Pencipta Aplikasi Duit Buat Pengakuan

Mrhanafi dah lama berhenti buat promosi Aplikasi Duit.Biarpun berhenti namun hasilnya tetap berjalan sama ada buat promosi atau tidak.Baru-baru ini pencipta Aplikasi Duit buat pengakuan.Beliau menasihati supaya pembaca tidak salah faham.Aplikasi Duit merupakan satu aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan untuk membuat promosi apa jua laman web bisnes,affiliate maupun aplikasi itu sendiri.

aplikasi duit

Mrhanafi merupakan pembeli kepada Aplikasi Duit yang berharga RM290.Memang menggigil kepala lutut membeli Aplikasi Duit jika bajet kita paras hidung.Lebih-lebih ketika ketidaktentuan ekonomi dunia dan negara sekarang ini.Namun mrhanafi percaya sesiapa yang ada membeli aplikasi tersebut boleh menggunakan cara kreatif untuk mendapat balik modalnya.

Bak kata pencipta Aplikasi Duit itu sendiri bahawa aplikasi tersebut bagus digunakan untuk mempromosi bisnes lain.Jangan dihadkan untuk mempromosi aplikasi tersebut semata-mata.Misalnya mrhanafi selalu menggunakan Aplikasi Duit untuk promosi artikel blog.

Screenshot_2016-11-07-22-42-32

Jika ada pembeli yang ingin mempromosi Fanpage Facebook pun boleh diledakan dari Aplikasi Duit.Nak lebih kreatif lagi boleh ambik upah viralkan bisnes kawan-kawan terdekat dari telefon kita dengan bayaran RM10.Dapatkan 30 pelanggan maka balik modal la jawabnya.

Lagipun pemilikan aplikasi ini masih bersifat eksklusif.Tak ramai yang berani untuk memilikinya.Namun pesan mrhanafi kepada para pelanggan yang sudah membelinya supaya terus membuat promosi.Jangan fikir duit datang bergolek-golek atau terbang melayang-layang ke arah kita.Yang pasti jika kita dah terbeli jangan menyesal.Gunakan aplikasi tersebut untuk buat bisnes viral pulak.

Cadangan mrhanafi ialah buat tawaran untuk kerja-kerja promosi kepada kawan-kawan yang ada buat bisnes.Kita promosi bisnes mereka menggunakan Aplikasi Duit dengan upah tertentu.Hakikatnya mereka boleh buat dengan cara manual berbanding cara Aplikasi Duit bekerja.Aplikasi tersebut perlu satu klik untuk copy dan kemudian paste sahaja.

Mrhanafi akur bahawa pencipta Aplikasi Duit telah dituduh Scammer oleh mereka yang kecewa.Sebaliknya bagi mrhanafi mendakwa aplikasi itu adalah satu kemudahan terkini untuk memudahkan kita buat kerja-kerja promosi.Mereka yang sudah  membeli terus gunakan untuk membuat kerja-kerja promosi

[admin]

Mrhanafi merupakan penulis blog yang kini bergerak aktif dalam Hero Borneo Team.Pasukan tersebut dianggotai oleh beberapa orang blogger yang otai dan berpengalaman luas dalam dunia blogging,promosi dan pengguna media sosial yang aktif.Info lanjut boleh layari pautan Anda Berimpian Kami Laksanakan.

(Visited 200 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Pencipta Aplikasi Duit Buat Pengakuan

  1. sebenarnya bagaimana aplikasi tersebut berfungsi ?? dan bagaimana pula sistem banking aplikasi tersebut ? adakah selagi buat promosi , selagi tu lah duit akan masuk ?

    • aplikasi ini berfungsi telah saya terangkan dalam artikel blog sebelum ini..boleh rujuk balik..cuma saya nak simpulkan bahawa aplikasi akan dapat duit jika ada buat promotion atau promote benda lain menggunakan aplikasi tersebut

  2. Biasa laa tu bro.. apa jua produk ada yg suka dan tak suka.. sebagai penjual kita hanya boleh memperbaiki dan terus memperbaiki produk kita agar percentage pelangan yg menerima terus bertambah.

    • ramai yang terguna-guna dengan ayat yang mengasyikkan…

      hakikatnya mesti buat promosi baru ada hasilnya..

      saya dah banyak tulis artikel tentang Apliksi Duit dan menyuruh jangan beli jika tak rajin nak buat promosi..

Leave a Comment

CommentLuv badge