita tengok mee jawa yang saya makan. Harga dalam RM5.00 sepinggan yang pakejkan sekali dengan dua cucuk satay ayam. Rasanya macam biasa.

Tak sedap tapi saya habiskan juga kerana tak nak membazir. Rezeki mana boleh ditolak. Itu petua yang boleh kita pelajari untuk menarik rezeki.

Manalh tahu dapat rezeki dalam bisnes netcommerce pulak.

mee jawa

Tengok jam dah pukul 10.20 pagi. Apa lagi saya terus memecut kenderaan 4 tayar ke destinasi sebenarnya. Kenderaan tak banyak. Tak jem dan masih lancar perjalanan. Akhirnya sekitar jam 10.40 pagi saya selamat sampai ke tempat yang dituju.

WAJIB BACA :   Sedekah pintu rezeki yang tidak disangka [ Edisi kemas kini 2023]

Cantik tempat ini sebenarnya. Bangunan pejabat yang berlatar belakangkan kawasan perumahan dan jauh dari pusat bandar.

Kawasan yang luas dan landskap dihiasi pokok renek dan pokok bunga,

pembatalan hak milik kenderaan

Oleh kerana saya dah beberapa kali pergi ke pejabat ini maka lebih mudah  saya mencari kaunter untuk berurusan. Keadaan kaunter agak lengang dan keadaan tersebut mempercepatkan lagi urusan pembatalan hak milik kenderaan di JPJ.

Saya berurusan dengan pegawai kaunter di JPJ tanpa emosi. Mereka tak mesra pelanggan. Maklum sahajalah urusan saya tak melibatkan wang ringgit. Serahkan kad hijau atau green card kenderaan.

Selepas itu dicop dan ditandangan. Ada ternampak juga pegawai tersebut menaipkan sesuatu dekat komputer.

WAJIB BACA :   Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah

Selepas itu urusan selesai. Mudah, selesa dan biasa biasa sahaja. Nasib baik saya tak lupa nak ucapkan terima kasih.

pembatalan hak milik kenderaan

Bulan hadapan dan seterusnya saya tak bayar pinjaman kenderaan ini. Kurang sedikit bebanan kewangan. In Shaa Allah lambat lagi untuk beli kenderaan yang baru.

Pembatalan Hak Milik Kenderaan

Pengalaman 9 tahun installment kenderaan ini memang memeritkan jiwa dan harga.

Tak keterlaluan juga saya nak ucapkan terima kasih kepada pegawai JPJ kerana memudahkan urusan pembatalan hak milik kenderaan.

Tak mesra pelanggan pun saya tak kisah sangat. Janji urusan penting sudah selesai.

Akhir kata terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Jumpa lagi.

*kemas kini 5/4/22

 

Comments 37

Leave a Reply to Bisnes Online Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge